*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum  semua ,

Nak share dengan abang-abang semua ..... pada
kakak-kakak , bersyukurlah kita kepada Allah   kerana
di kurniakan menjadi wanita . Mudah-mudahan kita semua
menjadi wanita dan anak yang solehah 

 19 Hadis nabi mengenai wanita.

 1. Doa perempuan  lebih makbul  daripada lelaki      
 kerana sifat  penyayang yang lebih kuat daripada
 lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
 tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
 daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
 akan sia-sia".

 2. Apabila seseorang
 perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
 maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
 mencatatkan baginya
 setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan  menghapuskan 
darinya 1,000  kejahatan.
                     
   3. Apabila seseorang
 perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
 Allah mencatatkan baginya
 pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  4. Apabila seseorang
 perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
 dari dosa-dosa seperti keadaan
 ibunya melahirkannya.

  5. Apabila telah  lahir anak  lalu disusui, maka
bagi      ibu itu  setiap satu tegukan daripada
susunya
 diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara   
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala
seperti  memerdekakan 70 hamba dengan
 ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang  menggembirakan anak    
perempuannya, darjatnya  seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah dan orang
 yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
 atas tubuhnya.

8. Barangsiapa  membawa  hadiah, (barang makanan dari
pasar ke  rumah) lalu diberikan kepada
 keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
 Hendaklah mendahulukan anak perempuan
 daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
 menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
 memerdekakan  anak Nabi  Ismail.

9. Tiap perempuan  yang  menolong suaminya dalam    
urusan agama, maka  Allah memasukkan dia ke    dalam
syurga lebih dahulu  daripada suaminya
 (10,000 tahun) 

 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan  Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat
akan  suaminya, masuklah  dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.

 11. Wanita yang  solehah  (baik) itu lebih baik      
 daripada 1,000  lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata,  "Aku
 bertanya kepada Rasulullah, siapakah
 yang lebih besar haknya terhadap
 wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula
 berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
 "Ibunya".

13. Apabila memanggil  akan engkau dua orang     
ibubapamu, maka  jawablah panggilan ibumu
     dahulu.

 14. Wanita yang taat  akan  suaminya, semua ikan-ikan
di laut,  burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan  bulan semua  beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang  dan puasanya.

15 Wanita yang taat  berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga.  Masuklah dari  mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak  dihisab.

16 Syurga itu di  bawah tapak  kaki ibu.

17 Wanita yang  tinggal  bersama anak-anaknya akan    
tinggal bersama  aku (Nabi s.a.w) di dalam
    syurga.

18 Barangsiapa  mempunyai tiga  anak perempuan atau
tiga saudara  perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara
 perempuan lalu dia  bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan  mendidik mereka dengan
 penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
 baginya syurga.

19 Daripada Aisyah  r.a " Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu  daripada anak-anak
 perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
 mereka,maka mereka akan menjadi penghalang
 baginya daripada api neraka."

Dipetik dari WANITA  September.


Wassalam

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: nurmaisarah kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke