*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum....

   Berpuluh-puluh tahun sebelum 31.ogos.57, tanah melayu berada di dalam 
keadaan yang sungguh tidak aman. di sana-sini lahirnya pejuang bangsa
yang menuntut kemerdekaan dari penjajah "nyata" iaitu inggeris.

   Dalam masa yang sama, lahirlah parti atau pertubuhan yang menjadi    
landasan bagi pejuang bangsa ini. Antaranya HIzbul muslimin iaitu parti
gerakan islam pertama di tanah melayu, PKMM (parti kebangsaan melayu 
malaya.) Sayap pemuda PKMM iaitu API (Angkatan pemuda Insaf) dan AWAS 
{angkatan wanita insaf ) sebagai sayap wanita. PETA (pembela Tanahair)
BATAS (Barisan Tani Malaya) , dan Malayan Democratis Youth League.
Dan kesemua parti ini telah diharamkan kecuali UMNO.

  Mengapa UMNO tidak diharamkan?????ini adalah kerana UMNO adalah parti
belaan,didikan dan belaian penjajah inggeris ketika itu.Dan melalui UMNOlah
tanah melayu diberi kebebasan berkerajaan dari penjajahan 
nyata ini.

  Dan UMNO jugalah yang mentadbir tanah melayu sehingga kini.
Dan umno jugalah sebenarnya penjajah bangsanya sendiri bermula pada 
tarikh 31hb.ogos.1957 hingga hari ini.

  UMNO adalah penjajah "maya"

  UMNO adalah penjajah sebenar yang selalu dilaung-laungkan oleh mahathir
sebagai "penjajahan cara baru". mahathir kini adalah bapa kepada penjajahan
cara baru ini.

  Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan 
sebenar tanah melayu.UMNO tidak lain hanya kuda tunggangan penjajah, jentera
pemindahan kuasa dari penjajah.Inilah adalah kerana pada 
masa itu penjajah inggeris  telah hampir tewas kepada pejuang kemerdekaan
tulen.Maka UMNO menjadi alat bagi mereka untuk terus menjajah tanah melayu.

  Ingatlah,,UMNO hanya alat kesinambungan penjajahan inggeris di bumi
melayu tercinta ini.

  Sejarah juga telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang kemerdekaan tulen
tanah melayu adalah seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Lela, 
Mat Kilau , Rosli Dobby dan ramai  lagi pahlawan-pahlawan melayu....

  Mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir.Mereka telah menggadaikan
nyawa untuk membebaskan bumi melayu tercinta ini.

  Merekalah pejuang kemerdekaan sebenarnya dan bukannya pemimpin UMNO
yang lahir dari golongan bangsawan.Perlu dingat bahawa golongan bangsawan
ketika itu adalah sekutu penjajah.

  Apakah yang sudah kita perolehi setelah 41 tahun "merdeka"?.
Benarkah kita merdeka dan mendapat apa yang kita hajati?
Dan "kemerdekaan" ini , sudahkah memberikan kita sebuah "kepuasan" mutlak?
Sejauh manakah kita telah menggunakan kuasa "kemerdekaan" itu untuk
kepentingan bangsa dan agama tercinta ini?

  Sejauh manakah aspek-aspek kehidupan kita telah diubah selaras dengan
kehendak agama dan bangsa? Sejauh manakah agenda pelajaran, ekonomi,
kebudayaan dan yang paling penting agenda agama islam diletakkan pada dasar
yang sepatutnya?

  Dalam bidang ekonomi, kita telah menjadi kuli dalam negara sendiri.Kita
menjadi hamba dalam rumah sendiri.Segala pembangunan yang kita bina dengan
mudah hendak dilelong kepada orang luar hasil dari silapnya formula ekonomi
yang dibawa oleh mahathir dengan sokongan UMNO.

  Kita masih gagal menguasai ekonomi asas tanah air kita sendiri.
Kita telah berpenat-lelah bekerja siang-malam untuk kepentingan mahathir 
kita berusaha untuk kekayaan mahathir dan kroni-kroninya.
Mahathir dan kroninya makan isi dan kita ratah kulitnya sahaja.

  Begitu juga dengan sistem pendidikan negara.UMNO masih meneruskan 
sistem sekular  tinggalan penjajah.Apatah lagi dengan mahathir sebagai
pemimpinnya.Mahathir telah mengatur dan mengajar kita dan anak-anak 
bangsa kita menjauhkan tuhan dan mendekati kebendaan.pembangunan ihsan
telah jauh kita tinggalkan akibat dari pimpinan mahathir.

  Kita tidak mampu untuk menentang kerana memang kita telah dilatih dan 
pemikiran kita telah dibentuk melalui media-media mereka seperti UTUSAN 
MALAYSIA  walaupun kita mengerti akibat buruk yang akan berlaku.
Inilah nasib kita bangsa melayu di bawah UMNO.

  Lihat saja Datuk Sri Anwar Ibrahim.Ketika menjadi Menteri Pendidikan,
beliau telah menggubal akta pendidikan yang baru.Apakah lebih kearah islam?
Hanya beliau yang tahu. Namun begitu, ia telah membuatkan 
mahathir menjadi begitu takut dan  telah bertindak dengan segera.
Beliau lantik  DSA menjadi Menteri Kewangan seolah-olah "naik pangkat".
Itulah mahathir yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

                  SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
                  BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA MENCURI.

  Itulah mahathir, sejak mula memerintah selalu tipu rakyat dengan 
bermacam-macam kisah dan kini beliau telah mula "mencuri" segala 
khazanah negara untuk kepentingan anak-anak dan kroni-kroninya atas
alasan ciptaan beliau sendiri.

  Penjajah inggeris tidak pernah menyentuh soal agama sepanjang penjajahan
kerana mereka tahu isu agama cukup sensitif.Tetapi tidak dengan
mahathir,beliau secara lantang dan terang-terangan membidas kadhi dan
ulama-ulama yang menjalankan tanggungjawab agama.Nampak gayanya mahathir lebih
teruk dari penjajah inggeris.inilah mahathir bapa penjajahan cara baru bangsa
melayu dalam menuju alaf baru.

   kalau pemerintah UMNO hari ini menyaksikan betapa syiar islam dibatasi
untuk ditanam di jiwa umat islam sendiri, apakah yang akan berlaku 
dalam masa 20-30 tahun akan datang.Bukan sesuatu yang mustahil jika
islam terus hilang di bumi melayu ini.Tidak mustahil jika pada satu masa
nanti wanita-wanita islam dilarang dari memakai tudung sebebas-bebasnya.

   Turki menjadi saksi kepada perkara ini.Walaupun kamal artartuk telah lama 
mati tetapi lihatlah hasilnya hari ini.Sukarnya islam di negara sendiri.

   Oleh itu, marilah saudara-saudara yang dikasihi.....
bersamalah kita tekad dan bulatkan hati unutuk sama-sama berjuang mencari
kemerdekaan kedua.

   perjuangan kali ini amat sukar berbanding perjuangan dulu kerana
penjajahan yang sedang kita alami ini adalah "penjajahan maya".

   namun begitu, sebesar mana halangannya, marilah kita sama-sama berganding
bahu untuk membebaskan diri kita , bangsa kita dan agama kita dari cengkaman
kuku besi mahathir dan "kumpulan diktator UMNO".

   Bebaskan pemikiran kita dari aturan hidup ciptaan UMNO.

   ayuh rakan-rakan......

   perjuangkan kemerdekaan kedua.............

   MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA.......

   melalui

   REFORMASI..REFORMASI..REFORMASI...

   demi

   AGAMA DAN BANGSA.


  wassalam 
  nakalsikit

            
**************************************************************************
 PERNAHKAH KITA TERFIKIR BAHAWA MALAYAN UNION ADALAH PROPAGANDA TERJAHAT
 PEMIMPIN "MELAYU" KETIKA ITU UNTUK BERSEKONGKOL DENGAN BRITISH DEMI 
 MEMASTIKAN PERJAJAHAN INGGERIS TERUS BERKEKALAN MELALUI MEKANISME YANG 
 LAIN IAITU UMNO.MALAYAN UNION DIHEBAHKAN SUPAYA RAKYAT BERADA DIBELAKANG
 UMNO KERANA PADA KETIKA ITU, PEJUANG KEMERDEKAAN TULEN HAMPIR BERJAYA 
 MEROBOHKAN PEMERINTAHAN INGGERIS DENGAN SEJUMLAH HAMPIR 60 RIBU PEJUANG
 TELAH DITAHAN DI MERATA TEMPAT TANAHAIR TERMASUK DI PANTAI MORIB YANG   KINI
BERTUKAR MENJADI PADANG GOLF.


____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke