Tak disebut pun 'MALAYSIA'. Kenapa kerajaan perasan sangat yg dia boleh ubatkan seluruh dunia. Walhal umno dan BN lah taribarut Amerika.

 

BERITA MALAYSIA


October 14 , 1999 12:46PM

 

IRAQ PERLU SOKONGAN MALAYSIA UNTUK TARIK BALIK SEKATAN

 

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Iraq memerlukan sokongan negara-negara Asia serta dunia ketiga untuk menarik balik sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara itu.

Naib Presiden Pertubuhan Pelajar dan Belia Negara-negara Berkecuali (NASYO) yang beribu pejabat di Baghdad, Wissan Suleiman berkata, Malaysia juga boleh memainkan peranan penting dalam menarik balik sekatan itu.

Wissan berkata, rakyat Iraq terutama kanak-kanak, orang tua dan pesakit menjadi mangsa utama akibat kekurangan makanan serta ubatan dan janji PBB untuk memberi kelonggaran bagi membolehkan Iraq mendapat keperluannya itu tidak ditunaikan sepenuhnya dan hanya publisiti sahaja.

Sekatan ekonomi itu dikenakan terhadap Iraq berikutan tindakannya menduduki Kuwait pada tahun 1990. "Kesannya (terhadap rakyat Iraq) lebih buruk daripada apa yang dilaporkan. Selalunya bekalan makanan dan ubatan tiba terlalu lewat untuk (menyelamatkan) kanak-kanak, orang tua dan pesakit," kata beliau semasa mengunjungi BERNAMA di sini, petang semalam.

Wissan yang berasal dari Lebanon dalam rangka lawatan empat hari ke negara ini untuk menemui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta menyampaikan jemputan untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa bagi Perpaduan dan Keamanan anjuran NASYO akhir tahun ini.

Beliau berkata keadaan itu boleh disaksikan sendiri oleh wakil-wakil NGO yang menghadiri persidangan itu di Baghdad dari 5 hingga 7 Dis nanti. NASYO ditubuhkan pada tahun 1993 dengan tujuan mengumpulkan persatuan-persatuan belia dan pelajar di bawah satu payung.

Wissan berkata ia kini dianggotai pertubuhan-pertubuhan dari 91 buah negara berbanding 67 negara ketika di peringkat awal. Antara pertubuhan Malaysia yang menganggotainya ialah Persatuan Wartawan Melayu (PWM), Majlis Belia Malaysia dan Pergerakan Pemuda Umno.

Mengenai aktiviti NASYO, beliau berkata ia mempunyai program lima tahun dan keutamaan kini diberikan bagi mewujudkan pusat-pusat serantau bagi menyelaraskan kegiatannya.

Ketua bagi rantau Asia Tenggara ialah Presiden PWM Yazid Othman, yang dilantik ke jawatan itu awal tahun ini. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke