*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hai apalah bodoh benar , benak , jahil murakaf...hai...tah
susah....dah dunggu lagi bebal......tebal dgn kulit khinzir....
>From: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Adil" <[EMAIL PROTECTED]>, "Anwarxtpm" <[EMAIL PROTECTED]>,
> "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>, "SKancil" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Utusan Meloya mula mempertikaikan ulama.
>Date: Fri, 15 Oct 1999 04:32:32 +0800
>
>Utusan Meloya mula mempertikaikan ulama. Sama seperti ucapan2 Mahathir yang
>tidak hormat dan mempertikaikan ulama. Mungkin dalam Umno tidak ada ulama,
>tetapi guru2 agama yang hanya mampu mengajar dan menegur tentang bab Feqah
>sahaja.
>
>Kebanyakan pendapat diberikan di bawah sama seperti pendapat Golongan Anti
>Hadis (GAH). Nama penulis tidak dinyatakan pula. Adakah Astora Jabat?
>Mungkin ulama yang mahu diperkenalkan oleh umno ialah ulama yang mengikut
>nafsu dan selera pemimpin umno sahaja.
>
>Benarkah ulama pewaris nabi?
>DALAM usahanya untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO, terutamanya
>terhadap pucuk kepimpinannya, Pas mendakwa Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
>menolak ulama.
>
>Seperti biasa ahli-ahli Pas dan pemimpin-pemimpinnya menerima dakwaan ini
>dengan begitu mudah dan terus membencikan UMNO dan pemimpinnya. Demikianlah
>kebencian ini sehingga mereka tidak lagi boleh menerima sebarang penjelasan
>berkenaan dengan benar atau tidak tuduhan yang keterlaluan ini. Namun yang
>benar mesti dipertahankan juga jika agama Islam dan perpaduan serta
>kekuatan umat Islam hendak diwujudkan seperti yang diajar oleh agama Islam
>yang suci.
>
>Mengikut hadis yang selalu disebut oleh ramai daripada mereka yang
>berpelajaran agama, ulama adalah pewaris nabi. Makna pewaris tidak begitu
>jelas. Apakah oleh kerana ulama menjadi pewaris nabi maka segala-gala
>kenyataan yang dibuat oleh ulama adalah setaraf dengan hadis dan sunah
>nabi? Jika ya, maka apakah kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh
>ulama menjadi sebahagian daripada ajaran agama Islam yang tidak boleh
>dipertikaikan seperti mana al-Quran dan hadis-hadis nabi yang sahih tidak
>boleh dipertikaikan? Apakah dengan ini umat Islam perlu menerima ulama
>sebagai setaraf dengan Rasulullah. Jika ya, maka apakah ini bermakna bahawa
>Nabi Muhammad s.a.w bukanlah Nabi yang terakhir, bahawa selagi ada orang
>yang diberi gelaran ulama maka selama itulah akan ada nabi-nabi dalam
>Islam?
>
>Saya tidak fikir ulama zaman ini yang sering mendakwa bahawa mereka adalah
>pewaris nabi bermaksud bahawa ulama adalah setaraf dengan nabi atau adalah
>nabi. Agama Islam amat jelas dan tegas bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah
>nabi yang terakhir yang menjadi Rasulullah dan tidak akan ada lagi nabi
>selepas Nabi Muhammad s.a.w. Seperti juga kita tidak boleh menyekutukan
>Allah s.w.t. kita tidak boleh menyamakan sesiapa lain selepas Nabi Muhammad
>s.a.w sebagai sekutunya.
>
>Jika ulama bukan nabi atau setaraf dengan nabi maka mereka tentulah tidak
>maksum dan ajaran mereka tidak semestinya benar. Mereka boleh buat salah
>dan ajaran mereka boleh ditolak.
>
>Ini bermakna mereka yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulama juga tidak
>semestinya betul dalam ajaran mereka dan tafsiran yang dibuat oleh mereka.
>Orang lain, ulama lain boleh mempertikaikan ajaran mereka dan mereka yang
>mempertikaikan ajaran seseorang ulama tidaklah boleh dianggap sebagai
>menolak ajaran Islam atau menjadi tidak Islam. Sebab itu kita mempunyai
>berbagai-bagai mazhab mengikut ajaran ulama-ulama tertentu.
>
>Walaupun kita akui bahawa ulama adalah pewaris nabi tetapi mereka bukan
>nabi dan bukan memiliki sifat-sifat nabi, namun gelaran ulama masih juga
>menjadi satu gelaran yang mulia dan mereka yang menjadi ulama perlu
>diiktiraf sebagai pakar dalam bidang agama, dan pendapat mereka perlu
>dihormati dan tidak ditolak atau dipertikaikan dengan sewenang-wenangnya.
>
>Memandangkan bahawa ulama adalah orang yang dimuliakan oleh umat Islam, dan
>sifat-sifat yang ada pada mereka adalah mulia, siapakah yang layak digelar
>ulama? Bolehkah kita memberi gelaran ini kepada sesiapa sahaja? Bolehkah
>kita terima tanpa soal siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama
>dengan tidak meneliti asas-asas dakwaannya? Bolehkah kita iktiraf sijil
>atau keahlian dalam pertubuhan tertentu sebagai kelayakan untuk digelar
>ulama? Bolehkah kita dengan begitu mudah mengakui seseorang itu adalah
>pewaris nabi, semata-mata kerana ia, dan mungkin juga orang-orang yang
>mempunyai kepentingan yang sama, mendakwa bahawa ia adalah seorang ulama?
>
>Dalam sejarah Islam terdapat ramai juga tokoh yang diberi gelaran ulama.
>Keempat-empat imam Ahli Sunah Waljamaah iaitu Imam Shafie, Imam Hanafi,
>Imam Hambali dan Imam Maliki diiktiraf oleh semua orang Islam Sunni sebagai
>ulama. Demikian juga mereka yang mengkaji dan memperakui hadis-hadis nabi
>seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi dan lain-lain diterima oleh umat Islam
>sebagai ulama.
>
>Mereka ini mendapat gelaran ulama kerana pengetahuan mereka yang begitu
>mendalam berkenaan dengan agama Islam dan kemampuan mereka mempertahankan
>pendapat mereka tentang ajaran Islam. Mereka juga menjangkau usia yang
>tinggi sebelum ajaran mereka diterima oleh pengikut-pengikut. Pada ketika
>itu barulah mereka diberi gelaran ulama secara konsensus oleh masyarakat
>semasa. Tidak ada sukatan terhadap taraf pelajaran mereka yang dibuat.
>Tidak ada sijil ulama yang diberi. Yang berlaku hanyalah umat Islam ketika
>itu dan kemudiannya menerima mereka sebagai ulama.
>
>Mereka ini hanya didorong oleh kepentingan agama Islam. Mereka tidak
>dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan lain, termasuk kepentingan
>politik. Mereka bukan ahli mana-mana parti politik dan dengan itu tidak
>mempunyai keperluan mempertahankan politik parti mereka atau pun ahli-ahli
>parti mereka.
>
>Mereka inilah ulama Islam yang sebenar-benarnya.
>
>Hari ini sesiapa sahaja boleh diberi gelaran ulama. Bahkan mereka yang
>menggelarkan diri sebagai ulama mempunyai persatuan yang mana ini tidak
>pernah diadakan di zaman silam. Sesiapa yang menjadi ahli dalam persatuan
>ini kononnya menjadi ulama dan pewaris nabi. Dengan ini amatlah mudah bagi
>seseorang menjadi pewaris nabi. Syarat untuk menjadi ahli persatuan dan
>dengan itu menjadi pewaris nabi tidak dijelas kepada umum oleh persatuan.
>
>Mereka yang mempunyai kepentingan-kepentingan lain, umpamanya kepentingan
>politik juga boleh mendakwa diri mereka sebagai ulama. Dan mereka juga
>percaya dan mahu masyarakat menerima mereka sebagai pewaris nabi. Segala
>dakwaan dan tafsiran agama yang dibuat oleh mereka tidak boleh ditolak,
>disoal atau dipertikaikan. Walaupun amat jelas yang dakwaan mereka adalah
>bertentangan dengan ajaran Islam, ia tidak boleh ditolak atau
>dipertikaikan.
>
>Demikian apabila seorang yang mendakwa dirinya sebagai ulama, membuat
>kenyataan bahawa Tuhan mencarut, mengguna perkataan yang kotor yang manusia
>yang beradab dan beradat tidak sanggup menggunanya, maka dakwaan 'ulama'
>ini tidak ditolak atau dipertikaikan. Sesiapa yang mempertikaikan kenyataan
>ini dituduh sebagai antiulama, tidak percaya kepada tokoh yang digelar
>ulama dan tidak menerima bahawa ulama adalah pewaris nabi.
>
>Ada juga mereka yang mendakwa bahawa orang yang seperti ini tidak Islam dan
>harus dibenci.
>
>Jika kita tidak boleh menerima semua yang mendakwa diri mereka sebagai
>ulama di zaman ini di Malaysia, siapakah yang boleh kita terima sebagai
>ulama dan pewaris nabi? Seperti juga di zaman dahulu tokoh agama yang boleh
>kita terima sebagai ulama ialah orang yang betul-betul alim dalam bidang
>agama Islam yang tidak ada kepentingan lain selain daripada perasaan
>bertanggungjawab terhadap kesahihan dan kebenaran ajaran agama Islam.
>
>Orang yang seperti ini berani mempertahankan kebenaran ajaran yang dibuat
>olehnya dengan alasan yang boleh diterima akal dan berasas kepada al-Quran
>dan hadis nabi yang sahih. Orang seperti ini juga berani menegur dan
>membetulkan segala ajaran dan tafsiran yang salah berkenaan agama Islam
>yang dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang mendakwa diri sendiri
>sebagai ulama. Orang seperti ini akan memberi alasan yang kukuh yang
>berasas dan berpunca daripada al-Quran dan hadis nabi yang sahih.
>
>Orang seperti ini tidak akan membenarkan diri dipengaruhi dengan
>kepentingan diri, dengan kepentingan orang-orang yang mendakwa diri mereka
>sebagai ulama, dengan kepentingan politik sesiapa, bahkan tidak takut
>kepada apa-apa tindakan yang mungkin diambil terhadapnya oleh sesiapa, sama
>ada pemerintah atau bukan pemerintah.
>
>Jika kita terima hanya orang yang seperti ini sebagai ulama yang sebenar
>maka sudah tentu ramai daripada orang yang mendakwa diri mereka sebagai
>ulama, dan ramai pengikut yang taksub kepada mereka ini akan kecewa dan
>marah. Tetapi kemarahan mereka tidak boleh ditakuti oleh orang Islam yang
>betul-betul berpegang kepada agama Islam yang sebenar.
>
>Janganlah kerana takut kepada orang tertentu dan kerana kepentingan diri
>atau politik maka orang yang bukan ulama diterima sebagai ulama dan ajaran
>atau tafsiran mereka diterima secara membuta-tuli. Jika ini dibuat maka
>akan rosaklah agama Islam yang suci dan akan berpecah dan
>bermusuh-musuhanlah orang Islam sesama sendiri.
>
>Walaupun orang yang taksub dengan ajaran orang tertentu sehingga sebarang
>penjelasan berkenaan dengan siapa dianya ulama dan siapa bukan tidak akan
>diterima, namun penjelasan perlu dibuat juga.
>
>Kita sudahpun menyaksikan bagaimana seorang yang mendakwa dirinya sebagai
>Imam Mahadi telah berjaya mengumpul penyokong yang amat setia kepadanya
>sehingga mereka sesat dan akidah mereka diragukan. Jika kita tidak ingin
>melihat orang-orang Islam menjadi sesat kerana terlalu taksub dengan
>'ulama' yang berkepentingan lain, maka kita perlu menjelaskan berkali-kali
>tentang siapa dianya ulama dan apakah yang dimaksudkan dengan 'pewaris'
>nabi. Mudah-mudahan akan terselamatlah umat Islam di negara ini daripada
>kesesatan.
>
>Perbezaan fahaman politik dan ideologi tidak dengan sendirinya akan
>merosakkan akidah. Tetapi apabila politik dan ideologi dikaitkan secara
>langsung dengan agama Islam maka agama yang sebenar akan menjadi mangsa.
>Oleh itu janganlah kita dengan mudahnya menerima siapa sahaja sebagai ulama
>dan pewaris nabi dan kita membenarkan diri kita disesatkan oleh mereka.
>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "serim seri maharani" <[EMAIL PROTECTED]>