*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SA-BELUM DAN SA-LEPAS 

MEI 13 

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 

PENERBITAN UTUSAN MELAYU BERHAD 

KUALA LUMPUR



--------------------------------------------------------------------------------
Nyata-lah ada perkara2 sulit yang telah berlaku pada
ketika itu. Mungkin mereka telah menerima arahan
daripada pehak2 yang tertentu, atau pun mereka telah
di-ugut dan mengundi Parti2 yang menentang Perikatan
kerana takut. Apakal salah sa-orang daripada mereka
itu di-soal kenapa mereka telah pergi ka-pondok chalun
PAS, ia telah menjawap bahawa tidak ada sebab bagi
orang2 China takut kepada PAS di-Kedah atau di-mana2
tempat yang lain sekali pun Parti itu mempunya dasar
anti orang2 China kerana orang2 China di-Kelantan
tidak teraniaya sekali pun Parti itu berkuasa
di-Negeri itu. 
Satu lagi sebab yang telah di=beri oleh mereka ialah
beberapa hari sabelum daripada hari Mengundi sa-orang
daripada chalun2 Perikata telah menghina orang2 China
dengan mengatakan bahawa sekalipun orang2 China tidak
menyokong-nya ia maseh mempunyaoi harapan untuk
menanang. Chalun itu ialah Dr. mahathir 

Orang2 China tidak berhak menjadi ahli dalam Parti PAS
tetapi sa-belum tahun 1966 mereka boleh menjadi ahli
bersekutu dalam UMNO, dan ahli biasa dalam MCA yang
berikat dengan UMNO. Dengan kerana itu tidaklah ada
sebab kenapa orang2 China patut mengundi chalun2 PAS
melainkan untuk menunjukkan sikap permusohan mereka
terhadap Perikata atau pun kerana mereka takut. 



--------------------------------------------------------------------------------
SAMPAI di-sini perlu-lah saya berbalek ka-belakang
sedikit untuk menghurai niat yang terpendam di dalam
sa-tentah2 kalangan dari semenjak beberapa lama, dan
niat itu telah mereka kemukakan ka-hadapan sa-lepas
dari rusohan pada 13 Mei. 
Saya telah menyebut di-atas bahawa sa-lepas dari saya
keluar dari hosppital pada 16hb Jun, satu peristiwa
yang telah berlaku pada ketika itu amat-lah
menyedehkan saya. Selang dua hari sahaja daripada itu
saya telah menerima sa-puchok surat yang kasar dari
Dr. Mahathir bin Muhammad. sa-pramg chalun Parlim UMNO
yang telah kalah dalam Pilihanraya di-kawasan Kota
Star Selatan di-negeri Kedah. Beliau juga ada-lah
salah sa-orang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. 

Surat yang seperti itu tidaklah pernah saya lihat
terdahulu dari-nya sa-panjang2 masa saya mencheborkan
diri di-dalam politik. Saya tidak pernah sa-kali2
menjangka bahawa surat yang seperti itu boleh di-tulis
okeh sa-orang 



--------------------------------------------------------------------------------
yang sentiasa mengembar-gemborkan diri-nya
sa-kurang2-nya pada pandangan orang, sa-bagai sa-orang
penyokong parti yang kuar, sa-kalipun dia tidak
bersetuju dengan beberapa polisi yang di-jalankan oleh
parti. 
Surat itu di-tulis di atas empat helai kertas yang
bertaip dalam Bahasa Melayu bertarikh 17hb Jun dan
telahdi-hantar dari alamat rumah-nya sendiri di-Alor
Star di mana ia-nya menjadi sa-orang doktor yang
mempunyai kelinik-nya sendiri. bagi sa-orang penyokong
parti lebeh2 lagi sa-bagai sa-orang Ahli Parlimen
sa-lama lima tahun dan Anggota Majlis Kerja Tertinggi
UMNO sa-lama dua belas bulan, perbuatan menulis surat
seperti itu kapada Perdana Menteri-nya sendiri yang
juga menjadi pemimpin parti-nya adalah merupakan satu
perbuatan yang tidak patut. Sunggoh pun begitu beliau
belum-lah puas hati dan tidak membataskan perbuatan
itu sa-takat itu sahaja. 

Beliau telah menhantarkan salinan2 surat ini kapada
kawan-nya2. Surat2 ini kemudian-nya telah di-buat
beribu2 naskah(*****) dan telah di-sebarkan dengan
luas-nya di-kalangan Pegawai2 Perkhidmatan Awam (Civil
Service), penuntut2 Melayu yang ada di-Instititut
Pelajaran Tinggi dan juga kapada orang2 Melayu
di-kampong2. 

Sa-kalipun jika Dr. Mahathir tidak bertanggung-jawap
melakukan sendiri penyebaran surat-nya itu, tetapi
tidak pula ia menahan kejadian itu daripada berlaku. 

Tun Dr. Ismail juga telah menerima satu salinan surat
itu daripada Dr. Mahathir. Saya telah menyuroh satu
salinan di-hantar kepada Tun Abdul Razak yang menjadi
Timbalan Pengerusi UMNO. Tun Abdul Razak kemudian-nya
telah memanggil satu Persidangan Majlis Kerja Ter 



--------------------------------------------------------------------------------
tinggi Parti untok menbinchangkan perkara surat itu,
Persidangan itu telah di-adakan di-rumah-nya, Seri
Taman di-Kuala Lumpur pada 12hb Julai. Saya tidak
hadzir di persidangan itu tetapi Dr. Mahathir telah
menghadziri-nya. 
Persidangan itu telah di-adakan dengan sa-chara
tertutup dan chuma anggota2 Majlis Kerja Tertinggi itu
sahaja yang di-benarkan hadzir. Sunggoh pun bagitu
wartawan2 telah menunggu di-luar pintu masok ka-Seri
Taman kerana mereka dapat mengagak sa-suatu yang
penting mungkin berlaku. Satu kawalan keselamatan yang
ketat telah di ator di-sakeliling kawasanitu dan
pintu2 masok dan keluar telah di-jaga oleh polis yang
bersenjata. 

Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berjalan
sa-lama tiga jam. Pada pukul 4.05 petang, Menteri
Penerangan dan Penyiaran Enche' Hamzah bin Dato` Abu
Samah telah mengeluarkan satu kenyataan tujoh belas
baris kapada wartawan2, kenyataan itu di-tanda tangani
oleh Setia-Usaha Agong UMNO Enche' Senu Abdul Rahman.
Kenyataan itu berbunyi:- 

" Satu Persidangan Jgas Nahkus Jerha Tertinggi UMNO
telah di-adakan pagi ini untuk menimbangkan tindakan
yang patut di ambil mengenai dengan penyibaran yang
luas salinan2 surat di-antara Dr. Mahathir, sa-orang
Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO dengan Tunku Abdul
Rahman, Yang di-pertua UMNO. 

" Surat2 itu mengandongi perkara2 dan keterangan2
parti yang amat penting yang sa-patut-nya
di-binchangkan terlebeh dahulu oelh Majlis Kerja
Tertinggi UMNO memandangkan kapada suasana yang
terdapat dalam negeri pada masa sekarang. 



--------------------------------------------------------------------------------
"Persidangan itu mengambil keputusan bahawa perbuatan
Dr. Mahathir itu ada-lah merupakan satu kesalahan
berat melanggar disiplin dan peratoran2 parti. JIka
perbuatan itu tidak di-chegah maka ia-nya akan
merosakkan perpaduan di-dalam partidan juga Kerajaan
yang di-dukong oleh parti. 
"Mahlis Kerja Tertinggi yang di-hadziri oleh semua
Menteri2 Kabinet dan Menteri2 Besar yang menjadi
Anggota Majlis itu telah mengambil keputusan bahawa
Dr. Mahathir tidak lagi menjadi Anggota Majlis itu
mulai dari hari ini. Tunku tidak hadzir dalam
persidangan itu." 

Saya tidak dapat menyiakan kandongan sa-penoh-nya
surat2 Dr. mahathir itu pada masa ini. tetapi saya
perlu merujok kapada surat2 itu di-dalam buku ini.
Sa-kira-nya saya tidak berbuat demikian maka tentu-lah
saya dapat di-tudoh tidak memberi berita yang
sa-penohnya. 

Sunggoh pun begitu oleh kerana surat itu terlampau
merbahaya maka Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr.
Ismail, telah mengambil tindakan dua hari kemudian
daripada itu ia-itu 14hb Julai untuk mengeluarkan
perentah di-bawah Undang2 Keselamatan Dalam Negeri
1960 bagi menchegah sa-siapajua pun daripada menyiar,
menyebar atau memileki salinan2 surat ini. Dalam
perentah itu juga tegahan yang sama telah di-kenakan
ka-atas beberapa surat2 laind alam Bahasa Malaysia dan
tindakan ini telah di-ambil untuk kepentingan
kesalaman negara. 

Siapa-kah Dr. Mahathir dan apa-kah pendirian-nya dalam
UMNO?. Jawapan-nya ia-lah ada sa-kumpulan orang yang
selalu di-sebut sa-bagai `pelampau` (ultras), atau pun
`bijak pandai` (intelectual) yang telah dapat menembus




--------------------------------------------------------------------------------
masok dan menchari kedudokan dalam UMNO. Sa-tengah2
daripada mereka dudok di-Kuala Lumpur dan tidak
sa-orang pun dari mereka mempynyai banyak hubongan
dengan orang ramai, terutama-nya sa-kali orang2 di
kawasan luar bandar. 
Mereka tidak sa-kali2 boleh mengharapkan sokongan
orang ramai dengan tenaga mereka sendiri, tetapi
mereka boleh buat bermacham2 angkara, dan ini-lah yang
mereka bersunggoh2 melakukan-nya sekarang. Di-belakang
segala penentangan yang di-timbulkan dalam UMNO ini
mesti ada sa-orang yang tahu bagaimana hendak
meranchangkan-nya dan bagaimana hendak mendapatkan
orang2 lain melaksana-kan-nya. Ada-kah orang itu Dr.
Mahathir sendiri atau pun ada orang lain?. 

Orang mungkin bertanya apa-kah tujuan mereka. Melalui
orang lain saya telah chuba bertanya kapada beberapa
orang dari puak `pelampau` (ultras) itu apa-kah
jawapan kapada soalan itu, dan sa-takat yang saya tahu
mereka mahu mengadakan satu `order` baru dalam UMNO
dan dalam negeri ini. MIthan-nya mereka berpendapat
bahawa chara pemikiran politik kita telah lapok dan
tidak sa-laras dengan dasar Afro-Asia. Di-antara
chita2 yang terpendam dalam hati mereka mungkin untuk
menyingkirkan raja berperlembagaan dan menegakkan
Malaysia sa-bagai sa-buah Republik. Saya agak sa-lepas
Malaysia di-isthiharkan sa-bagai Republik, maka mereka
akan ubah dasar luar kita untok membawa kita lebeh
hampir kapada kumpulan Afro-Asia 

Menurut satu ma`lumat yang telah di-terima "Meski pun
sukarno telah di-gulingkan oleh ra`ayat Indonesia,
tetapi ajaran-nya, wang ringgit-nya, pengikut2 yang
rapat dengan-nya dan pendukong2 faham Karno maseh ada
ber- 



--------------------------------------------------------------------------------
KHIDMAT BAKTI DAN PENGORBANAN 
SEMUA ahli2 UMNO tentu-lah sedar bahawa Parti itu
memberi kebebasan kapada mereka dengan sa-chara yang
amat luas untok melahirkan pandangan dan perasaan
mereka di-dalam Parti. Ini sudah menjadi satu amalan
di-dalam Parti itu. Tegoran2 ada-lah di-terima dan
di-sambut dengan baik, terutama-nya sa-kali jika
pandangan itu membena. Sekatan2 yang di-kenakan
ka-atas ahli2 UMNO merupakan sekatan2 yang biasa bagi
ahli2 sa-buah Parti: mereka mesti patoh kapada
keputusan2 ramai dan mengikatkan diri mereka dengan
disiplin2 Parti. 

Tetapi Dr. Mahathir tidak patoh kepada sekatan2 itu.
Sa-telah beliau menulis sa-puchok surat kapada saya
yang isi kandongan-nya penoh dengan fitnah2, dan
mengutok saua di-atas kejadian2 burok yang telah
berlaku dengan menudoh saya bertanggung-jawap di-atas
kejadian2 itu, maka salinan2 surat itu telah
di-sebarkan beribu2 naskah supaya bukan sahaja ahli2
Parti bangkit menentang saya, bahkan juga membuka
peluang kapada orang2 lain juga menentang saya. 



--------------------------------------------------------------------------------
Ada-kah tulisan-nya itu mendatangkan kebaikan kapada
UMNO?. Tentu-lah surat itu bertujuan bukan sahaja
untuk menentang diri saya, bahkan juga bertujuan
hendak memechah-belahkan seluroh UMNO dan juga
Perikatan dengan chara memburokkan pemimpin2-nya.
Beliau telah menunjokkan bahawa beliau menentang
pimpinan UMNO pada keselurohan-nya, dan bukan kapada
pimpinan saua sahaja. 
Apa-kah tujuan beliau sa-lain daripada itu?. Beliau
telah menulis surat itu dengan hati yang penoh
perasaan benchi dan dendam, dan meletakkan di-atas
kepala saya tanggong-jawap berlaku-nya peristiwa 13hb
Mei. Dengan memberi salinan2 surat kapada orang lain
beliau berharap bahawa tulisan-nya itu akan
menjahanamkan segala perkhidmatan saya sa-umor hidup
untok bangsa dan negara saya. 

Pengorbanan yang telah saya buat untok Part,
per-khidmatan2 yang telah saya berikan kapada negara
ada-lah di-ketahui oleh semua orang. Tidak-lah susah
hendak menimbulkan sa-suatu kerosakan, tetapi
sangat-lah susah hendak membetulkan-nya balek.
Perbuatan itu boleh-lah di-ibaratkan sa-bagai membakar
sa-buah rumah kayu, ia-itu satu perbuatan yang senang
di-lakukan, tetapi hendak memadamkan api itu
sangat-lah susah. 

Tidak-lah perlu saya mengkaji seluroh perkara yang
mendukachitakan itu, tetapi saya suka mengingatkan
beliau bahawa saya tidak sa-kali2 mudah di-halau
sa-bagai sa-ekor anjing kurap. Saya akan membersehkan
nama baik saya dengan sa-chara terbuka supaya
dapat-lah orang2 yang chuba hendak di-kelirukan oleh
Dr. Mahathir itu mengetahui perkara yang sa-benar. 



--------------------------------------------------------------------------------
Jika saya di-dapati bersalah kerana menchari kekayaan
diri sendiri sa-masa saya memegang jawatan Perdana
Menteri, atau pun kerana melakukan perbuatan yang
tidak amanah, atau telah melakukanperbuatan2 jenayah,
atau pun di-dapati bersalah kerana lalai menjalankan
kewajipan2 saya, maka dapat-lah saya faham sebab2
kenapa timbul-nya kemarahan terhadap saya. Walhal
sa-balek-nya saya sedia-lah menaroh kesedaran yang
sa-penoh2-nya di-atas kewajipan2 dan tanggong-jawap2
saya. Negara mempunyai Kerajaan yang baik, mene`emati
kedudokan ekonomi yang tegoh dan ma`amor yang tidak
dapat di-atasi oleh mana2 negara lain di-dua sa-belah
sini. 
Tudohan yang mengatakan bahawa kejadian yang berlaku
sa-tahun dahulu itu-lah yang telah menyebabkan
terchetus-nya kekachauan pada 13hb Mei itu merupakan
satu perbuatan yang tidak berasa dan jahat. Tudohan
yang lebeh burok lagi ia-lah yang mengatakan saya-lah
yang bertanggong-jawap di-atas kehilangan jiwa manusia
oleh sebab kekachaun itu. 

Dr. Mahathir sedar bahawa dalam sa-panjang hidup saya,
saya sentiasa-lah sanggup berkorban untuk keamanan,
kerana sudah-lah chukup saya melihatkekejaman2 yang
telah di-lakukan dalam masa Perang Dunia Yang Kedua,
dan juga penderitaan yang telah di-tanggong oleh
ra`ayat negeri ini di-sebabkan oleh kekejaman2 itu. 

Sa-bagai sa-orang yang dudok di-negeri Kedah, beliau
tahu bahawa sa-belum British keluar dan sa-belum
daripada Pemerentahan Tentera Jepun mengambil aleh
kuasa, saya-lah yang telah berusaha untok
menyelamatkan nyawa pendudok2 yang di-bawah jagaan
saya di-Kedah Selatan. Saya telah bekerja siang dan
malam dengan meng- 



--------------------------------------------------------------------------------
Sa-telah mengetahui hal2 yang saya cheritakan di-atas
ini, bagaimana-kah sampai hati-nya menudoh saya
bertanggong-jawap di-atas kehilangan jiwa manusia pada
13hb Mei itu?. Tuhan sahaja-lah yang amat mengetahui
penderitaan saya di-atas apa yang telah berlaku pada
hari yang menyedehkan itu. 
Jika orang2 negeri ini sanggup memperchayai beliau dan
apa yang telah beliau tulis di-atas sa-keping kertas
dengan tidak mengenakan segala kebaktian yang telah
saya lakukan sa-umor hidup saya, maka biarlan mereka
menchari sa-orang pemimpin yang lain, tetapi
jangan-lah di-pengapakan pemimpin yang baru itu
sa-bagaimana yang telah di-lakukan ka-atas diri diri
saya. 

Sa-lain daripada melemparkan tudohan2 yang besar ini,
Dr. Mahathir telah menyatakan di-dalam surat-nya itu
bahawa saya telah sebok bermain poker dalam waktu
berkurong dan tidak menjalankan kewajipan2 saya dalam
krisis itu. Ini nyata-lah satu perchubaan hendak
menjatohkan maruah saya di-sisi orang2 Melayu.
Perbuatan-nya menudoh saya di-dalam surat-nya yang
kejam, bahawa saya chuai pada menjalankan kewajiban
saya di-dalam masa kekachauan itu ada-lah satu
tudohanyang sa-habis2 dusta. 

Mereka yang telah melihat saya dalam talivision pada
tiga malam yang sa-habis2 burok sa-masa krisis itu
berlaku ia-itu dari 13hb hingga 15 hb. Mei dan sa-kali
lagi pada 16 hb Mei. tentu-lah dapat menimbangkan
bahawa segala tudohan2 tiu tidak-lah benar. Dr.
Mahathir sendiri juga tentu-lah sedar. Jadi kenapa-kah
beliau sanggup membuat tudohan yang bagitu liar? 

