Dr. M.WHO MISUNDERSTOOD RELIGION (1) -Syed Muhandis

(Dipetik dari kitab Al-Mahaded Melalut)

Apabila Quran dan Hadis ditafsir dan Islam di tulis semula, maka Islam itu hendaklah terbahagi kepadadua sebagai menggantikan Al-Arkanul Islam dan Al-Arkanul Iman.

1.Islam Isi.

2.Islam kulit

1.ISLAM ISI.

Intipati pada mertabat bangsa itu adalah kemajuan/kekayaan dan teknologi yang canggih dalam mencari kehidupan yang selesa dan sempurna. Hanya apabila kita kuat dari segala segi, orang akan menghormati kita. Agama diturunkan untuk tujuan ini. Dengan itu, segala usaha untuk menuju ke arah ini akan membatalkan segala syariat yang menghalang pencapaiannya.Selepas itu, barulah orang akan mendengar kita bila kita bercakap tentang Islam.

2.ISLAM KULIT.

Kulit Islam itu adalah seperti syariah, sembahyang, puasa, arak, judi, zina,aurat, janggut, jubah/serban dsb. Sembahyang, puasa dan seumpamanya adalah ibadah spiritual untuk menguatkan kita untuk mencapai matlamat di atas. It is good if you can practice them. However, even without them, we can still achieve our targets.Sekiranya perkara-perkara ini di dapati menghalang matlamat utama di atas, maka ianya boleh di abaikan (overuled) demi mencapai matlamat yang lebih besar.

Contoh 1 :Dibolehkan kamu menyertai ratu cantik kerana dengan itu akan memperkenalkan negara ke mata dunia. Oleh itu, mereka yang berusaha menghalang dan menghukumpeserta ratu cantik hendaklah dicantas.

Contoh 2 : Dibolehkan kamu menjadi penzina, penerima rasuah dan perompak harta negara asalkan kamu (memberi beberapa persen pada aku,) menampakkan prestasi yang baik dalam tugas kamu dan menjilat aku. Sebarang usaha yang bersungguh-sungguh untuk meluhurkan institusi BPR perlu dihentikan.Untuk itu, dibolehkan memfitnah dengan menunggang segala intitusi yang ada untuk mengenepikan sesiapa yang menyusahkan kerja kita.

Contoh 3 : Kamu tidak boleh memalukan imej negara dengan memakai tudung, purdah, serban, jubah, janggut dsb kerana ini semua pakaian Arab Badwi yang tidak bertamaddun dan akan menggerunkan pelancung-pelancung luar negeri untuk datang ke Malaysia. Ini mengurangkan pendapatan negara.

Contoh 4 : Sistem perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana akan menakutkan pelabur-pelabur asing daripada datang melabur di negara ini dan negara ini akan menjadi bahan kecaman Barat. Lagipun, bukan orang Islam sahaja yang ada dalam negara ini.

Adalah tidak mengapa bagi orang Islam dipaksa dengan sistem yang mengkufuri Allah s.w.t tetapi adalah sangat tidak demokratik apabila orang bukan Islam diletakkan di bawah pemerintahan Islam..

Contoh 5 : Biarkanlah kemaksiatan berleluasa. Iman itu di dalam hati. Kalau kamu kuat iman, segala kemungkaran di sekeliling kamu tidak akan menjejaskan kamu biarpun Ummi Hafilda dibogelkan dihadapan kamu.. Undang-undang Islam hanyalah bagi orang-orang yang tak kuat iman. Kami ini sudah immune, sebab itulah kami boleh biarkan DSAI berjalan ke tingkat 4 bertelanjang bulat dalam keadaan cedera parah untuk mendapatkan rawatan doktor. (Immune sebab dah tak ada hati-perut - Muhandis)

Contoh 6 : Sistem ekonomi Islam tidak boleh diamalkan sepenuhnya. Tak boleh riba’, macamana nak untung?Pelabur asing yang mendukungi riba’ akan lari. Kita kena faham, ekonomi kita banyak bergantung pada negara luar.

(Perasan tak, balik-balik nak jaga orang asing. Takut sangat kalau orang asing macam Soros tinggalkan kita. So, siapa sebenarnya dalang yang berlutut sembah pada orang asing?)

***************************************************************************************************

Sekadar isi pengajaran dari Al-Qur’an.

1.Sesungguhnya, deen (jalan hidup) di sisi Allah s.w.t itu hanyalah Islam. Selain dari itu adalah tertolak.

2.Apabila kamu berselisih tentang sesuatu, kembalikan ianya kepada Al-Qur’an dan sunnah RasuluLlah s.a.w.

3.Barangsiapa yang menghukum (menetapkan sesuatu) tidak mengikut apa yang diturunkan Allah, mereka itu adalah orang yang zalim, fasiq, kafir.

4.Tidak layak bagi seseorang Muslim (lelaki atau perempuan) apabila Allah telah memilihkan sesuatu itu untuk diikutinya, dia membuat pilihan yang lain.

Ir. Muhandis

Kirim email ke