*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KENYATAAN PAK LAH DAN HISHAMUDDIN MENGENAI HARAKAH

Assalamualaikum diucapkan kepada para reformist dan para-para pendokong 
keadilan!
Rupanya rentetan peristiwa Petronas berlambangkan bulan tidak mati begitu 
sahaja. Ketakutan dan kekalutan pemimpin Umno "Barisan Shit" ini tidak 
hilang begitu sahaja, tetapi diteruskan lagi semalam. Jika sesiapa di antara 
reformis yang terbaca satu kenyataan akhbar oleh Abdullah Badawi dan 
Hishamuddin, Ketua Pemuda Umno yang terkenal dengan ke’macho’annya,membuat 
satu kenyataan yang hanya layak dituturkan oleh budak-budak sekolah. Isu 
yang dikemukakan adalah tentang isu penggunaan kanak-kanak di dalam akhbar 
Harakah. Di mana jika pembaca tetap akhbar Harakah pasti terperasan dengan 
satu iklan yang memaparkan sebuah gambar kanak-kanak dan ditambah dengan 
perkataan ‘Lagi-lagi BN….. tukarlah lain pula’. Saya tergelak besar membaca 
kenyataan yang dikemukakan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri dan seorang 
pemangku Ketua Pemuda Umno. Ketandusan isu yang amat sangat memungkinkan 
mereka untuk mengeluarkan kenyataan yang layak tarafnya dengan budak sekolah 
rendah.
            Adakah kerana iklan kecil di Harakah ini, mereka menghentam Pas 
dengan mengatakan Pas menyalahgunakan kanak-kanak sebagai satu taktik dalam 
kempennya. Betapa jika ada warga malaysia yang terbaca kenyataan ini 
tentunya membayangkan betapa rendahnya taraf pemikiran dua orang pemimpin 
tertinggi negara. Hishamuddin dengan bersemangatnya mengulas bahawa 
kanak-kanak tersebut belum tentu akan menyokong Pas apabila dia besar. Saya 
menyamakan pemikiran beliau langsung sama dengan otak Pak Pandir yang 
langsung tidak intelektual dan bersifat rasional. Takkanlah kerana iklan 
yang sebegitu rupa mereka berdentam-berdentum berkokok tak tentu pasal bagi 
mengambarkan keprihatinan mereka terhadap penyalahgunaan iklan oleh pihak 
Pas. Hei Hishamuddin! Rasanya eloklah kamu mengambarkan sedikit keprihatinan 
ini dengan iklan-iklan yang berada di dalam akhbar kamu. Pengeksploitasian 
kaum wanita yang begitu ketara. Gambar-gambar akhbar yang begitu dangkal dan 
mengghairahkan. Seperti muka depan Berita Minggu di ruangan Bi-pop baru-baru 
ini (saya lupa tarikh terbitannya) dimana muka depannya memaparkan gambar 
seorang artis kita yang terkenal (tidak perlu disebutkan namanya) terlondeh 
buah dadanya sehingga mampu mengegarkan iman sesiapa sahaja yang 
memandangnya. Tiada siapa yang mengeluarkan kenyataan untuk menegur 
gambar-gambar yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar utama negara, bukannya 
oleh majalah-majalah hiburan!
          Gambar-gambar murah ini tidak pula ditegur oleh mereka bagi 
mengambarkan ‘keprihatinan’ yang amat sangat. Pada pendapat saya, banyak 
lagi isu negara yang patut diberi perhatian oleh mereka. Isu yang sebegini 
kecil langsung tidak layak dibahaskan oleh dua orang menteri kanan Umno yang 
membayangkan betapa jumudnya pemikiran mereka.Eloklah mereka menumpukan 
perhatian kepada kenyataan yang membela rakan mereka iaitu Syed Hamid Albar 
yang dikatakan secara kebetulan berjumpa dengan menteri Luar Israel. 
Pertemuan secara ‘kebetulan’ ini dikatakan berlaku secara kebetulan selama 
45 minit. Dimana akhbar Israel ‘Ha’retz yang melaporkankannya sebagai satu 
‘pertemuan bersejarah’ diantara kedua-dua pemimpin. Menurut laporan itu 
kedua-dua menteri bertemu selama 45 minit dimana mereka bersetuju menubuhkan 
rundingan dua hala bagi meneroka untuk mengadakan kemungkinan mengadakan 
kerjasama di antara kedua-dua negara. Syed Hamid seterusnya dilaporkan 
menyampaikan ucap tahniah MAHAFIRAUN kepada Perdana Menteri Israel Ehud 
Barak selepas kemenangan dalam pilihanraya lepas. Bagaimana pendapat para 
reformist sekalian? Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.. Biarkan!! 
Biarkan!!!
oleh Ahli Pas Sejak Darjah Lima 13 OKTOBER 1999

PENDERAAN POLIS DI LOKAP

Sebenarnya apa yang dialami oleh Saudara Hj Ruslan Kassim itulah yang telah 
kami alami semasa kami ditahan reman selama 4 hari di Balai Polis Jalan 
Stadium,Balaipolis Dang Wangi dan di Wangsa Maju untuk OKT wanita seramai 19 
orang. Memang benar keadaaan dilokap sungguh kotor dan menjijikkan 
terutamanya sel No, 4 dimana lubang najisnya tersumbat. Setiap sel yang 
sepatutnya boleh memuatkan seramai 4 orang telah disumbat seramai 15 orang 
dalam satu sel. Keadaan sungguh menyedihkan.  Kami terpaksa bergilir-gilir 
untuk baring, keadaan sungguh tidak selesa. Tetapi apakan daya kami terpaksa 
juga menghadapinya. Di dinding bahagian hadapan lokap tertera perkataan 
(undang-undang) bahawa setiap satu sel hanya boleh menuatkan 4 orang sahaja 
dan keseluruhan sel hanya boleh menampung seramai 38 orang sahaja tetapi 
ianya tidak diikuti. Segala-galanya boleh!!!
      Kami tahanan Tun H S Lee agak bernasib baik jika dibandingkan dengan 
tahanan di Balai Polis Dang Wangi kerana mereka hanya dibenarkan memakai 
seluar sahaja idak dibenarkan memakai baju. Oleh kerana keadaan di sel penuh 
sesak pada hari kedua sebahagian dari kami dibenarkan berada diruang tengah. 
Diruang ini tempat agak selesa sedikit tetapi agak panas kerana tempat ini 
tidak berbumbung dan cahaya matahari masuk. Keadaan makanan sungguh 
menyedihkan. Setiap kali makan air mata saya pasti mengalir melihat keadaan 
nasi dan sayur yang macam tak rupa sayur. Ada masa diberi makan nasi dengan 
ikan kering. Masinnya bukan main... Dahlah tu ikan keringnya agak keras. 4 
kali suap nasi ke mulut masinnya masih terasa. Tidak ada air minuman 
diberikan... Cuma tegok air paip sahaja. Di samping itu juga terdapat 
rakan-rakan saya yang cedera teruk. Pada petang Ahad (18 Oct 1998) seorang 
majistret wanita datang dan dibenarkan kami tahan reman selama 4 hari. 
Walaupun kami menceritakan tentang kecederaan yang dialami, kami cuma di 
bawa ke Hospital Besar KL pada keesokkan harinya. Itupun dengan berkaki ayam 
serta tangan digari. Kami digari secara berkumpulan iaitu seramai 6 orang 
setiap kumpulan. Cukup menyeksakan bila kami berjalan.  Malam hari kami 
terpaksa tidur dikaki lima sel. Berhimpin-himpin. Kami dibekalkan dengan 
kain selimut bewarna hijau yang tak pernah dibasuh! Ada juga diantara ahli 
keluarga yang datang membawa makanan. Tidak semua makanan sampai kepada 
kami. Ada makanan yang dibawa pada waktu pagi tetapi diterima pada waktu 
petang. Bila dibuka makanan dah tak boleh dimakan lagi.
        Walaubagaimanapun kami bersyukur kerana kami dapat menunaikan 
sembahyang secara berjemaah. Bila kami dengar keadaan kecoh diluar kami akan 
berzikir kuat-kuat agar saudara mara diluar tidak merasa susah hati dengan 
keadaan kami didalam lokap. Pada malam terakhir kami ditahan kami telah 
bersembahyang hajat memohon agar kami dibebaskan dengan ikat jamin. Syukur 
alhamdulillah kami dibebaskan pada 21 Oct 1998 dengan ikat jamin sebanyak 
RM1,000. seorang. Bila kami keluar barulah kami tahu betapa ramai orang yang 
memberi sokongan kepada kami.Kami dibawa ke Mahkamah dengan menaiki truk 
polis. Keadaan kami memang penuh sesak. Kami dibawa ke sana pada jam 2.00 
petang dan cuma jam 8.00 malam baru kami dibebaskan. Kami dibawa masuk dari 
satu pintu ke satu pintu dan beberapa kali naik dan turun tangga. Sebelum 
dibawa ke Mahkamah kami ditempatkan di satu sel tahanan. Disana kami dapat 
sembahyang asar. Dalam keadaan begitu terdapat seorang polis yang bernama 
Rizduan yang hampir pencen datang dan menanyakan keadaan kami. Seorang rakan 
saya menceritakan keadaan kami secara berbisik kepadanya.... akhirnya saya 
dapati air matanya turut mengalir melihat kekejaman yang telah dilakukan 
terhadap kami. Pada jam 5.30 petang barulah Majistre membenarkan kami 
dibebaskan dengan ikat jamin. Saya dibebaskan dengan ikat jamin. Semasa saya 
keluar pada jam 8.00 saya dapati tabung derma kilat dilancarkan dan sebuah 
bank yang berhampiran bersetuju untuk meneruskan operasi sehingga
semuanya selesai.  Tidak semua dapat dibebaskan dan ada sekitar 15 orang 
yang terpaksa dibaw ke Sungai Buluh. Mereka ditahan disana selama 2 hari 
kerana ada hamba Allah yang bermurah hari menjadi penjamin mereka. Akhirnya 
kami terpaksa menghadirkan diri untuk perbicaraan bermula pada 2 Feb 199 
berlarutan hingga May. 88 orang tidak dapat dibuktikan penglibatan mereka 
manakala 38 orang lagi terpaksa bela diri. Akhirnya pada 21 Julai 21 orang 
didapati bersalah dan sekarang menunggu rayuan di mahkamah tinggi. 
Disebabkan keadaan kes kami yang berlarutan, kami telah menubuhkan ahli 
Jawatan kuasa . Dengan adanya AJK ini datang menolong dan membantu OKT yang 
inginkan bantuan. Hingga kini AJK ini masih bergerak dan kami merancang 
untuk mengadakan Majlis High-tea pada 17 Oct ini sempena dengan setahun
tangkapan kami.
Kami tidak menyesal tentang apa yang berlaku terhadap kami... Mungkin ini 
hanya dugaan tuhan terhadap kami kerana beribu-ribu orang yang datang demo 
pada 17 Oct 1998 hanya kami yang tertangkap. Hingga kini kami masih 
meneruskan perjuangan dan setiap kali demo akan jumpa rakan-rakan OKT yang 
lain baik yang lelaki ataupun wanita. Tapi kini kami tidak berani kehadapan 
kerana ditakuti akan dianayai lagi. Walaupun begitu naluri kami masih 
menebal untuk meneruskan perjuangan. Hingga kini saya masih lagi phobia bila 
keadaan kucar-kacir semasa demo. Terbayang-bayang saya keadaan semasa saya 
ditangkap, ditumbuk dan dirotan. Ya saya masih ingat SB yang menangkap 
saya... Begitu juga dengan Majistret Kamarulzaman. Ingat anda semua 
berhutang dengan kami.  Oleh OKT 13 OKTOBER 1999

SANGGAHAN TERHADAP WAN ZAHIDI WAN TEH
Utusan Meloya ( saya tak beli tapi baca di pejabat ) hari ini menyiarkan 
kenyataan bekas pegawai khas agama DSAI Wan Zahidi Wan Teh yang meminta 
rakyat menerima pemecatan DSAI sebagai takdir.Beliau kononnya yakin Mahathir 
( bapak fitnah ) memecat DSAI untuk
kepentingan agama dan ummah. Hairan sungguh bagaimana Wan Zahidi masih 
sehingga kini masih tidak percaya akan konspirasi politik, fitnah dan 
kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir terhadap DSAI. Saya bersetuju sangat 
dengan Wan Zahidi bahawa kes DSAI adalah takdir Allah. Memang sudah takdir 
bahawa Allah menjadikan Mahathir bersifat seperti D***L supaya memecat DSAI 
yang menyebabkan rakyat bangun menentang Mahathir.
        Adakah atas kepentingan agama dan ummah maka Mahathir sanggup 
menuduh DSAI meliwat berdasarkan tuduhan 2 orang saksi yang tiada 
kredibiliti iaitu Azizan (mengaku berkhalwat dan berzina) dan Ummi Hafilda ( 
sudah muflis )? Bukankah agama Allah menghendaki Mahathir membawa 4 saksi 
yang berwibawa, apa Mahathir fikir dia lebih tinggi dari agama dan Allah ke? 
Adakah atas kepentingan agama dan ummah maka Mahathir berbohong dan 
berpura-pura tidak tahu siapa yang membelasah DSAI di Bukit Aman sebagai 
Menteri Dalam Negeri pada masa itu sedangkan semua rakyat sudahpun boleh 
mengagak siapa penjenayahnya? Adakah atas kepentingan agama dan ummah maka 
Mahathir memperkudakan Peguam Negara dan hakim untuk meneruskan juga kes 
‘liwat’ DSAI sehingga pindaan tarikh kes dibenarkan juga sehingga 3 kali? 
Adakah atas kepentingan agama dan ummah maka Mahathir membiarkan isterinya 
Siti Hasmah membuka aurat sampai ketua begini tanpa rasa malu kepada isteri 
Yang DiPertuan Agong sekarang? Adakah atas dasar agama dan ummah maka 
Mahathir sanggup menghabiskan duit rakyat untuk membina Formula 1 circuit di 
mana pelumba-pelumbanya adalah manusia-manusia yang kaki maksiat? Kita tahu 
sangat bagaimana mereka-mereka ini menyambut kemenangan perlumbaan, tak 
payah cerita.
          Wahai Wan Zahidi! memang benar rakyat Indonesia datang ke Malaysia 
untuk mencari rezeki tetapi ini tidak bermakna kerajaan yang ada tidak 
zalim. Nak buat apa Mahathir membuang masa mengambil tindakan terhadap 
rakyat Indonesia yang bekerja sebagai buruh kontrak dan ada yang mati kerana 
terjatuh dari tempat kerja kerana mereka tidak mengganggu kepentingan 
beliau. Apa yang berlaku sekarang adalah Mahathir mengambil tindakan 
terhadap DSAI dan sesiapa saja yang berbeza pendapat dengan beliau dan 
apabila melihat kepentingan beliau dan kaum keluarga beliau terjejas. Saya 
nasihatkan agar Wan Zahidi  bertaubatlah dan yakinlah bahawa rezeki kita 
semua ditentukan oleh Allah, bukannya mana-mana manusia apa lagi manusia 
seperti Mahathir@D***L. Wan Zahidi, awak sembah Allah ke atau sembah 
Mahathir?
REFORMIST BATU BUROK


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke