|
Sebenarnya bukan apa, sebab segala program ceramah anjuran Umno dah tak
laku, tak dapat sambutan, yang ramai hadir adalah kuli-kuli Umno bukan orang
awam yang menjadi sasaran mereka.
Jadi terpaksa buat aktiviti lain termasuklah hadir ke ceramah
BA.
Jemput
orang awam, orang awam tak datang. Terpaksalah cari dimana orang awam ramai
pergi iaitu di ceramah BA.
Mengenai konvoi seramai 20,000 orang untuk mengingati ulangtahun ke 50
tu, berapa banyak agaknya belanja dan duit rakyat yang akan
digunakan?
Maklumlah dah jadi tradisi BN kalau buat program, kena pakai banyak duit,
pasang/turun bendera kena bagi duit, datang ceramah kena bagi duit, guna
kenderaan untuk kempen kena bagi duit, dll.
Bukankah subsidi ni budaya Umno? Kalau tak ada subsidi, saya percaya
ramai yang hardcore Umno pun tak sanggup nak buat kerja untuk
Umno.
|
Pucuk dicita ulam mendatang.
Satu perkembangan yg bagus! Semoga ramai lagi yg
pergi mendengar ceramah itu boleh terbuka mindanya. Meneliti apa yg
diucapkan dan mengambil iktibar. Tambahan pula boleh menderma.
Rugilah kalau tak derma. Dlm umno derma RM1 atau 50 sen tak
dipandang. Mereka akan dapat lihat para petugas parti alternatif
begitu ikhlas menjalankan tugas tanpa perlu diupah wang ringgit. Ini
baru PAHALA namanya.
Biasanya di akhir ceramah akan diadakan doa mohon kepada
Allah supaya Allah bukakan pintu2 hati orang2 yang tidak mahu
menegakkan kalimah ALLAH. Harap2 tu biarlah pemuda umno tunggu
sampai habis ceramah.
Banyak kejadian berlaku, ramai orang umno yg pergi ceramah parti
alternatif melihat dengan mata kepala mereka sendiri dan mendengar
yg tidak ada satu pun fitnah dan maki hamun yg digembar-gemburkan
oleh pemimpin umno. Dengan ini mereka akan dapat menilai ceramah
mana yg benar. Sebab apa ramai org datang. Ini kerana dlm ceramah2
parti2 Alternatif, banyak ilmu dan pelajaran yg mereka akan dapat.
Apabila bertambah ilmu, tidaklah jadi mereka seperti katak bawah
tempurung. Fikirlah sendiri. Lihatlah sendiri.
Kebiasaannya ramai yg terus tinggal umno. Bila dah ramai ahli
gerakgempur umno tinggal umno. Makin hari makin susutlah penyokong2
umno kerana telah berhijrah kepada parti alternatif. Sebab itulah
sekarang ini umno tidak berani memecat ahli2nya yg telah bersama
parti alternatif, kerana kalau asyik pecat, tinggallah mamak sekor
tu.
Syabas gerakgempur umno! Boleh bawak wanita tudung merah sekali
jugak
BERITA MALAYSIA
October 10 , 1999
18:52PM |
|
|
PEMUDA UMNO
"RAIKAN" CERAMAH PEMBANGKANG DENGAN
BENDERA
|
| |
|
PETALING JAYA, 10 Okt
(Bernama) -- Pemuda Umno di seluruh negara akan
"meraikan" ceramah parti-parti pembangkang
dengan membawa bendera dan panji-panji Umno ke
majlis-majlis itu mulai hari ini, kata pemangku ketua
pergerakan itu Datuk Hishammuddin Tun Hussein.
Langkah itu akan membuatkan kehadiran
Pemuda Umno, yang sebelum ini ditohmah bermacam-macam
termasuk dianggap pengecut dan bacul, akan lebih terasa,
katanya.
"Kita dah masuk mod pilihan raya
sekarang...kita akan gempur dan satu cara ialah dengan
meraikan ceramah parti-parti pembangkang dengan
panji-panji kita,"katanya kepada pemberita selepas
menutup perhimpunan perkasa Pemuda Umno Bahagian Subang
di Kelana Jaya dekat sini, hari ini.
Difahamkan
bahawa sejak dua minggu kebelakangan ini parti-parti
pembangkang juga turut meraikan majlis-majlis dan
ceramah yang dihadiri pemimpin-pemimpin Umno di
Terengganu dengan mengibarkan panji dan bendera parti
masing-masing pada majlis itu.
Dengan langkah
itu yang merupakan satu daripada strategi Pemuda Umno
dalam menghadapi pilihan raya, beliau berharap Pemuda
Umno akan mendapat sedikit ruang dan kelonggaran untuk
bebas bergerak dalam ceramah-ceramah parti-parti
pembangkang.
Hishammuddin yang juga Timbalan
Menteri Perusahaan Utama, berkata sebelum ini pun memang
ada anggota Pemuda Umno menghadiri ceramah-ceramah
pembangkang yang membolehkan beliau mendapat maklumat
mengenai ceramah yang disampaikan.
Ketika
ditanya sama ada langkah itu akan berupa provokasi
terhadap parti pembangkang, beliau berkata: "Kami
bukan hendak cari pasal atau bertumbuk dengan mereka,
saya hanya mahukan kehadiran Pemuda dirasai... saya
takkan menyetujui cara-cara yang membelakangkan
undang-undang."
Beliau memberi amaran
kepada parti-parti pembangkang, yang telah pun memulakan
tindakan yang lebih teruk daripada itu terhadap
ceramah-ceramah Umno, bahawa berkibarnya panji-panji
Umno pada ceramah mereka kelak hanya merupakan satu
strategi kecil sahaja yang mampu dilakukan oleh Pemuda
Umno.
"Selain itu kami juga terus
menjalankan tugas tradisi kami masing-masing bersama
Wanita dan Bahagian yang lazim dijalankan setiap kali
musim pilihan raya," katanya.
Antara tugas
tradisi itu ialah mengemaskinikan hal-hal dalaman parti
seperti mengesan anggota parti yang tidak diketahui
tempat tinggal baru mereka dan mendekati secara
pragmatik para pengundi baru di bandar-bandar, yang akan
menambahkan asas kekuatan Umno.
Pemuda juga akan
menjelaskan kepada rakyat mengenai pelbagai pembohongan
besar dan sikap double standard yang dilakukan oleh
pembangkang seperti dakwaan kononnya bekas timbalan
perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diracun dan
gelagat pembangkang menggunakan mahkamah untuk
kepentingan politik, katanya.
Hishammuddin juga
berkata kira-kira 20,000 Pemuda Umno akan berarak secara
konvoi dari selatan, timur dan utara menuju ke Pulau
Pinang bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk
mengingati ulangtahun ke-50 sayap Pemuda dalam Umno
akhir bulan ini.
"Kami hanya ingin
mengembalikan semangat yang kuat di kalangan Pemuda
tetapi jika perarakan itu kelak ditafsirkan oleh
sesetengah pihak sebagai menunjukkan kekuatan Pemuda, ia
lebih baik," katanya.
Menurut beliau Pulau
Pinang dipilih kerana di negeri itulah sayap Pemuda
dicetuskan oleh Kapt Hussein Onn dan Ustaz Ahmad Badawi.
Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata
Pemuda Umno perlu berjuang habis-habisan untuk
kemenangan cemerlang Barisan Nasional bukan untuk kerusi
di Parlimen semata-mata tetapi lebih pentingnya untuk
membuktikan kepada dunia kekuatan kesatuan dan perpaduan
rakyat Malaysia.
"Ini kerana kita bersaing
sekarang bukanlah sesama kita tetapi dengan
negara-negara maju yang jelas mempunyai agenda
tersendiri... mereka mengeksploit kegawatan ekonomi
rantau ini untuk menjajah secara baru," katanya
sambil memberi contoh kritikan Naib Presiden Amerika
Syarikat Al-Gore terhadap demokrasi di Malaysia. --
BERNAMA
| |
|