Penggabungan Bank2 adalah idea IMF. Mahathir kata tak mau turut IMF, tetapi dasar2 yg dibuat seperti pengawalan modal keluar dan penggabungan BANK2 adalah dasar2 yg diperkenalkan oleh IMF. Dapatlah kesimpulan disini, penolakan bantuan Kewangan IMF oleh Mahathir adalah kerana IMF mahu bantuan kewangannya disalurkan mengikut saluran2 yg betul dalam menangani kemelut ekonomi. Ketelusan dari dasar IMF ini tidak disenangi oleh Mahathir kerana dia mempunyai hajat yg lebih besar untuk 'bail out' syarikat perkapalan anaknya Mirzan. Dengan cara menggunakan dana Petronas, siapa pun tidak akan menghalangnya kecuali Anwar yg ketika itu menjadi menteri kewangan yg menyatakan dengan jelas tidak mahu membenarkan Mahathir menggunakan wang Rakyat untuk kepentingan perniagaan Mirzan. Cara yg mudah bagi Mahathir ialah dengan memecat Anwar dari kerajaan dan memenjarakan dia. Kalau Anwar tidak dipenjara, Anwar akan mendedahkan segala pekung yg ada pada Mahathir. Apabila Anwar dipecat, dengan cepatnya Mahathir mengambil alih jawatan Menteri Kewangan untuk meluluskan permohonan 'Bail-out' syarikat anaknya dari wang Rakyat iaitu Petronas. Ini juga adalah satu bentuk rasuah yg amat besar. Tetapi tidak dibesar2kan oleh media dan menteri2 PARROT.

 

BERITA MALAYSIA


October 12 , 1999 23:15PM

 

BAN HIN LEE BANK BERGABUNG DENGAN SOUTHERN BANK

 

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- BHL Bank Bhd yang bersetuju bergabung dengan Southern Bank Bhd tidak melihat mengapa ia harus berubah haluan kepada kumpulan bank yang lain.

Pengerusi dan ketua eksektifnya, Datuk Goh Eng Toon, berkata pemegang saham utama dalam Southern Bank dan BHL telah sekian lama berunding antara satu sama lain tentang penggabungan itu.

"Ini adalah penyatuan yang mesra dan BHL lebih gemar bergabung dengan hanya bank yang cemerlang," katanya pada taklimat akhbar yang dianjurkan bersama antara BHL Bank dan Southern Bank di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa rancangan penggabungan itu diadakan sebelum Bank Negara Malaysia mengeluarkan arahan bagi sistem perbankan tempatan bergabung menjadi enam kumpulan perbankan induk.

Ketua pegawai eksekutif Southern Bank, Datuk Tan Teong Hean pula berkata Sounthern Bank meneruskan usaha penggabungan dengan BHL Bank selepas ia memperolehi hampir 89 peratus saham BHL Bank selepas pengarahnya serta beberapa pemegang saham utama memutuskan untuk menerima tawaran ukaran saham Southern Bank.

Katanya pengarah-pengarah BHL menerima alternatif saham Southern Bank berkaitan pegangan mereka.

Tan yang akan terus menerajui bank yang digabung itu, katanya beliau merancang untuk mengekalkan nama Southern Bank apabila entiti itu bergabung kelak yang akan mempunyai rangkaian cawangan berjumlah 121.

Ini besama dengan syarikat kewangan akan menjadikan jumlah cawangan kepada 140, tambahnya.

Tan berkata cawangan kedua-dua bank itu tidak akan ditutup dan kakitangannya tidak akan dihentikan kerja tahun ini.

Bank yang digabungkan itu akan mempunyai aset bernilai RM16.3 bilion dan pinjaman kasar bernilai RM11.4 bilion berdasarkan lembaran imbangan sehingga 30 Jun, 1999.

-- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke