Betul ke ni - sila lihat akhbar di bawah highlight in red bold
 
Demi KeADILan
 
webmaster KeADILan
----- Original Message -----
From: Concorde
Sent: Tuesday, October 12, 1999 8:59 PM
Subject: H-Net* Sememangnya UMNO yg memulakan rusuhan 13 Mei 1969.

 

Tindakan terhadap Marina Yusof belum diputus

PUTRAJAYA, Isnin - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan terhadap pemimpin Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang mendakwa Umno pencetus tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Serentak itu, beliau sekali lagi mengulangi peringatannya kepada pemimpin parti politik supaya jangan sekali-kali menimbulkan sebarang isu perkauman.

""Saya sudah menyatakan semalam bahawa isu-isu sensitif jangan ditimbulkan terutama yang ada hubung kait dengan hubungan antara kaum," katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Naib Presiden Keadilan, Marina Yusof, yang mendakwa bahawa Umno adalah pencetus tragedi berdarah 13 Mei 1969.

"Kita tidak boleh menimbulkan isu atau membuat tuduhan melulu terhadap mana-mana kaum bersabit apa yang telah berlaku di negara ini, terutama yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei," katanya.

Abdullah berkata, peristiwa itu adalah satu kejadian yang tidak diingini dan kerajaan ingin melihat ia berlaku lagi di negara ini.

"Ini adalah sesuatu yang patut kita jadikan iktibar supaya kita membuat apa juga yang baik untuk mengelakkannya daripada berulang.

"Hubungan baik antara kaum di negara adalah penting untuk menjamin keamanan dan perpaduan kaum, yang tanpanya kerajaan tidak dapat melaksanakan pembangunan untuk negara dan rakyat," katanya.

Sabtu lalu, Pergerakan Pemuda Umno sudah membuat aduan polis terhadap Marina yang didakwa menuduh Umno sebagai punca berlakunya peristiwa 13 Mei.

Kirim email ke