*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Disini saya ingin berkongsi dengan netters tentang risalah oleh Al-Syahid
Imam Hassan Al Banna yang bertajuk " Bainal Amsi Wal Yaum" yang bermaksud di
antara semalam dan hari ini dibawah tajuk -ranjau-ranjau dijalan kita.

Beliau menyatakan- " kejahilan rakyat tentang hakikat Islam akan menjadi
penghalang jalan kamu. kamu akan dapati ahli agama dan ulama yang rasmi
menjadi orang yang hairan dengan kefahaman Islam kamu dan tidak mengaku
jihad kamu. Semua pemerintah akan bekerjasama menjadi penghalang di depan
kamu, setiap pemerintah itu akan cuba menyekat kegiatan kamu dan meletakkan
halangan di jalan kamu  "

Lanun-Lanun ini juga akan berganding bahu di setiap  jalan untuk menentang
kamu dan memadam sinar dakwah kamu. Mereka akan meminta bantuan
pemerintah-pemerintah yang lemah dan orang-orang yang rendah akhlaknya dan
tangan-tangan yang sengaja meminta sesuatu dari mereka tetapi melakukan
kejahatan dan permusuhan terhadap kamu.

Kamu akan dibenci dan dimusuhi. Semuanya akan berusaha menimbulkan keraguan
serta melemparkan tuduhan-tuduhan yang zalim terhadap dakwah kamu. Mereka
akan berusaha menonjolkan segala kekurangan dakwah kamu dan menunjukkan
kepada manusia dengan gambaran yang paling hodoh dan kotor dengan
menggunakan kekuatan dan kekuasaan yang ada pada mereka. Mereka akan
menindas dengan harta-benda dan kuasa mereka.

Dengan ini kamu akan memasuki tingkat percubaan dan ujian di mana kamu akan
dipenjara, ditangkap, dipindahkan, dirampas harta benda kamu, disekat
kerja-kerja kamu bahkan digeledah rumah-rumah kamu. Boleh jadi ujian yang
bakal kamu hadapi ini amat panjang tempohnya.

Jadi berdasarkan huraian Al -Syahid Imam Hassan Al Banna , nyatalah
mana-mana pihak yang cuba membawa Islam yang syumul maka segala tentangan
akan dihadapi. Jadi kalau secara mudah untuk menilai pegangan Islam satu
puak itu, kita tengok kepada islam yang diperkenalkannya. Kalau Islam yang
dibawanya menyebabkan semua orang suka sahaja maka bermakna Islam yang
dibawa ada cacat -celanya yang bermaksud bukan Islam itu yang cacat tetapi
pembawa atau pemerintah yang kononnya ingin menerapkan nilai Islam itu ada
cacat-celanya. Mungkin mereka mempunyai agenda tersembunyi. Kerana Islam
yang dibawa oleh Rasul S.A.W mengoncang kerajaan kuffar Mekah. Wassalam.
Takbir 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Zawawi Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke