|
Assalamu'alaikum netters semua...
ANTARA KELEBIHAN BULAN REJAB
1. Sabda Rasullullah S.A.W :
"Hendaklah kamu
memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah akan memuliakan kamu
dengan
seribu kemuliaan di hari Qiamat".
2. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Bulan Rejab bulan
Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan
umatku".
3. Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru
kepadanya:
"Telah wajib hakmu
atasku, maka minta olehmu kepada-Ku. Demi ketinggian-Ku dan
kebesaran-Ku,
tiada aku tolak hajatmu".
4. Sabda Rasulullah S.A.W :
"Puasa pada awal
Rejab, pertengahannya dan akhirnyya adalah seperti berpuasa
sebulan
pahalanya".
5. Tiap sehari puasanya dalam bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan
Rejab, seperti
ibadat seribu haji dan umrah.
6. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api
neraka, kerana kemuliaan
bulan Rejab iaitu bulan Allah.
Sesungguhnya, bulan Rejab adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada
hambanya. Bulan diperintahkan supaya kita banyak berbuat amal kebajikan
pada-NYA, digalakkan beramal ibadat, perbanyakkan istighfar, berselawat, berdoa,
bersedekah, melebihi waktu-waktu-waktu sebelumnya (bulan-bulan lain). Semoga,
kita semua mampu melipat gandakan amalan seikhlasnya... Amin....
|
- Re: H-Net* Rejab datang lagi.... nlaw
- Re: H-Net* Rejab datang lagi.... ghazali yusof
- RE: H-Net* Rejab datang lagi.... Abd Wahab, Abdul
