*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum w.b.t.

        Bersyukur kpd Allah s.w.t krn kita dapat bertemu dlm
satu laman yg membincangkan mengenai perkara2 yg dapat
meningkatkan keimanan kita kpdNya insya Allah. 

        Maka pd kesempatan ini saya ingin mengajak kpd
saudara/i semua utk berbincang mengenai satu tajuk yg
amat penting selaku kita sbg umat yg mengakui
bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan tiada
rasul melainkan Muhammad s.a.w.

        Di sini saya ingin menyeru kpd semua utk meneliti
satu tajuk yg insya Allah akan cuba mengupas umbi
segala senario sama ada aspek ekonomi, politik mahupun
sosial yg merosakkan umat di m'sia khasnya dan di
dunia amnya.

        Tajuknya ialah SEKULARISME:SATU JAWAPAN. Ini adalah
tajuk kertas kerja yg disusun bagi menjawab tuduhan
Dr. Mahathir kpd T.Guru Nik Aziz apabila tuan guru
mengeluarkan kenyataan bahawasanya UMNO adalah parti
sekular. Kertas kerja ini ditulis oleh al-fadhil Ustaz
Zulkifli Ismail. Beliau adalah pelajar thn 2 Fakulti
Usuluddin, Universiti Al-Azhar Kaherah. Kertas kerja
ini telah dibincangkan sesama pelajar Al-Azhar di sini
sedikit waktu dahulu. Jadi di sini saya ingin
berkongsi isi k.kerja utk manfaat bersama.

        Perhatian: Kita berbincang mengenai ideologi bukan
atas dasar sekadar sbg satu penerokaan dlm alam
pemikiran atau falsafah tetapi sebagai utk kita
menyedari bahawasanya ISLAM yg suci dpd mana2 campuran
tangan manusia adalah merupakan penyelesaian sebenar
terhadap masalah kronik yg dihadapi sekarang ini. Dlm
erti kata yg lain kita memahami ideologi adalah utk
kita 'taat' kpd seluruh perintah Allah s.w.t. 

K.kerja bermula.. 

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

TARIKH YG SANGAT PENTING

        Tarikh 7 Februari adalah tarikh yg sangat penting kpd
muslimin di tanah air. Ia adalah tarikh yg menjadi
titik tolak bagi kesedaran muslimin utk memahami
dengan lebih bersungguh dan mendalam mengenai fahaman
Sekularisme yg selama ini telah menguasai corak
pentadbiran negara dan rakyat semenjak kemerdekaan.
Pemahaman terhadapnya akan dapat membuka hakikat yg
selama ini tersembunyi mengenai perjuangan sebenar
golongan yg memimpin negara pd hari ini. Pembongkaran
hakikat tersebut sangat perlu diberi tumpuan dan
perhatian kerana ia adalah kenyataan yg lahir daripada
peribadi ulama Islam yg selama ini telah menggambarkan
kpd muslimin di dlm ucapan dan amalannya akan cintanya
yg tidak berbelah bagi terhadap Allah s.w.t. Maka
bukanlah menghairankan apabila kenyataan beliau yg
singkat itu telah cukup bagi menggerakkan seluruh
jentera para pendokong Sekularisme di tanah air.
Tohmahan2 yg tidak beradab ditujukan kpd beliau
hafizullah. Di sebalik tohmahan tersebut beliau
hafizullah sepatutnya diberikan ucapan terima kasih
dan kalungan tahniah di atas peringatan yg telah
disampaikan itu. Beliau sebenarnya hanyalah meneruskan
tradisi suci para ulama Islam dlm mengingatkan ummah
mengenai bahaya yg melanda mereka dan agama. Beliau di
dlm menyempurnakan tugasnya adalah termasuk di dlm
golongan yg dimaksudkan oleh Saidina Ali Karramullah
Wajhahu: "Tidak akan lengang bumi ini dpd kekasih
Allah yg berdiri membela Allah dgn hujjah"

        Sikap tidak menghormati ulama yg mewarisi hikmah para
rasul a.s sebenarnya adalah lambang yg jelas dari
bentuk generasi yg lahir di bawah lembayung
Sekularisme semenjak 41 thn yg lalu. Sesungguhnya
hamba2 Allah s.w.t yg kekal menghadapkan wajah kpd.
Tuhannya dgn hati yg suci bersih selama2nya tidak akan
dapat dicemarkan dan direndahkan oleh tohmahan2 yg
kotor dan bernajis tersebut. Jawapan ini ditulis
sebagai pendedahan kpd musmilin mengenai titik
kekufuran yg dikandung oleh fahaman Sekularisme itu
dan mengapakah ia merupakan musuh yg hakiki kpd Islam
dan muslimin dan sebagai satu nasihat serta peringatan
kpd para pemimpin negara, golongan intelektual sekular
dan seluruh pendokong Sekularisme di tanah air yg
masih memliki iman di dada mereka agar membebaskan
diri dpd fahaman tersebut secara sepenuhnya....
Bersambung.



=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke