*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh.

KAUNSELING boleh dilihat sebagai satu profesion, itu memberi pertolongan
kepada mereka yang memerlukan. Kebiasaannya kalau kita nak beri pertolongan
secara profesional maka kita perlu ada lesen, sijil atau ditauliahkan oleh
sesuatu lembaga atau organisasi.

________________________

Bincang : Di sini kita boleh lihat titik perbezaan antara kaunseling Barat
dan Kaunseling Islam. kaunseling Barat tentu tidak memikirkan soalan
balasan di akhirat akibat daripada pertolongan yang kita lakukan.

kenapa kita menolong orang ? macam-macam jawapan yang boleh diberi. Mungkin
kerana tuntutan naluri kita sebagai seorang manusia, atau keseronokan ,
atau ada pulangan berbentuk kebendaan atau pun wang.

semua jawapan ini tidak ada nilai dalam Kaunseling Islam. Asas pertolongan
yang diberi ialah 
kerana Allah Taala. itu saja yang boleh dibawa ke akhirat nanti. Kalau
dilihat dari sudut tasauf pula (sebab dalam is-net dan hizbi-net ini ramai
orang tasauf) lagi mendalam maksudnya.
Mungkin sahabat yang arif dalam tasuf/sufi boleh menjelaskannya. Sahabat
tolong huraikan...
_________________________

Mengikut ahli kaunseling Barat, Gibson dan Mitchell (1996) Manusia tidak
dapat lari daripada memerlukan pertolongan. Kedua-dua ahli psikologi ini
telah menyatakan ciri-ciri yang menyebabkan manusia memerlukan pertolongan.

1. Manusia adalah spesis yang lemah semasa dilahirkan.
Bayi (kita semasa kecil pun) semasa dilahirkan memerlukan lebih banyak
bantuan jika dibandingkan dengan haiwan-haiwan lain yangh cepat
mengubahsuai diri dengan keperluan persekitaran mereka. Kehidupan bayi dan
kanak-kanak begitu bergantung sekali kepada orang dewasa dari segi
penjagaan dan kasih sayang.

________________________

Rasa-rasanya tak perlu ikut Barat. Islam sendiripun sudah akui bahawa
manusia itu lemah.
lebuh baik kalau kita lihat dari sudut Islam, terasa sedikit kelazatan
imannya. Terutama bila kita dapat dari sumber utama iatu al_quran surah
al-Balad ayat 4 maksudnya: Sesungguhnya kami cipta manusia dalam keadaan
susah payah.

Ada banyak lagi ayat al-Quran dan hadis yang menceritakan keadaan kelemahan
manusia, kalau ada sahabat yang nak tambah....

_________________________

2. Umat manusia mempunyai potensi berkembang terbanyak berbanding dengan
spesis lain. Potensi ini berpunca daripada saiz dan keupayaan otak .
Kekuatan otak ini membolehkan manusia menpunyai potensi perkembangan yang
tidak terbatas bergantung kepada sokongan manusia dan persekitaran.

_________________________

Cuba kita perhatikan kedua-dua ciri ini. mula-mula manusia lemah kemudian
dijadikan Allah berpotensi. Kedua-dua kedaan ini memberi ruang kepada kita
untuk berfikir. antara kedua-duanya terdapat unsur yang penting iaitu
syukur. Allah tak jadikan kita lemah selemahnya tapi adan peningkatan
potensi.

Tetapi kenapa kita tidak bersyukur, saya rasa sahabat boleh menjawabnya
sendiri.......



Bersambung..........


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti bincang Kaunseling yang seterusnya
sila daftar dengan mailing list psikologi-islam :
caranya hantarkan e-mail (kosong, tak tulis apa-apa) kepada

[EMAIL PROTECTED]
  



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke