*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menuntut kerajaan memohon maaf dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berikutan perjumpaan Menteri Luar, Dato' Syed Hamid Albar dengan rakan sejawatnya dari Israel, David Levy. New Strait Times Singapura 25 September lepas melaporkan Syed Hamid dan Levy mengadakan pertemuan di New York yang antara lain membincangkan tantang aspek kerjasama antara dua negara. Selain itu, Syed Hamid juga menyampaikan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed kepada rakan sejawatnya, Uhud Barak berikutan kemenangan partinya dalam pilihanraya umum Israel. Presiden PMIUM, Mohd. Huzairi Husain berkata, tindakan itu merupakan salah satu usaha ke arah mengiktiraf negara haram, Israel sebagai entiti yang sah di samping beberapa tindakan lain sebelum ini termasuk mengadakan hubungan perniagaan secara senyap dengan Israel. Sehubungan itu, katanya PMIUM membantah keras tindakan Syed Hamid yang tidak memelihara sensitiviti umat Islam dan rakyat negara ini serta menuntut kerajaan membatalkan segala hasrat membentuk kerjasama dengan Israel. " Hubungan dua hala dengan Israel secara tidak lansung mengiktiraf pelbagai kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang dilakukan ke atas penduduk Palestin yang sama sekali tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam," katanya. " Kami merasa pelik dengan sikap Dr. Mahathir yang sebelum ini begitu lantang mengutuk dan mengecam tindakan Yahudi yang dikatakan menjadi dalang menghancurkan ekonomi negara tetapi pada masa yang sama merapatkan hubungan dengan Israel. " ujarnya lagi. Beliau yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) menyeru agar mahasiswa dan masyarakat khususnya umat Islam menilai tindakan itu dengan serius dan kritikal di samping mempertahankan maruah agama dan negara daripada dicemari dan dijajah oleh Yahudi. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Abdul Rahim Jamil <[EMAIL PROTECTED]>