*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Aduih, lenguhnya tengkuk hamba kerana tertidur terduduk.  
Alamak,  belum solat Isyak lagi.  Waktu dah hampir 2 pagi.

Pelan2 hamba menaiki tangga berkeriek-kriuk ketingkat atas 
dengan mata separuh terbuka.  Tiba2.....busssshhhhh muncul 
satu makhluk berbulu putih....

Waduh, bapak kucing rupanya.  Petang tadi terlupa tutup 
tingkap.  Berderau darah sekejap.  Tapi nasib baik bapak 
kucing.  Kalau hantu kucing....naya.

Bercakap pasal hantu; menurut satu Daiges Islam yang 
menemuramah beberapa Ustaz dan cerdikpandai Islam, orang 
mati tak boleh jadi hantu. Segala macam nama hantu2 yang 
diketahui ramai tu tidak lain hanyalah jelmaan setan yang 
memang tugasnya nak mengacau dan menyesatkan anak cucu 
adam. 

Teman rasa pun, kita tak perlu hantu2 untuk mengacau kita.
Perkara2 alam nyata pun dah terlalu banyak yang menghantui 
kita saban hari.  Kos pembelajaran anak2 misalnya; kalau 
ikut satu iklan di TV tu, mungkin kita perlukan RM1 juta 
untuk mendidik seorang anak hingga keluar jadi orang yang 
berjaya. Kalau 2 orang, 3 orang, 4, 5.... waduh, mungkin 
kita jadi tak serupa orang untuk mencari wang sebanyak itu.

F1 khabarnya amat berjaya.  Kita menang!!! (Menang sorak). 
Khabarnya RM500 juta lebih sudah dibelanjakan untuk itu.
Teorinya kita akan untung untuk jangka panjang.  Emmmmmmm. 
Dalam lumba motor pula, semalam katanya Malaysia terkeluar 
dari jadual lumba motor dunia.  Mungkin depa nak kita bayar
lebih kot.  Untuk F1 tahun ni Malaysia bayar RM20 juta 
untuk hak menganjur.  Tahun depan berapa?  Kalau dicampur2 
kos keseluruhan (kos pembinaan, kos penajaan, kos 
penyelenggaraan, dsbnya) mungkin boleh mencecah 
RM1 billion.  Wang sebanyak itu, kalau di jaga oleh orang 
yang bukan hantu, rasanya lebih pada cukup untuk 
mengurangkan kos pembelajaran anak2 kita.

Oleh kerana litar dah ada, daripada dibiarkan kosong, buat
lah apa patut. Lumba F2, F3, negara2 Asia, antara negeri2
di Malaysia, antara syarikat, antara tok penghulu, motor,
basikal, kereta2 lama, jalan kaki, lumba kucing....pendek 
kata, segala jenis lumba boleh buat.... Nah, sapa kata 
ianya akan jadi gajah putih?  
  
Sekian.

____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abang tebuan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke