*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Article ini ditulis oleh Ustaz Asri Zainul Abidin. Muqaddimah. -------------------- Apabila orang Islam menganggap persoalan politik ialah sesuatu yg tiada kaitan dgn Islam,maka mrk menyerahkan kuasa kpd sesiapa shj yg mrk suka dgn perhitungan nafsu tanpa melihat kpd tuntutan2 agama.Hasil dari sikap ini,maka individu serta golongan yg jahat/zalim menguasai tampuk pemerintahan.Golongan ini menganggap kuasa adalah sumber dan lesen utk mrk melakukan apa shj tanpa merasa takut kpd amaran2 ALLAH SWT.Politik dijadikan modal utk mengaut kekayaan dan harta serta melakukan jenayah dan kezaliman ke atas org lain.Ini adalah politik yg diwarisi drpd Firaun dan kuncu2nya.Firman ALLAH dlm Surah Al-Qasas ayat 4,yg bermaksud,"Sesungguhnya,Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dgn melampaui batas,serta ia menjadikan penduduknya berpuak2.Ia menindas sepuak,diantaranya dgn membunuh anak2 lelaki mrk dan membiarkan hidup anak2 perempuan mrk.Sesungguhnya adalah dia dari golongan yg membuat kerosakan. Sekiranya Firaun membunuh anak2 lelaki di kalangan Bani Israil krn bimbang tergugat kuasa dan politiknya,demikian jugalah dgn para pewarisnya,yg menghapus dan menghancurkan segala musuh politiknya yg boleh menggugat sistem kezaliman dan kekejaman yg dihidupkan. Para `ulama seperti yg disebut oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani dlm Fath al-Bari menamakan Abu Jahl sbg `Firaun bagi umat ini` krn sikapnya yg menentang kebenaran dan zalim.Sebenarnya Firaun adalah gelaran yg diberikan kpd sesiapa yg memerintah Mesir kuno.Tapi Abu Jahl bukanlah pemerintah negeri Mesir dan beliau juga tidak membunuh anak2 lelaki Quraisy atau Bani Israil,namun sikapnya yg bangkit melakukan kezaliman dan mengepalai penentangan terhadap kebenaran,melayakkan beliau dianugerahkan gelaran berkenaan.Demikianlah juga kpd sesiapa yg mewarisi sikap itu maka mrk adalah Firaun sepanjang zaman. Amaran Rasulullah s.a.w. -------------------------------------- Sabda Rasulullah s.a.w.,yg bermaksud,"Sesungguhnya selepasku ini,akan adanya para pemimpin yg melakukan kezaliman dan pembohongan.Sesiapa yg mebenarkan pembohongan mrk dan menolong akan kezaliman mrk,maka dia bukan dari ku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).Dan sesiapa yg tidak membenarkan pembohongan mrk dan tidak menolong akan kezaliman mrk,maka dia dari kalangan ku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga) [ Kata Al-Haitami : Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad,Al-Bazzar dan Al-Tabrani di dlm Al-Kabir dan Al-Ausod.Para perawi salah satu sanad Al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih Al-Bukhari.Rujukan Majma' al-Zawaid wa al Manba' al-Faraid,jld 5,m.s. 248,cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,Lubnan. ] Rasulullah s.a.w. utusan ALLAH yg diberikan wahyu kpdnya dan tidak bercakap dgn hawa nafsu.Firman ALLAH dlm Surah An-Najm ayat 3 & 4,yg bermaksud,"Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya.Segala yg diucapnya adalah wahyu yg diwahyukan." Dgn wahyu ALLAH,ALLAH SWT telah mengkhabarkan kpd NabiNya ttg keadaan2 yg bakal berlaku selepas ketiadaan baginda.Antaranya,akan wujudnya para pemimpin yg zalim/penipu.Sesiapa yg menyokong mrk,maka Nabi s.a.w. tidak mengakuinya sbg pengikut baginda dan tidak akan layak meminum telaga di syurga,dlm kata lain,tidak masuk syurga melainkan diazab di atas jenayah sokongan mrk kpd para pemimpin jenis tersebut.Sesiapa yg tidak menyokong dan menolong para pemimpin yg zalim/pembohong pula,maka dia adalah pengikut Nabi dan akan memasuiki syurga. Mukmin yg sebenar akan bimbang dan merasa takut dgn amaran ini.Org2 beriman tidak akan rasa apa2 kalau dipecat dari menjadi ahli mana2 pertubuhan pun,tetapi yg sangat bahaya/menakutkan,apabila kita dipecat dari menjadi pengikut Nabi s.a.w. Di manakah golongan ini akan berhimpun di akhiratnanti,jika Nabi s.a.w. tidak menerima mrk sbg pengikutnya? Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yg wujud sekarang adalah krn tidak melaksanakan syariat ALLAH SWT.FirmanNya dlm Surah Al-Maidah ayat 45 yg bermaksud,"Sesiapa yg tidak berhukum dgn apa yg diturunkan ALLAH,maka mrk adalah org2 yg zalim." Dgn kezaliman yg asas ini,para pewaris Firaun menambahkan lagi kezaliman demi kezaliman dgn membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yg bangun menasihatinya. ....bersambung ===== __________________________________________________ Do You Yahoo!? Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>