*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Saudara saudari yang budiman.  Sudah agak lama tak
ketemuan.  Alhamdulillah, umur masih dipanjang Tuhan.
Kepada yg senang lenang, jangan lupa yg susah-payah. 
Kepada yg punya 2 tangan, bersyukurlah, dan jangan
selalu berkata tak cukup tangan nak berbuat sesuatu,
kerana ada orang memang kurang 1 tangan....

Telah sampai pada saya, satu waktu, telah berlaku satu
kemalangan berdekatan bandar Ipoh.  Sebuah motor, dalam
usaha mengelak kemalangan telah terbabas. Penunggangnya
telah tercampak dan bahagian bahunya terlanggar wire
penegak tiang talipun.  Akibatnya tangannya putus.

Walaupun putus tangan, dia masih dapat bangun dan
mengambil tangannya yang terputus dan berusaha menahan
kenderaan yang lalu lalang untuk kehospital. Malangnya
tidak ada satu kenderaan pun yang berhenti - mungkin
ngeri melihat keadaan beliau atau juga tak mahu kereta
kotor dek darah.

Akibatnya, tangan tak dapat disambung lagi.  Mungkin
kalau cepat ke hospital, bolehjadi cell2 tangan beliau
masih hidup dan tangan dapat disambung kembali,
Wallahu'alaum.  Bagaimanakah hendak dikategorikan sikap
sesetengah masyarakat yang  kononnya penyantun dan
penyayang, tetapi bila berhadapan dengan keadaan 
terdesak, menjadi begitu selfish - sanggup memerhati
akan seseorang keputusan tangan terlambai2 dengan
tangan putus tanpa tergerak hati untuk berhenti
membantu. 

"Gobek tak akan menggobek dengan sendiri selagi tidak digobek" 

Sekian.


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke