*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PENIPUAN PASARAN SAHAM BSKL-2
Terlebih dahulu saya  mengucapkan terima kasih kepada mahazalimtwo kerana 
menyiarkan pengakuan saya minggu lepas.  Hasil daripada itu saya menerima 
lebih daripada 400 email dalam masa 3 hari. Terima kasih kepada semua 
netters yang telah menghantar email kepada saya.  Bermacam-macam reaksi yang 
diterima,ada yang percaya, ada yang ragu-ragu dan ada juga email yang cuba 
menjejaki siapa dan dimana saya.
Sebahagian besar email itu telah saya jawab secara peribadi, namun oleh 
kerana masih banyak email yang saya terima, saya mengambil keputusan untuk 
menjawab diruangan ini.  Kebanyakan email daripada orang yang mengaku mereka 
terlibat dalam pasaran saham percaya kepada pengakuan saya, sebahagian yang 
lain masih ragu dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut.  Ada juga yang 
bertanya tentang jumlah wang yang terlibat dan tip masa depan.  Saya akan 
cuba menjawab secara ringkas disini.  Kepada yang ingin mengetahui perkara 
yang lebih lanjut dan spesifik boleh berhubung dengan saya di 
[EMAIL PROTECTED]      !.
      Pertama, ingin saya tegaskan disini bahawa saya bukan bermaksud yang 
pasaran saham pasti akan menjunam selepas 30 Nov.  Saya bukanlah penentu 
pasaran saham.  Apa yang saya maksudkan ialah harga saham tertentu pada masa 
ini sehingga 30 Nov. adalah disokong oleh "apungan palsu",  jadi fikirkan 
apa akan jadi jika sokongan itu telah tiada.   Kemungkinan juga harganya 
akan kekal jika pelabur tidak menjual saham mereka.  ini boleh berlaku jika 
pelabur menggunakan wang lebihan sendiri, tidak meminjam dari mana-mana 
sumber. dan masa dan tempoh tidak penting bagi pelabur berkenaan. Harus 
diingat pelabur jenis ini tidak ramai.  Kebanyakan pelabur besar membuat 
pinjaman dari berbagai sumber, masa dan tempoh amat kritikal bagi mereka.  
Keuntungan 4 atau 5 sen sudah memadai bagi mereka yang membeli 2 atau 3 juta 
unit.  Pelabur besar biasanya mempunyai remisier yang rajin menjaga dan 
mencari tip untuk tuannya.  Mereka cepat bertindak  Ketika kita baru 
berkira-kira hendak membeli mereka sudah berkira hendak menjualnya.  
Mangsanya pelabur kecil, selepas dibeli harga menjunam.
       Kedua,  apakah saya mencadangkan pelabur melepaskan pegangan saham 
masing-masing.?.  Tidak,  jika anda menggunakan wang sendiri dan tidak 
meminjam, anda boleh meneruskan aktiviti tetapi jangan terkena saham 
sokongan palsu itu.  Bagi yang meminjam, yang membeli untuk mencari susu dan 
sesuap nasi, adalah baik anda berkira untuk menjualnya dalam tempoh ini.  
saya rasa pada masa ini mungkin pasaran saham di Malaysia mungkin akan naik 
sedikit, jadi eloklah bertindak.
       Ketiga,  dari mana wang sebanyak itu diperolehi?.  Fikirkanlah jika 
anak seorang menteri kabinet boleh menjadi bilionare dalam usia yang muda, 
apakah mahakhinzir dan daim tak boleh?.  Terlalu banyak sumber di malaysia 
ni yang boleh digunakan oleh dajal berdua tu.  Daim tu sangat berkuasa 
sekarang dengan jawatan menteri kewangan, menteri dengan tugas-tugas khas 
yang menjaga ekonomi.  Wang sebanyak itu hanya dihujung jarinya sahaja.  
Bolehkah anda hitung apa yang mereka perolehi dalam projek PLUS, penambakan 
laut,lapangan terbang baru, ASTRO dan MEASAT, perjudian.   Jangan hanya 
pandang apa yang ditulis dalam akhbar.  contohnya projeks penambakan laut,  
mereka
(dan anak-beranak) boleh dapat dari lesen, permit, pasir, pengangkutan, 
mesin, pekerja, pembinaan, tapak, pinjaman dan macam-macam lagi. ....... dan 
kali lah dengan berapa projeks penambakan laut di Malaysia.
       Keempat,  cukupkah wang sebanyak 5 bilion itu sahaja?.  Jumlah wang 
tidak penting dalam manipulasi pasaran saham, yang penting cara, teknik, 
strategi,keberanian, kesungguhan, sabar dan hati yang busuk, itu saja.  Saya 
pernah menceritakan bahawa saya pernah melakukan kesalahan manipulasi 
sebelum ini. Ketika itu saya hanya menggunakan wang sebanyak RM50,000.00 
sahaja.(itu pun wang pinjam).  Saham PSCI yang berharga tidak sampai RM6.00 
boleh melonjak kepada RM56.00.  Tapi, wang saja tidak akan berjaya, saya 
berusaha keras untuk memberi tip palsu kepada ramai remisier di seluruh 
malaysia.  Hal itu tidak berlaku dalam masa sehari atau sekali buat sahaja. 
Banyak teknik dan peringkat.
        Kelima, bagaimana manipulasi ini berfungsi dan tip saham lain?,  
soalan ini sukar dijawab dengan ringkas, ia memerlukan contoh matematikal 
yang berperingkat. mungkin orang yang berpendidikan ekonomi dan terlibat 
dalam saham akan lebih mudah faham.  (Untuk makluman saudara saya menerima 
lebih kurang 36 email yang dari gaya bahasa dan nama mereka adalah dari kaum 
asing bertanyakan soalan ini).  Secara ringkasnya begini,  beli 1.00, beli 
1.20, beli 1.50, jual semua dalam margin 1.40-1.60.  begitu seterusnya, pada 
satu peringkat, jual sebahagian untuk pulangan modal. yang lain simpan 
sebagai penstabil harga. (gaya ini lebih kurang gaya Soros, tetapi pada satu 
peringkat Soros menggunakan reverse order.  Soros menggunakan modal yang 
jauh lebih banyak, sebab itulah ia boleh berlaku dengan cepat dan berkesan).
Pada penghujung proses semuanya akan dilepaskan kerana wang ini panas dan 
menggunakan berbagai nama (ada tujuan tetentu dan salah satu penyebab 
kewujudan kad pengenalan berganda). Harus diingat, peranan remisier untuk 
tip palsu amat penting dalam proses ini.  Wang 5 bilion boleh menghasilkan 
sekurang-kurangnya 8 bilion.  tapi itu tidak penting, yang penting ialah 
pandangan rakyat dan dunia terhadap pasaran kita.  Tentang tip, saya tidak 
boleh jawab kerana saya tidak lagi terlibat dalam projek ini.
          Keenam,  berapa dan bagaimana saya membawa keluar wang saya?. Kita 
tahu kerajaan menyekat pengaliran keluar wang. tapi itu cuma formaliti 
kastam saja. Singapura bebas, thailand bebas, gunakanlah jalan itu.  banyak 
lubang-lubang gelap yang telah membantu saya.  Kalau nak tahu tanyalah Megat 
Junid, beliau pakar dalam hal ini.  Berapa banyak wang saya biarlah itu  
menjadi rahsia saya.
          Apakah kepentingan saya dan bolehkah saya dicap sebagai 
pengkhianat negara?.Terserahlah kepada anda apa saja tuduhan yang patut 
diberi kepada saya.  Apa yang penting kepada saya sekarang, saya telah 
bertaubat, tidak lagi terlibat dalam pasaran saham.  Dan yang lebih penting 
lagi, saya mahu pelabur-pelabur kecil (ramai tetapi kecil pegangan) sedar 
dan terselamat.  Saya masih cintakan negara ini. Ibu, bapa, adik abang, 
kakak dan saudara mara saya masih berada di Malaysia. dan yang pasti satu 
hari nanti saya pasti kembali. Saya tidak terlibat dalam mana-mana parti, 
pertubuhan atau kegiatan. Laman Reformasi ini pun baru saja saya ketahui 
dari student kita di sini. Saya akan berasa bersyukur jika ada diantara kita 
yang teselamat dari penipuan ini dan berharap agar ini dapat meringankan 
beban dosa saya selama ini.  Maafkan saya.
Sekian, KU TEE
LAPORAN CERAMAH ALTERNATIF DI AU3 KERAMAT
  Assalamualaikum dan salam reformasi buat semua pendukung dan pencinta 
keadilan di seluruh Malaysia. Malam tadi (8/10/1999) saya berkesempatan 
bersama - sama pencinta - pencinta keadilan menghadiri ceramah Barisan 
Alternatif di AU3 Keramat. Berikut adalah
beberapa ulasan yg dapat saya berikan berkaitan majlis ceramah tersebut;
Tempat :   Padang bola yg agak becak kerana hujan lebat sebelum majlis 
ceramah.
Suasana:   Hujan renyai - renyai dan sekali-sekala kedengaran bunyi katak 
(harap -harap bukan Putera Katak.)
Kehadiran: Agak sukar utk dipastikan, mungkin sekitar 4 hingga 5 ribu orang.
Penceramah:Dr. Hatta Ramli :Naib YDP Pas Kws Gombak ,:Al Ustaz Dato’ Ismail 
Kamus

(Dr. Hatta Ramli)
1. Menceritakan pengalaman beliau direman bersama-sama beberapa org pemimpin 
parti alternatif yg lain, beberapa hari selepas peristiwa berdarah di Masjid 
Negara. Beliau dan Dr. Badrul Amin dipaksa memakai seluar pendek, tanpa 
kompromi dan sebarang pilihan lain. Inilah agaknya apa yg dilaung-laungkan 
oleh Amno sbg "Penerapan Nilai-Nilai Islam" di negara Malaysia tercinta ini.
2. Dua org wakil dari negara Israel (yg kita tidak iktiraf atau punya 
hubungan diplomatik antara delegasi yg aka hadir ke sidang antarabangsa 
mengenai lalulintas (kalau tidak silap saya) di PWTC.
(Naib YDP Pas Gombak)
1. Menjelaskan mengapa PAS sanggup menarik motto perjuangan PAS utk 
menegakkan negara Islam daripada Manifesto Bersama Parti Alternatif, tidak 
lain dan tidak bukan utk memberikan kefahaman yg mendalam kpd umat Islam dan 
org-org bukan Islam akan konsep dan kebaikan sebuah negara Islam terlebih 
dahulu sebelum benar-benar melaksanakannya. Ini adalah bertepatan dgn apa yg 
pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika memeterai perjanjian 
Hudaibiyyah dgn kaum musyrikin Makkah (Nabi Muhammad SAW sendiri 
menggugurkan perkataan Muhammad Rasulullah dan digantikan dgn hanya Muhammad 
Ibn Abdullah) di atas gesaan org - org musyrikin Makkah walaupun Saidina Ali 
RA kurang senang dgn gesaan mrk itu. Kita sendiri maklum, tidak berapa lama 
selepas itu, Nabi Muhammad SAW dan umat Islam di Madinah berjaya menawan 
kota Makkah dgn jayanya.) Insyaallah, langkah yg diambil oleh PAS ini pasti 
akan membuahkan hasil yg cemerlang. Perjuangan PAS tetap akan berlandaskan 
ajaran dan syariat Islam.
2. Agak pelik, mrk yg mengaku Islam sendiri yg menolak dan tidak mahu 
mendaulatkan Al Quran dan Syariat Islam. Agak mudah difahami jika org-org 
bukan Islam yg menolaknya.(Sila fikir dan renungkan....)
(Al Ustaz Dato’ Ismail Kamus)
Marilah kita bersama-sama merenungkan perkara-perkara yg dibangkitkan oleh 
beliau spt di bawah ini;
1. Umat Islam adalah dilarang sama sekali bersekongkol dgn mrk-mrk yg zalim 
(yg tidak meletakkan sesuatu pd tempat yg betul.) Kita tidak boleh 
menghormati,berkawan, berjual-beli, memuji, membenarkan dan menyokong 
kata-kata mrk-mrk yg zalim ini kerana kita juga akan menjadi org-org yg 
zalim disebabkan kita melakukan perkara yg tidak sepatutnya dilakukan spt yg 
tersebut di atas tadi. Beliau merujuk kpd Firaun (skrg kita ada MahaFiraun) 
yg berbangsa Qibti(golongan minoriti di Mesir ketika itu)yg berjaya 
memerintah Mesir walaupun kaum majoritinya adalah Bani Israil krn bani 
Israil ketika itu lemah dan asyik mengiyakan kata-kata Firaun walaupun mrk 
tahu Firaun bersalah dan zalim. Akibatnya,mrk dizalimi dan Firaun 
bersama-sama kroninya, Haman dan Qarun berjaya memerintah Bani Israil. 
Renungan: Mungkin kita umat Islam Malaysia juga berperangai dan bersifat spt 
Bani Israil tersebut dgn hanya menurut dan membenarkan tindakan Amno dan 
kerajaan BN, walaupun ianya menyusah dan menzalimi rakyat terbanyak.
2. Sbg umat Islam, kita membaca Al Quran, ada musabaqah dan ada kelas-kelas 
tajwid (sedikit bilangannya dan kecil saiznya jika dibandingkan dgn jumlah 
pusat-pusat peranginan di negara ini.) tapi, pernahkah umat Islam di negara 
ini mendaulatkan Al  Quran. Amno dan BN meletakkan Al Quran di tempat entah 
yg ke berapa...sebaliknya meletakkan Perlembagaan Malaysia yg dicipta oleh 
Lord Reid (bukan Islam dan bukan Malaysian) di tempat yg tertinggi. Bila 
kita disoal di alam kubur nanti...siapa pemimpin dan pegangan kita, apa yg 
perlu dan boleh kita jawab? Nak jawab Al Quran, tentunya tidak boleh sebab 
kita tak pernah mendaulatkan Al Quran di negara kita ini..., maka jawablah 
"Perlembagaan Malaysia" sebagai pegangan dan Mahadead sbg pemimpin kita..... 
Insyaallah, bila parti Alternatif berjaya memimpin kita, kita akan 
mendaulatkan Al Quran dan meletakkannya di tempat yg paling tinggi.
3. Bila kita tidak mendaulatkan Al Quran, maka keimanan kita sbg seorang 
Islam berada di tahap mana? Kufur, kafir, murtad...(ia boleh difikirkan dgn 
mudah.) Maka jika kita mati...kita nak dikuburkan di mana...? Di tanah 
Perkuburan  Islam...tetapi kita tidak mendaulatkan Al Quran dan isi 
kandungannya...maka perkuburan yg mungkin ialah tanah perkuburan orang-orang 
Melayu.
4. Parti Alternatif tidak punya wang utk mentadbir negara. Memang benar, 
sebab wang negara adalah wang yg diberikan oleh rakyat dari hasil cukai dan 
sebagainya. Sebenarnya, wang yg dipungut dari hasil cukai semua inilah yg 
akan digunakan utk mentadbir negara..malahan kerajaan tidak perlu 
membebankan rakyat dgn kutipan cukai yg tinggi dan berulang-ulang. Itu belum 
lagi cerita pasal tol, kerajaan sepatutnya boleh mengenakan kadar tol yg 
jauh lebih rendah dari kadar sekarang. Inilah akibat dari polisi zalim 
kerajaan kita yg gemar menyusahkan rakyat. (Sbg ulama, beliau mampu mengupas 
isu ekonomi ini dgn baik, jauh lebik baik dari menteri-menteri kabinet 
kerajaan BN.)
5. Apa yg kita dapat dgn menyokong dan mengundi Amno dan BN? Kain pelikat, 
wang, saham dan mungkin tanah. Sebanyak mana tanah yg kita dapat....? Kita 
lupa, bila kita mati, tanah yg menunggu kita adalah tanah wakaf, berukuran 3 
kaki lebar kali 7 kaki dalam dan panjang.. tak de 30 atau 70 ekarnya......
6. Kita akan turut dipertanggungjawabkan dgn dosa melemahkan agama Islam 
kerana kita bertanggungjawab mengundi dan melantik mrk yg tidak mahu 
mendaulatkan Islam. Kita tidak boleh lari dari dosa ini di akhirat 
nanti...dgn memberikan alasan kita tidak ada kena mengena sebab ianya 
dilakukan oleh Parlimen Malaysia.
7. Al Ustaz Dato’ Ismail Kamus boleh menghukumkan hukum kita mengundi Amno, 
mrk yg zalim dan BN tetapi  beliau tidak mahu berbuat begitu krn tentunya ia 
akan diputarbelitkan oleh pihak akhbar dan mrk yg tidak bertanggungjawab. 
Sebaliknya beliau membacakan pendapat beberapa org ulama mengenai perkara 
ini. Hukum yg jelas ialah...kita akan sesat (sesat maknanya.....?)
8. Ulama yg bisu dan tidak menegakkan yg haq adalah ulama jahat/bisu. Inilah 
yg dinamakan ulama fulus atau ulama Wang.... Maka, "al fulus fid dunia wal 
mampus fil akhirah."
9. Amno dan BN sentisa mengatakan bhw negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS 
miskin dan mundur...tetapi negeri Terengganu yg kya dgn minyak dan gas 
itupun mundur dan miskin juga rakyatnya di bawah pimpinan Amno dan BN. Ke 
mana agaknya hasil minyak dan gas tersebut....?
Sekian. Semoga pembaca semua dpt menyebarkan ilmu-ilmu ini dan sama-samalah 
kita berjuang utk mendaulatkan Al Quran dan syariat Islam di bumi bertuah 
Malaysia ini. Takbir! Takbir! Takbir! ‘ILA ISLAH WA TAJDID FI MALIZIA’ Ibn, 
Johor Darul Ta’zim


KREDEBILITI AZIZAN DICABAR LAGI ........
Petang ini dimahkamah Peguam Karpal Singh dan Peguam Christopher mencabar 
dengan hujjah yang mantap dan jelas (pada pendapat Hakim Rakyat yang 
Bijaksana) akan samada Azizan yang telah didapati bersalah dan mempunyai 
moral yang paling rendah setelah ditangkap khalwat dan mengaku pula didalam 
mahkamah telah melakukan persetubuhan haram sebelum ditangkap lagi...  
Kredibiliti Azizan yang telah menghujah diperingkat awal perbicaraan mangsa 
kezaliman DSAI bahawa beliau melaporkan kununnya kegiatan liwat DSAI adalah 
atas dasar kesedaran agama dan bangsa. Tapi daripada penghakiman di Mahkamah 
Syariah Melaka jelas Azizan adalah seorang yang amat-amat terlalu rendah 
moralnya dan merupakan seorang yang tidak sahaja memalukan adat bangsa 
Melayu malah seorang yang menjatuhkan samasekali martabat Islam. Beliau 
jelas sekali seorang yang tidak layak menjadi saksi dan tidak layak pula 
diterima kesaksiannya .. Ini adalah  kerana beliau adalah
seorang saksi yang rendah akhlak, tidak akan berlaku  adil, penipu, 
pembohong, rosak moral, tidak mematuhi hukum Allah, dll..... Walaubagaimana 
pun di akhir perbicaraan untuk hari ini , Hakim menyatakan bahawa beliau 
akan membuat keputusan esok (Selasa 12-10-99) ...
Tuan-tuan boleh agak adakah Azizan akan ditolak kesaksiannya atau tidak !!! 
Hari ini juga Timbalan Pendakwaraya Kanan yang zalim dan ahli konspirator 
telah menyatakan ‘ Prosecutor Abdul Gani Patail said previous cases showed 
that Arifin cannot review his own ruling’ Sdra/ri Hakim Rakyat yang 
bijaksana (kata Hakim Gula-gula Hacks) bolehlah menghakimkannya kerana saya 
agak pasti apa yang akan dihakimkan esok


PERTUKARAN CIKGU WAHAB KE ROMPIN - STRATEGI NAJIB JATUHKAN JAMALUDDIN.
Berita Sensasi Dari P85-Rompin,PAHANG.
Kehadiran Cikgu Wahab ke Rompin mencetuskan semangat baru kepada penyokong 
Barisan Alternatif(BA) di Pahang. khususnya di Parlimen Rompin. Setiap malam 
Cikgu Wahab berceramah. Namanya kini menjadi sebutan di seluruh Negeri  
Pahang. Beliau yang dinobatkan sebagai "WIRA ROMPIN" berjaya mengubah 
senario politik negeri Pahang. Seringkali Cikgu Wahab naik pentas 
berceramah, puluhan ribu penyokong dan rakyat pahang akan melaungkan takbir 
"ALLAHHU AKBAR" dan "REFORMASI".Cikgu Wahab sering dijemput berceramah 
bersama-sama dengan tokoh-tokoh  terkenal. Antaranya Dato’Dr.Harun Din, 
Dato’Ishak baharum, YB Dato’ Haji Fadzil  Mohd.Nor, Sdr. Ezam Mohd.Noor, 
Sdr. Azmin Ali dan lain-lain lagi tokoh  Barisan Alternatif. Rakyat Pahang 
bagai dikejutkan kembali dengan kehadiran Cikgu Wahab. Era 80-an dulu ketika 
Cikgu Wahab di hantar ke Daerah Lipis, beliau berjaya membangkitkan semangat 
rakyat Pahang sehingga PAS bertapak kukuh sehingga kini. Kewujudan PAS di 
Kawasan Felda di Pahang yang tumbuh bagaikan cendawan sebahagiannya adalah 
atas hasil usaha Cikgu Wahab bersama dengan Tengku Puji, AJK PAS Pusat.
         Kini kembalinya Cikgu Wahab ke daerah sensasi ini menjanjikan satu 
lagi momentum dan dentuman yang pastinya akan meranap dan menguburkan UMNO 
dan BN Pahang. Rakan-rakan lamanya yang ditinggalkan hampir 15 tahun lalu, 
kini bangkit semula bersama-sama dengan Barisan Alternatif.Mereka 
seolah-olah tidak percaya bahawa Cikgu Wahab yang sememangnya sudah terkenal 
di Pahang pada era 80-an dulu, akan kembali lagi menggegarkan bumi Datok 
Bahaman ini. Setiap hari, malam dan siang, Cikgu Wahab akan melawat Daerah 
Mengundi dan Unit Peti Undi di Parlimen Rompin. Ceramah beliau yang 
jelas,terang, menarik dan sensasi bukan sahaja mampu menggamit 
peneroka-peneroka hadir  mendengarnya. Malah sejak kehadiran beliau 
berceramah di Pahang, ramai  kakitangan kerajaan yang sebelum ini 
"silent"(senyap) sudah mula berani ke  hadapan. Buktinya setiap kali beliau 
berceramah, saya lihat ratusan para  guru yang hadir.Begitu juga dengan 
pegawai-pegawai kerajaan di Kawasan Rompin yang lain hadir sama memberi 
sokongan.Mereka amat rindukan cerita-cerita menarik yang sering diselitkan 
dalam ceramah Cikgu Wahab.
       Baru-baru ini UMNO Bahagian Rompin telah mengadakan satu mesyuarat 
khas membincangkan soal Cikgu Wahab. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh 
Ahli Parlimen Rompin, Dr.Jamaluddin Jarjis. Beliau melahirkan rasa bimbang 
dengan  kehadiran dan kelantangan Cikgu Wahab berceramah.Parlimen Rompin 
mempunyai seramai 34,000 pengundi.90% adalah pengundi Melayu,Cina 4%, India 
dan lain-lain 6%. Begitu juga di 3 DUN yang terdapat di dalam Parlimen 
Rompin, iaitu N36-Bukit Ibam, N37-Muadzam Shah dan N38-Tioman. Ketiga-tiga 
DUN ini hampir 90% pengundinya adalah Pengundi Melayu. Dr.Jamaluddin Jarjis 
yang merupakan Ahli Parlimen Rompin yang juga ahli korporat dalam bidang 
perniagaan penerbangan merupakan sahabat baik kepada Dato’Seri Anwar 
Ibrahim. Beliau merasakan besar kemungkinan Cikgu Wahab dihantar ke Rompin 
oleh Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Dato’Seri Najib Tun Razak 
merupakan satu strategi untuk menjatuhkannya. Kalau tidak mana mungkin Cikgu 
Wahab yang sudah pernah bertugas di Pahang selama 7 tahun dalam tahun 80-an 
akan dihantar semula ke Pahang.  Dr. Jamaluddin dan orang-orangnya dalam 
mesyuarat tersebut membuat kesimpulan bahawa Najib memainkan peranan penting 
untuk menjatuhkannya dengan cara menggunakan tektik yang halus ini. Cikgu 
Wahab yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan ke Rompin atas arahan Najib 
Tun Razak merupakan orang yang boleh meruntuh dan merobohkan karier politik 
Dr.Jamaluddin  Jarjis.  Sebelum ini Najib Tun Razak memang mengakui bahawa 
Cikgu Wahab merupakan salah seorang penceramah yang hebat di Kedah. Najib 
juga tahu salah satu faktor PAS Pahang dapat berkembang sehingga kini adalah 
hasil sumbangan Cikgu Wahab suatu ketika dulu. Inilah perancangan salah satu 
perancangan UMNO untuk menjatuhkan rakan sendiri.Sekarang UMNO Bahagian 
Rompin berkocak. Kehadiran Cikgu Wahab menjadikan mereka berada dalam 
keadaan kucar kacir.
       Ramai di kalangan ahli-ahli UMNO terpegun dengan ceramah-ceramah yang 
  disampaikan oleh Cikgu Wahab. Suasana di Rompin tiba-tiba berubah.  
Keghairahan rakyat dan masyarakat Rompin untuk menjatuhkan Kerajaan BN 
semakin memuncak.Cikgu Wahab berjaya menyakinkan mereka. Buktinya walaupun 
baru seminggu berada di sana, nama Cikgu Wahab telah dicadangkan untuk  
dilantik sebagai AJK Perhubungan PAS Pahang.  Cikgu Wahab dalam setiap 
ceramahnya sentiasa berikrar, bahawa beliau akan tetap berjuang, berceramah 
dan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan UMNO dan BN Pahang tumbang 
dalam pilihanraya akan datang.Walaupun jauh daripada keluarga dan anak 
pinak, namun semangat Cikgu Wahab tidak pernah luntur. Baginya sekarang 
beliau mempunyai masa terluang yang cukup banyak. Sepenuh masa ditumpukan ke 
arah gerakerja pilihanraya bagi memastikan bahawa Pahang merupakan negeri 
kelima yang akan jatuh ke tangan Barisan Alternatif selepas 
Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu. Bagi penduduk Rompin, pertukaran Cikgu 
Wahab ke Daerah itu merupakan suatu rahmat dan berupaya menyuntik semangat 
mereka untuk terus bekerja sehingga mencapai kejayaan yang diidam-idamkan. 
Syabas,Cikgu Wahab.....namamu kini menjadi sebutan....di mana sahaja!! Salam 
Perjuangan.......sahabatmu yang abadi...... Dari Bilik Sekretariat UMNO 
Bahagian Rompin

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke