*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Kalau lah dapat kita lahirkan anak2 soleh/solehah maka 
tidak ada apa lagi yang ingin kita miliki dalam dunia ini 
melebihinya.  

Tapi tuan/puan taulah, nak lahirkan anak2 soleh/solehah 
didikannya kenalah solid molid sedari kecil lagi. Dari 
tadika kesekolah rendah dan menengah.  Yang tadika tu 
senang kita kawal.  Yang sekolah rendah dan menengah tu, 
lain ceritanya.  Dan macam dah diketahui umum, sistem 
pelajaran sedia ada gagal untuk melahirkan insan2 mahir 
dunia dan akhirat.  Silap2 lahir insan amphibia (dua 
suasana) - kadang Islam kadang sekular.      

Oleh kerana itu, sekolah2 agama private jadi pilihan 
sesetengah orang yang mampu bayar.  Sistemnya cukup bagus.
Guru2nya memang ikhlas punya manusia.  Tapi masaalah lain 
pula timbul - nak sediakan tenaga pengajar yang bertauliah 
dan peralatan untuk belajar dan makmal memang satu dilemma 
yang tak ada penghujung.  Nak harapkan derma dan kutipan 
walkathon sepanjang masa, mana cukup.  Bantuan dari
kerajaan? - macam tunggu buah betik jantan.  Lepas tu 
pulak, jangan harap nak boleh masuk sekolah asrama penuh 
kerajaan, walaupun lulus cemerlang dan gemerlapang.  Dan 
bila lulus University nanti, biasanya jurusannya amat 
terhad.

Inilah dia dilemma yang kita hadapi sekarang.  Semoga, 
Allah akan mengizinkan sesuatu terjadi dalam sedikit masa
lagi, yang akan mengubah dasar pelajaran kita supaya dapat 
melahirkan insan2 soleh yang menguasai dunia.  Sejuk mata 
ibu-bapa memandangnya.   Senang sikit agaknya bila kita 
nak tutup mata nanti. 

Wassalam 


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abang tebuan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke