|
Bukan mungkin lagi. Hakikatnya masih banyak NPL yang ada dalam
bank2 di malaysia yang kebanyakannya adalah hutang2 anak-anak mahathir, keluarga
isteri mahathir, kroni2 pemimpin umno, mca, mic dan lain2 keluarga BN. Kenapa
nak beli lagi sebelum akhir tahun, ataupun sebelum pilihanraya umum? Danaharta
sudah mendapat isyarat dari mahathir supaya NPL dibeli lagi olehnya. Isyarat ini
jelas menunjukkan umno/bn tidak dapat mempertahankan kerusi yang ada. Bila telah
hilang kuasa, mereka akan di saman oleh bank2. Oleh itu sebelum mereka didakwa
kerana tidak membayar hutang, lebih baik sub pada danaharta. Ini isyarat jelas
kepada rakyat bahawa umno/bn sudah tidak yakin menang lagi. Mereka akan
dikalahkan dalam pilihanraya nanti.
Danaharta mungkin beli lagi NPL - AzmanKUALA LUMPUR 14 Okt. - Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. (Danaharta) mungkin membeli lagi pinjaman tidak berbayar (NPL) yang dianggarkan bernilai tidak melebihi RM8 bilion, kata pengarah urusannya, Azman Yahya hari ini. ''Kami telah membelinya di peringkat pertama. Ini bermakna sistem perbankan kini stabil tetapi kami mungkin membeli lagi NPL. Ini adalah selain daripada yang kami peroleh dan dianggarkan tidak melebihi RM8 bilion,'' kata beliau pada persidangan pelaburan dua hari anjuran HSBC Bank Malaysia Bhd. yang bermula di sini. Azman berkata, sehingga 30 September 1999, syarikat pengurusan aset negara itu telah menguruskan kira-kira RM39.3 bilion NPL yang dibeli daripada sistem perbankan. Katanya, Danaharta dijangka mengadakan jualan pertama pegangan hartanya membabitkan antara 50 dan 100 harta bulan depan dan akan dilaksanakan menerusi tender terbuka. Harta-harta itu terdiri daripada tanah, pejabat dan beberapa unit rumah yang Danaharta terpaksa mengambil harta syarikat yang digadaikan. Mengenai nilai harta-harta berkenaan, Azman berkata: ''Nilainya tertakluk kepada apa yang pasaran sedia membayar tetapi kami tidak berhasrat membelinya terlebih dahulu daripada yang ditawarkan di pasaran.'' Katanya, pelabur-pelabur asing boleh juga membeli aset itu yang akan dilupuskan tidak lama lagi dan ini akan memperbaiki kadar pemulihan NPL Danaharta. Ditanya mengenai kemajuan rundingan antara Jawatankuasa Pelaburan Asing dan Danaharta untuk selanjutnya melonggarkan syarat pasaran harta, Azman berkata: ''Kami masih berunding. Mereka memberi sokongan. Mengenai peranan Danaharta dalam proses penggabungan bank, katanya Danaharta akan menangani isu NPL dan Bank Negara Malaysia akan membuat pengumuman tidak lama lagi. Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Mustapa Mohamed dalam ucaptamanya di persidangan itu berkata bahawa Danaharta menyelesaikan pemilikan NPL enam bulan lebih awal daripada jadual sasarannya. Ucapannya telah dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Wong See Wah. Mustapa berkata usaha ini telah berjalan lancar dan setakat ini, Danaharta telah pun menemui 1,780 peminjam dan 66 peratus daripadanya telah diperoleh semula. Tender terbuka yang terhad telah pun dijalankan pada 5 Julai lalu untuk melupuskan aset pinjaman asing Danaharta bernilai RM542.72 juta, tambahnya. |
