*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MAHAFIRAUN dan Mustapa Ditempelak di New York
PADAN MUKA DEPA
Lawatan MAHAFIRAUN ke Amerika Syarikat turut diiringi oleh Mustapa Mohamed
sekeluarga (makan free, siapa tak hendak!) Menteri Kewangan Kedua itu diarah
bertemu dengan para pelabur dan pemegang dana Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, mereka enggan hadir. Menurut mereka, setelah dihentam dan
dikutuk oleh MAHAFIRAUN, setelah Noordin Sopiee menyatakan bahawa wang
mereka tidak diperlukan, kini mereka dipujuk pula oleh Mustapa. Mereka
enggan dan akibatnya, perjumpaan itu hambar dan sambutan amat dingin.Mustapa
gagal meyakinkan para pelabur, kecuali pelabur kecil-kecilan yang meniaga
"junk bonds" (bon sampah) termasuk yang dikeluarkan oleh
PETRONAS baru-baru ini. Sebaliknya, para pelabur asing mengkritik Mustapa
atas kelemahan pentadbirannya berbanding bekas Menteri Kewangan Anwar
Ibrahim.Dalam satu perkembangan lain, Pengarah Urusan IMF Michel Camdessus
membatalkan pertemuan dengan Mustapa. Menteri Kewangan Kedua Malaysia
mendapat penghinaan kerana merupakan satu-satunya menteri yang hanya
disambut oleh seorang Timbalan Pengarah Urusan IMF iaitu Stanley
Fisher.Semalam, MAHAFIRAUN turut dihina apabila Pengarah Urusan Lucent
Technologies enggan bertemu dengan Perdana Menteri dalam lawatannya ke
kilang syarikat tersebut, sebaliknya hanya disambut oleh Penolong Pengarah
Urusan, orang ke lapan dalam senarai keutamaan Lucent Technologies.Menurut
salah seorang pegawai YTL Corporation (syarikat Tan Sri Yeoh Teng Leng), "it
was a disasterous roadshow. We got nothing out of it!" (Teruk, kita tidak
memperolehi apa-apa manfaat daripada lawatan ini)
oleh Wartawan Kami di New York MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 1 OKTOBER 1999
Kes Azizan: Seribu Satu Konklusi Dan Pekung Dibuka
SIKAP "DESPERADO" MAHAFIRAUN SEHINGGA SANGGUP MENGAMBIL AZIZAN SEBAGAI SAKSI
UTAMA
1) Kredibiliti Azizan sebagai saksi pendakwa terjejas.
Sebagaimana yang kita ketahui Azizan merupakan saksi utama pihak pendakwa.
Keputusan Mahkamah Rendah Syariah di Melaka pada 28hb September 1999
menghukum penjara 3 bulan dan denda berjumlah RM 7,000 selepas Azizan
mengaku bersalah di atas tuduhan berkhalwat dan cuba melakukan persetubuhan
haram jelas menunjukkan sifat Azizan yang sebenarnya yang tidak bertakwa
kepada Allah SWT dan menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang saksi yang
jujur. Adakah ini sikapnya seorang yang mengaku kononnya hendak membela
agama dan menyelamatkan Malaysia daripada mempunyai seorang pemimpin yang
moral yang rendah sepertimana yang dituturkannya ketika kes rasuah dan liwat
Dato� Seri Anwar Ibrahim.
2) Terbukti Azizan boleh berbohong di mahkamah.
Kalau anda masih ingat ketika pertuduhan dibaca pada 16hb September 1999 di
Mahkamah Rendah Syariah di Melaka, Azizan telah mengaku tidak bersalah.
Tetapi pada 28hb September pengakuan beliau telah diubah kepada mengaku
bersalah. Ini jelas menunjukkan sikapnya yang mampu berbohong di mahkamah
dan ada kemungkinan yang besar Azizan juga telah berbohong ketika kes rasuah
dan liwat Dato� Seri anwar Ibrahim. Ini membuktikan memang sikapnya suka
menipu, putar alam dan sering menukarkan pengakuannya seperti yang terjadi
di kes Dato� Seri Anwar Ibrahim.
3) Tahap mental MAHAFIRAUN rendah.
Adalah agak mengejutkan kita semua, bahawa seorang pemimpin yang dijolokkan
sebagai hero dunia ketiga boleh menerima pengakuan dari seorang yang
berakhlak rendah seperti Azizan, dan kemudiannya menyalak ke seluruh dunia
bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk mempertikaikan moral
Dato�Seri Anwar Ibrahim. Tidakkah MAHAFIRAUN menyiasat dahulu latar belakang
saksi-saksi yang kononnya mengaku melakukan persetubuhan haram atau diliwat
oleh Dato� Seri Anwar Ibrahim. Mungkin sekarang baru beliau sedar kenapa
syariah telah menetapkan pentingnya untuk kita mempunyai 4 orang saksi yang
adil dan bertakwa kepada Allah SWT jika kita hendak menuduh seseorang itu
berzina atau meliwat. Inilah jadinya apabila seorang yang fasik diterima
sebagai saksi yang dipercayai. Kes jadi huru-hara, tarikh pertuduhan
terpaksa ditukar tiga kali.dan pengakuan Azizan pun berbelit-belit macam
ular.
4) Mahkamah di Malaysia adil?
Memang kita akui perjalanan kes khalwat Azizan dilakukan secara adil. Maka
akan menyalaklah burung-burung kakak tua MAHAFIRAUN mengatakan mahkamah
Malaysia adil. Apa yang harus burung-burung ini faham, pihak Barisan
Alternatif bukannya mengatakan semua kes di Malaysia ini tidak diadili
dengan betul. Yang kita kritik ialah pertuduhan berbentuk �selective
persecution�. Kes-kes yang tertentu yang boleh menjejaskan kredibiliti pihak
pemerintah seperti kes Dato� Seri Anwar Ibrahim, Kes Y.B. Lim Guan Eng, kes
Irene Fernandes, kes Tun Salleh Abbas dan yang lain-lain jelas menunjukkan
perjalanan kes sungguh tidak adil. Malah untuk menambah kejijikan sistem
kehakiman kita kes seperti Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik dan Perwaja Steel
yang jelas mempunyai �documented evidence� dan ada di antaranya pihak
pendakwa raya telah mengeluarkan pertuduhan yang menunjukkan ada�prima
facie�, tetapi di atas arahan MAHAFIRAUN segala pertuduhan tersebut di
ketepikan. Adilkah ini? Oleh itu kesimpulannya memandangkan segala
pertuduhan ke atas Dato� Seri Anwar Ibrahim ini dijalankan berpandukan
kepada pengakuan seorang yang fasik, pembohong, pengkhalwat, mungkin juga
penzina dan seorang yang tidak bertakwa kepada Allah SWT, adalah harapan
keseluruhan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan benci kepada
kezaliman supaya segala pertuduhan-peretuduhan tersebut digugurkan dan Dato�
Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera. AKOB THE GREAT 30 SEPTEMBER 1999
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>