Di-dalam surat-nya yang penoh dengan fitnah2 itu juga,
Dr. Mahathir menyebutkan bahawa anggota2 Pasokan2
Keselamatan, anggota2 Pasokan Polis dan kakitangan 



--------------------------------------------------------------------------------
hadapi berbagai2 rupa anchaman dalam waktu yang penoh
dengan baha itu untok menyelamatkan nyawa manusia. 
Ia juga tahu bahawa sa-belum daripada Jepun menyerah
diri, Alor Star telah di-ancham oleh pasokan2 Komunis,
dan ketika itu saya-lah yang telah berusaha untok
mengumpulkan orang2 Melayu bagi mempertahankan bandar
itu, bandar tempat kediaman saya dan beliau. Saya
telah menghantar Dato' Aziz bin Mohd Zain, Syed Agil
bin Syed Hasan Barukbah yang kedua2-nya sekarang ini
menjadi Hakim, dan Enche Senu bin Abdul Rahman
ka-balai Polis Alor Janggus untok melepaskan mata2
yang telah di penjarakan di-dalam "lock-up" oleh
pasokan2 Komunis "Bintang Tiga". Bagitu-lah juga untok
melepaskan Ketua Kampong yang bernama Haji Yusof yang
ada dalam "lock-up" itu. 

Sa-masa Enche Mohd Khir Johari dan beberapa orang lagi
menolong menjaga Balai Besar Polis Alor Star, saya
sendiri telah menembusi garisan pertahanan Komunis
untok membuat perhubongan dengan Pasokan 136. Dua
orang anak saudara saya Tunku Osman yang sekarang ini
Jeneral, dan Tunku Yusof ada-lah menjadi anggota
Pasokan itu yang ketika itu berada di-hutan Padang
Trap. 

Dr. Mahathir jug atahu usaha2 yang telah saya jalankan
untok mengambil kira2 dua ratus orang bagi memasoki
Pasokan 136 itu, dan bagaimana orang2 ini akhir-nya
telah masok ka-bandar Alor Star dengan membawa
kemenangan di-bawah pemerintahan Kolonel Hasler
apabila Jepun menyerah diri. Mungkin beliau tidak tahu
bahawa wang yang telah saya belanjakan untok
mengadakan alat pengangkutan dan perbelanjaan2 yang
lain bagi Pasokan 136 itu tidak di-bayar balek kapada
saya sa-hingga hari ini. 



--------------------------------------------------------------------------------
Melayu dan Perkhidmatan Kerajaan benchi terhadap diri
saya. Ini menunjokkan sa-jauh mana-kah dia sanggup
menjalanka satu kempen yang penoh dengan perkara2 yang
boleh menimbulkan benchi dan churiga terhadap diri
saya. 
Saya telah di-tanya kalau Dr. Mahathir menang dalam
pilihanraya, mungkin-kah dia juga mengkritik saya
seperti yang terkandong dalam surat-nya yang tersebar
itu? Ini satu soalan yang susah hendak saya jawap
kerana saya tahu dari dahulu bahawa dia ada-lah
bersaba2 di dalam kumpulan yang sa-belah lagi di-dalam
UMNO ia-itu puak yang mengelarkan diri mereka
"pelampau2" atau "bijak pandai" 

Tetapi saya yakin bahawa kira-nya Dr. Mahathir
menumpukan masa yang lebeh kapada kerja2 parti dan
tidak menghabiskan masa-nya di-dalam perniagaan
membuat rumah di-Kedah bersama2 dengan sharikat yang
di-punyai oleh orang2 China dan dalam perniagaan2 yang
lain, maka kemungkinan-nya untok menang dalam
pilehanraya itu ada-lah lebeh besar. 

Menurut ma`alumat yang di-terima, beliau-;ah yang
telah mengambil peranan yang penting untok menolong
mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang
daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu di-keluarkan
dari simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang
tersebut. 

Mengenai dengan surat-nya itu, saya telah mereportkan
kapada Polis terhadap Dr. Mahathir untok di-siasat dan
di-ambil tindakan kerana saya merasa yakin bahawa
kira-nya saya tidak berbuat begitu maka orang2 akan
memikirkan bahawa apa yang beliau katakan terhadap
diri saya 



--------------------------------------------------------------------------------
itu memang benar. Pada mula-nya saya berchadang hendak
mendakwa Dr. Mahathir di-bawah Undang2 Jenayah kerana
menuntut malu, dan tidak mengambil tindakan di-atasnya
di-bawah Undang2 Dharurat atau Undang2 Keselamatan
Dalam Negeri yang memang boleh di-lakukan, bahkan
ini-lah nasehat yang telah saya terima. Tetapi saya
lebeh suka mengambil tindakan di-atas-nya menurut
undang2 biasa negara supaya saya tidak di-tudoh
mengambil tindakan dengan sewenang2-nya. 
Pada mula-nya ini-lah tindakan yang akan saya ambil,
tetapi sa-lepas saya menimbang-nya dengan lebeh
lanjut, saya rasa dia tidak layak mendapat perhatian
yang bagitu penting. Dalam menghuraikan segala
pendapat2 saya dalam buku ini, saya rasa tujuan saya
itu akan lebeh berkesan. 

Saya telah mendapat penghormatan yang sa-bagitu tinggi
di-dalam negeri dan juga di-luar negeri, dan ini
merupakan satu hadiah yang negara ini telah berikan
kepada saya dan saya amat-lah menghargai pernghormatan
ini. Dengan hal2 yang demikian saya tidak sa-kali2
akan menamatkan perkhidmatan saya kapada negara
sa-mata2 dengan sebab ada-nya fitnah mengenai dengan
kelakuan saya. Saya mesti terlebeh dahulu membersehkan
nama baik saya untuk mengembalikan ketengan hati saya.




--------------------------------------------------------------------------------
mereka melakukan-nya sa-hingga-lah sa-bulan kemudian
ia-itu pada 27hb Julai. 
Pada hari itu mereka merayakan peristiwa itu dengan
satu serangan hendap ka-atas Pasokan2 Keselamatan
di-kawasan sempadan yang menyebabkan enam orang
terbunoh dan tujoh lagi terchedera. Kejadian ini
di-lakukan untok meninggikan moral mereka itu dan
tentu-lah akan menambahkan semangat Parti Komunis
Malaya di-dalam rangka-nya hendak menguatkan sa-mula
perjuangan bersenjata mereka. 

Berikutan dengan penyebaran surat Dr. Mahathir itu,
maka satu tektik baharu telah timbul di-Malaysia ini,
tetapi tektik ini merupakan satu helah yang telah pun
lama di-amalkan oleh Komunis, kerana, mereka telah pun
menchuba-nya di-Burma. Helah ini ia-lah menulis surat2
yang berachun. Surat2 ini sa-oleh2-nya di-hantar oleh
sa-orang kapada sa-orang lain, sa-bagaimana yang telah
saya lihat di-Terengganu pada 8hb Ogos. Surat itu
sa-olah-nya telah di-tulis kapada saya oleh
Setia-Usaha Agong Parti Perikatan, Tan Sri T.H Tan
kerana di-kaki surat itu telah di-taipkan nama beliau
sa-bagai penghantar-nya 

Saya belum pernah melihat surat yang seperti ini
di-masa yang lepas. Jika Setia-Usaha Parti Perikatan
merasa risau di-aras satu kejadian, maka tentu-lah dia
tidak menulis surat ini kapada saya bahkah datang
berjumpa saya sendiri. Hakikat itu dapat di-lihat
dengan jelas oleh mana2 orang yang cherdek, tetapi
nampak-nya surat berachun yang saperti itu boleh
mempengarohi orang2 biasa. 

Surat ini mengandongi tudohan2 terhadap tentera,
ia-itu tudohan yang sangat keji dan hina yang boleh
mengejutkan orang2 biasa. Surat itu menudoh askar2
kita memechah-kan rumah, memperkosa perempuan2 China,
membelah 



--------------------------------------------------------------------------------
Sekarang apa-kah pula erti lalat2 hijau?. Pada malam
25hb Mei sa-orang daripada pelayan2 di-Residency telah
memberitahu saya bahwa sa-orang sahabat lama saya
Dato' Sayed Esa Almanoer hendak berchakap dengan saya
menerusi talipon. Bila saya mengangkat talipon itu
saya dapati bukan-lah suara-nya, tetapi sa-orang lain
yang chuba hendak menyamar suara-nya dan berchakap
dalam bahasa Inggeris. Dia memberitahu saaya bahawa
ada dua pulok orang ahli2 UMNO sedang bermeshuarat
pada masa itu di-satu tempat dan mereka telah
mengambil satu keputsan meminta saya meletakkan
jawatan. 
Saya chuba hendak mencecham suara-nya, tetapi tidak
dapat. Bila saya bertanya siapa-kah dia, dia enggan
memberitahu nama-nya. Jadi saya kata kepada-nya "Go to
Hell" (pergi jahanam). Panggilan2 talipon yang
sa-umpama ini telah di-buat berulang kali dalam masa
tiga atau empat malam kemudian-nya. Bila di-beritahu
kapada orang yang memanggil itu bahawa saya tidak ada
di-rumah, dia telah memberitahu kapada pelayan yang
menjawap talipon itu supaya memberitahu kapada saya
supaya saya meletakkan jawatan kerana saya tidak
di-kehendaki lagi dalam UMNO dan dalam Kerajaan. 

Pada 6hb Jun pula, ia-itu hari yang sa-patut-nya saya
masok hospitan, Utusan Melayu telah menerbitkan satu
berita yang mengandongi pendapat2 beberapa orang
anggota UMNO bahawa ada-lah bijak bagi MCA tidak
menchampori dalam Kabinet. Saya telah menasihatkan
mereka itu suapa jangan mengeluarkan apa2 kenyataan
kerana saya bimbang perbuatan itu mungkin akan
menambahkan perpecahan dan dengan itu juga akan
memchachatkan pentadbiran. Sa-barang persoalan kaum
yang di-bangkit-kan pada waktu ini akan membahaytakan
keamanan 



--------------------------------------------------------------------------------
Selang tidak beberapa lama ia-itu pada 18hb Jun, saya
telah menerima surat daripada Dr. Mahathir yang telah
saya cheritakan terdahulu dari ini. Surat ini
kemudian-nya telah di-dapati tersebar beribu2 naskah.
Kandongan-nya sa-mata2 bertujuan hendak menghinakan
saya di-mata orang ramai dan menaikkan perasaan marah
dan benchi orang ramai terhadap saya. 
Kempen benchi terhadap diri saya ini telah mengejutkan
orang2 Melayu yang ta`at setia am-nya dan anggota UMNO
khas-nya. Saya sendiri menghadapi dugaanyang berat.
Keadaan tegang timbul di-dalam Parti yang boleh
membawa kapada timbul-nya perpecahan dalam UMNO.
Sunggoh pun bagitu dengan ada-nya perasaan kesedaran
maka Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memechat Dr.
Mahathir 

Perkara ini tidak terhenti sa-takat itu sahaja. Mereka
terus menganiaya diri saya. Beberapa banyak lagi
surat2 yang liar telah di-kirim dan di-sebarkan kapada
orang ramai. Lalat2 hijau ini terus mengekori saya,
dan mereka maseh berdesing2 di-sakeliling saya. 

Sekarang dapat-lah saya faham bahwa biji2 tasbeh yang
telah terburai dari tali-nya itu merupakan pechah-nya
keamanan dan harmoni di-antara berbagai2 kaum. Tikus2
boleh di-bunoh, lalat2 boleh di-usir dan biji2 tasbeh
boleh di-chuchok kembali dengan benang-nya. Mari-lah
kita berdo`a suapa segala penderitaan dan perchubaan
yang kita telah alamai, dan benchana serta kesan2 yang
burok yang timbol daripada-nya itu akan menjadi
pengajaran kapada kita semua. 

Pehak Kerajaan sa-benar-nya bersunggoh2 mengamalkan
sikap sabar dalam menguat-kuasakan Undang2 dan
Peratoran. Sa-patut-nya kita tidak membenarkan mayat
pe 




=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke