*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Pagi itu seperti biasa saudara ku pergi beli sarapan
pagi.  Semasa menunggu giliran, matanya tertumpu pada
padang permainan kanak2 berdekatan yang sunyi tanpa
kanak2.  Dia nampak papan jongkang-jongkit berjongkang-
jongkit sendiri seolah2 dimainkan, tapi taklah lama. 
Nak kata angin yang tolak, tak ada pulak anginnya.

Di kawasan perumahan yang sama, satu masa, anak beliau
diserang bengkak mata.  Setelah beberapa hari tak
sembuh dengan ubat klinik dia kerumah sorang makcik
berhampiran yang orang selalu refer untuk berubat
cara traditional.  Mengikut nenek itu, mungkin semasa
budak tu bermain2 tepi longkang depan rumah beliau,
dia terbaling anak2 makhluk HALUS. Hmmm, betulkah
tidak, tak tahu nak kata.  

Bercakap pasal HALUS, dalam pemandangan hamba, semakin
halus sesuatu benda2 tu semakin "power" rupanya,
seperti kuman, virus, manipulasi atom dalam atomic bom 
dan sebagainya.  Begitu juga penjajahan pemikiran 
secara halus oleh unsur anti-Islam seperti melalui
fahaman sekular, hiburan, akhbar2, dsbnya.  Rosaknya
akhlak anak2 kita pun tak lain tak bukan kerana
serangan secara halus ini lah.  Dan berapa ramai yang
sudah murtad secara halus - hanya gara2 tak sembahyang.

Dan sudah terbukti cara nak berubat penyakit2 halus ni
kena pakai pendekatan halus juga. Nak ubat  
anak/ister/suami degil, jangan rotan saja, tapi bacalah
doa "Ya Latiff" sambil tiup atau usap kepalanya (kata
ustaz).  Nak ajar isteri tak mahu layan suami, jangan
kasi penumbuk, tapi tinggalkan tempat tidurnya - kan
halus tu.  Nak minta sesuatu dari Abang pun, kasi dia
kenyang dulu, urut2 dulu kasi hilang lenguh, kemudian
mintalah apa mau.  Waima nak pangkah undi pun, kena
pangkah pelan2 walau geram, takut nanti kertas koyak
dan undi rosak.  

"Jadilah umpama gobek - walaupun di tumbuk di lanyak, 
terus berbudi pada yang menggobeknya"

Sekian


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke