*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
YAS Tan Sri Norian Mai
Ketua Polis Negara,Malaysia
Tan Sri,
Terlebih dahulu saya memohon maaf kpd Tan Sri dan kesemua pegawai2 kanan
PDRM kerrana surat ini tidak mengikut prosedur jabatan kita dan saya
terpaksa menyembunyikan identiti saya keranaa saya tak yakin akan
keselamatan diri dan keluarga saya jika sekiranya identiti saya didedahkan,
dan demi sisa-sisa kehormatan profesion kepolisian saya dan semua pegawai2
polis, saya merasa terpanggil utk menulis kpd YAS TanSri.Juga saya merasakan
sebagai pegawai yg menjalankan tugas harian memberikan perkhidmatan
kepolisian kpd rakyat bawahan, saya merasa wajib utk saya menyampaikan
perasaan dan kekecewaan mereka tentang beberapa perkara mengenai insiden2 yg
melibatkan jabatan kita dan neraca keadilan yg menjadi sumpah kita utk
dipertahankan demi kemuliaan keadilan yg menjadi teras perkhidmatan kita kpd
rakyat.
Yg. Dihormaati Tan Sri,
Sejak kebelakangan ini kita dapat melihat kepercayaan, keharmonian dan
keyakinan rakyat kpd institusi kita semakin merosot dan terendah. Sungguhpun
pelbagai berita menarik dan pembohongan yg disebarkan oleh media pemerintah
utk memberi sokongan moral kpd kita, tetapi apa yg terjadi adalah semangat
rakyat semakinjauh dari kita. Saya tahu Tan Sri berada dlm keadaan tersepit
antara kebenaran dan perintah yg terpaksa ditaati walaupun jauh dari prinsip
asal Tan Sri. Tan Sri yg saya kenal adalah seorg pemimpin yg baik. Tan Sri
pernah menasihati kami agar jgn menaniaya atau menyusahkan manusia yg. lain
kerana Tan Sri amat tidak suka pada manusia zalim. Kata-kata ini pernah
diluahkan oleh Tan Sri semasa menjawat jawatan KPD Brickfield sedikit masa
lalu. Ingatlah pada firman Allah dlm surah (Al Maidah:8)"Berlaku adillah
kamu, sesungguhnya ia lebih hampir utk mencapai kpd taqwa. Begitu juga
firman Allah swt. (surah An-Nisa ayat 58)"sesungguhnya Allah menyuruh kamu
meletakkan amanah kpd mereka yg sepatutnya. Dan bila kami menghukum
dikalangan manusia, hukumlah dgn adil.
YAS Tan Sri,
Sejak bermulanya episod draama pemecatan Dato; Sri Anwar Ibrahim sebaagai
bekas TPM, syaa melihat beberapa kejahilan atau kejanggalan telah berlaku
dalam menangani krisis yg paling tidak bermaruahdlm abad ini.
1.Yg pertama selepas pemecatan DSAI kita tealh melihat beberapa tindakan dan
kenyataan2 yg dikeluarakan oleh bekas KPN yg saya kira paling tidak
profesional, penuh prejudis,sikap double standard serta tindakan2 yg tidak
adil dan berat sebelah kpd DSAIyg dgn sendirinya tlh melanggar dan
merosakkan keyakinan masyarakat atau rakyat kpd prinsip undang2 yg tidak
emihak kpd mana2 individu. Banyak kenyataan-kenyataan akhbar yg membayangkan
tertuduh tlh bersalahwalaupun sidang `mahkamah kanggaroo` belum bermula.
Apakah sebab yg beliau begini bersungguh2 menghentam DSAI sebab menegakkan
keadilan atau takutpada akta BPR yg baru diluluskanoleh parlimen?..sehingga
menyebabkanbeliau sanggup menggadaikan prinsip kepolisian yg dijunjungnya
selama ini.
2.Peristiwa penangkapan DSAI sekali lagi mengejutkan saya dan pegawai2 yg
lain. Saya pernah berbincang secara tak rasmi dgn beberapa org pegawai kanan
polis dan mereka melahirkan rasa sungguh kecewa dan malu dgn cara
penangkapan ala Gestapo (mafia) hanya utk menangkapa sseorg yg hanya dituduh
melakukan kesalahan maksiat. Tidak adakah cara lain yg lebih bermoral dan
beretika yg boleh diguankan.Apakah ada maklumat yg DSAI dan pengikut2nya
mempunyai senjata2 yg merbahaya sehingga memaksa kita bertindakbegitu kejam
ataupun hanyua utk mengaibkan beliau serta keluarga beliau ataupun sengaja
nak tunjuk kuat pada para penyokong dan org ramai yg pada masa itu
membanjiri rumah beliau utk menunjukkan simpati. Apakah para penyokong yg
tidak dapat mengawal perassan marah pada massa itu. Saya telah menonton
sendiri VCD yg menunjukkan rentetan peristiwwa itu dan saya menilai sendiri
*(begitu juga org lain) betapa tingginya penghormatan yg diberikan oleh
DSAI dan pengikut2nya kpd keluhuran undang-undang. Bayangkanlha apa akan
terjadi sekiranya mereka menghormati polis. Adakah selamat pegawai2 polis yg
berada ditengah-tengah mereka yg ramai itu. Penyokong2 DSAI laansung tak
bertindak ganas terhadap pegawai2 dan anggota polis sedang menjalankan tugas
mereka.Seperti yg mungkin diarahkan oleh konspirator bacul.Mengapakah kita
tidak menerima tawaran DSAI melalui peguam2 beliau yg akan menyerahkan DSAI
ke Bukit Aman jika diarahkan berbuat demikian. Apakah tindakan yg tidak
beretika dan primitif ini melambangkan yg kita ini beertaraf
profesional.Adakah lahgkah sebigini mendapat penghormatanatau pun kebencian
dan masyaarakat.Mengapakah kita lansung tiada perasaan sensitiviti terhadap
perasaan org lain sedangkan jika kami hendak membuattangkapan terhadap
seseorang yg disyaki terlibat dlm jenayah,kita mengelakkan diri dari
menggunakan cara kekerasan seberapa yg boleh melainkan jika keadaan memaksa
itu pun secara paling minimum.
3.Selepas penahanan DSAI sekali lagi kita dimalukan dgn peristiwa kekejaman
yg berlaku terhadap beliau oleh Rahim Noor. Kami lansung tak menyangka
peristiwa yg mengaibkan ini berlaku didlm abad ini. Ini menunjukkan betapa
rendahnya taraf pemikiran bekas KPN sehingga perbuatannya utk cuba membunuh
seorg bekas TPM dgn cara yg sungguh tidak bertamaddunn dab profesional.
Sehingga sekarang syaa masih tertanya-tanya apakah logiknya bekas TPM
dipukul. Adakah bekas KPN ada menerima arahan2 tertentu dari para
konspirator yg sebahagiannya adalah orang yg berpengalaman dlm undang2
ataupun dari tokoh2 politik yg bangkrap atau yg akan lemas tetapi saya
percaya mereka begitu takut pada 6 kotak berhantu yg banyak menyimpan
paparan sejarah kedurjanaan mereka atau pun yg akan menelanjangkan mereka
kpd penyokong2 mereka. Siapakah manusia biawak yg menjadi pujaan mereka
selama ini ??
Tan sri yg dihormati,
Tetapi apa2 yg memeranjatkan saya apabil mahkamah kanggaaro mula bersidang.
Kita tak mampu menafikan kebenaran, tak mampu berbohong kpd rakyat yg selama
ini menghormati sistem keadilan ini. Kita lihat sendiri bagaiman bangangnya
seorg pegawai polis yg dilantik sebagai Ketua Jab.Undang2 PDRM memberi
kenyataan dimahkamah.Penuh insiden2 yg memalukan sehingga beberapa kali
tarikh kejadian dipinda2 serta tempat kejadian yg belum wujud pada masa
itu. Seolah-olah cerita ini direka dlm keadaan kelam kabut dan tergesa-gesa.
Dan saya merasa hairan bagaimanakah DSAI didakwa pada hal siaasaatan belum
selesai. Jika sekiranya kes ini dikendalikan oleh IO daerah sudah tentu
fail kes ini sudah dibalingkan ke muka IO tersebut oleh SID kerana belum
lengkap dan tidak layak utk dibawa ke Jabatan Peguam Negara .Kita semua
dapat menilai bagaimana mereka terpaksa mereka berbagai2 bukti yg mereka
sendirisedari bahawa tidak relevan utk dijadikan barang bukti atau alibi.
Disini kita melihat bagaimanakah polis digunakan utk kepentingan org
politik. Kita lihat betapa kotornya permainan mereka dan saya percaya Dato
Said Awang tlh dipaksa utk memberikan kenyataan bohong di Mahkamah dlm kes
rasuah DSAI. Kita juga terpegun melihat bagaimana cerita datuk Amir Junus yg
membaawa seorg Tauke cina berjumpa DSAI utk mendapatkan projek dgn lain
perkataan menjadi barua suruhan. Kita semua tahu bahawa kes ini tidak kuat
tetapi mungkin mendapat jaminan dari peguam negara dan yg pastinya kita
dapati kepercayaan, penghormatan dan harapan org ramain dan rakyat m'sia
terhadap institusi kepolisiandan kehakiman makin terhakis dan terhapus yg
akhirnya membawa kpd demonstrasi atau tunjuk perasaan yg tidak berkesudahan
hingga kini. Mengapakah mereka sanggup berdemonstarsi??
Soalan ini sebenaarnya tidak pernah kita tanya kpd mereka. Kita cuba menutup
kesilapan sendiri dgn menundingkan jari pada org lain tetapi kita tidak
sedar lagi bahwa jari tangan itu menghala ke arah muka kita sendiri.
YAS Tan Sri,
sebelum saya mengakhiri surat terbuka ini ingin saya tekankan kpd Tan Sri
bahawa saya adalah bukan seorng ahli politik malahan saya amat benci kpd
mainan politik kotor seperti ini dan baru-baru ini kita dikejutkan dgn
beberapa keping surat penting yg melibatkan beberapa org ahli politik
pemerintah yg dikeluarkan dari kotak rahsia itu dan akhirnya kita dapati kes
ini hanya didiamkan sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan. Inikah yg
dinamakn keadilan yg akan dipertahankan.
Kita sebenarnya pegawai kerajaan begitu juga ahli parlimen yg diberikan
mandat dan kepercayaan oleh rakyat kita supaya mentadbir negaraini dan
segala kerja kita dibayar gaji dari wang rakyat bukannya wang umno atau
Mahafiraun. Oleh itu kita jangan hampakan harapan rakyat. KeADILan,
ketelusan adalah menjadi hak mereka utk dinikmati. Ingat! kita ada piagam
pelanggan dimana kita adalh kuli rakyat dan bukan nya barua org politik yg
kotor dan busuk. Kita mestilah berani bertindak tegas dlm sebarang tindakan
walaupun paada sesiapa sahaja yg cuba mengotorkan mahkamah keadilan. Kita
mestilah berani mempertaruhkan nyawa, darah dan airmata demi keADILan dan
kebenaran. Semuga Allah memberi kekuatan kpd Tan Sri dan kita semua utk
berusaha memulihkan kembali keyakinan, kepercayaan kpd institusi PDRM yg
kita kasihi. Satu perkara yg saya ingin memberi amaran atau peringatan pada
Tan Sri sebagai ketua penguatkuasa undang2 negara. Lindungilah keselamatan
DSAI sebaik yg boleh, jika sesuatu hal yg buruk atau DSAI meninggal dunia
disebabkan oleh kelalaian kita dlm menangani insiden ini, kita akan menerima
padah yg paling buruk apabila rakyat tidak lagi percaya pada sistem keadilan
dan tidak lagi menghormati kita sebagai pegawai pengkuatkuasa undang2
negara.
sekian,
WASSALAM
Yang Benar
SERPICO,
KL
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "fendyazam azami" <[EMAIL PROTECTED]>