Jawapan yg menutup mulut jahat umno

Ditanya kenapa Pas menggunakan gambar kanak-kanak dalam akhbar itu, Wan Ismail berkata ia dibuat kerana kanak-kanak melambangkan generasi akan datang yang akan terancam jika Umno terus berkuasa.

BERITA MALAYSIA


October 11 , 1999 20:53PM

 

GAMBAR KANAK-KANAK DALAM HARAKAH BUKAN ISU BESAR

 

KOTA BAHARU, 11 Okt (Bernama) -- Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan Wan Ismail Wan Jusoh menganggap iklan dalam akhbar rasmi Pas, Harakah, yang menunjukkan seorang kanak-kanak dengan dialog berbau politik bukan sebagai "isu besar".

"Tiada apa yang perlu disibukkan tentang perkara itu kerana ia sengaja dibesar-besarkan oleh Umno lantaran kebangkitan pengaruh PAS," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harakah dalam terbitan terbaharunya pada 8 Oktober lepas menyiarkan iklan seorang kanak-kanak perempuan dengan dialog "Asyik-asyik BN! BN! BN! Tukarle.. PAS Pulak" yang kemudiannya mendapat kritikan pelbagai pihak khususnya Umno.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyifatkan perbuatan itu sebagai hina kerana mengeksploitasikan kanak-kanak yang tidak tahu menahu mengenai hal ehwal politik.

Wan Ismail berkata iklan itu boleh dilihat mempunyai persamaan dengan penampilan artis seperti Siti Nurhaliza semasa membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil semasa sambutan Hari Kebangsaan yang lepas serta kumpulan Raihan di Jeli baru-baru ini yang dianjurkan oleh Umno.

Siti Nurhaliza, penyanyi tempatan yang dikenali di kalangan remaja, menjadi bahan kecaman parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Nasional kerana dikatakan menjadi alat kepada Barisan Nasional apabila membuat ucapan meminta rakyat berwaspada dengan ancaman kuasa asing terhadap kedaulatan negara.

Ditanya kenapa Pas menggunakan gambar kanak-kanak dalam akhbar itu, Wan Ismail berkata ia dibuat kerana kanak-kanak melambangkan generasi akan datang yang akan terancam jika Umno terus berkuasa. -- BERNAMA

blue.gif

bernamasmall.gif

Kirim email ke