|
Syabas! Orang2 cina bijak berpolitik.
Orang cina berpolitik lebih baik dari orang melayu (umno). Orang melayu
umno berpolitik hanyalah untuk sehelai kain pelekat/batik, satu tin susu
tepung, 3 kilo gula dan sekampit beras 5 kilo. Itu hanya cukup diguna
untuk beberapa ketika.
Tetapi cara orang cina berpolitik dengan mengemukakan segala permintaan
yg bagitu berharga, bukan hanya boleh digunakan untuk mereka hari ini
sahaja, tetapi untuk beberapa generasi akan datang.
Cara melayu umno berpolitik menjadikan mereka kuda tunggangan kepada
wakil2 rakyat yang mereka sendiri pilih. Orang melayu umno berpolitik
hanya untuk material yang akan luput selepas berakhirnya pilihanraya.
Material yang di minta sangat enteng ditunaikan. Tetapi orang cina
berpolitik melibatkan dasar kerajaan dan anak cucu mereka nanti akan hidup
mewah.
BERITA MALAYSIA
October 14 , 1999 16:40PM
|
|
|
DEWAN CINA SEDIA MEMORANDUM UNTUK
DAPATKAN GALAKAN PERTANIAN LEBIH BAIK |
| |
|
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Satu
memorandum mendapatkan galakan-galakan lebih baik bagi sektor
pertanian sedang disediakan oleh Persatuan Dewan Perdagangan dan
Perindustrian Cina Malaysia dan Dewan Perdagangan dan
Perindusrian Cina Kuala Lumpur & Selangor.
Persatuan-persatuan itu akan mengadakan satu sesi sumbang
saran dan kajian di kalangan pengamal pertanian untuk memutuskan
mengenai pelbagai insentif yang akan disarankan melalui memorandum
itu.
Memorandum itu berkemungkinan siap untuk penyerahan
kepada kementerian pertanian dan Majlis Perundingan Ekonomi Negera
(MAPEN) menjelang awal tahun depan, kata pengerusi jawatankuasa
pertaniannya, Kerk Loong Sing, pada persidangan akhbar di sini hari
ini.
Kata beliau galakan-galakan yang boleh didapati kini
tidak memadai untuk mendorong pertumbuhan seterusnya bagi sektor
pertanian negara ini.
"Pada masa lalu ini adalah bidang
(pertanian) yang telah kita abaikan. Jadi ini adalah bidang yang
kita mesti ambil perhatian pada masa akan datang," katanya.
Kerk juga berkata galakan-galakan pertanian sedia ada perlu
dipertingkatkan untuk mencapai wawasan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad untuk menjadikan negara ini sebuah pengeluar
makanan.
Kini, bil import makanan Malaysia berjumlah RM10
bilion setahun, katanya.
Kerk, yang juga mengetuai sesi
sumbang saran itu, berkata sesi-sesi akan diadakan pada 23 dan 24
Okt di Genting Highlands membabitkan kira-kira 20 pengamal
pertanian.
Antara bidang-bidang yang akan ditumpukan akan
termasuk pekebun kecil sayuran, buah-buahan, ternakan, akuakultur
dan bunga-bungaan.
Katanya pekebun-pekebun kecil menghadapi
paling banyak cabaran termasuk masalah tanah, pembiayaan, pemasaran
dan pengedaran dan buruh.
Kerk berkata memorandum itu juga
akan termasuk beberapa pendapat asing mengenai membangunkan sektor
itu. -- BERNAMA | |
|
|
|