*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Sambungan...... Islam datang utk menghapuskan segala bentuk syirik di alam ini. Oleh itu Islam tidak membenarkan fahaman2 syirik itu berkuasa di dunia ini dan merantai manusia dari mengenali dan menghayati ubudiah yg sebenar. Kekuasaan politik di dunia ini mestilah berada di tangan golongan yg beriman. Tidak ada sesiapa yg boleh berkuasa di alam yg dijadikan oleh Allah swt ini selain golongan yg sedia beriman dan mengakui ketauhidan Allah swt serta bersedia pula utk tunduk dan membimbing manusia kpd manhaj hidup yg ditunjukkan olehNya sahaja. Tanggungjawab utk menghapuskan kekuasaan politik syirik di muka bumi ini adalah menjadi tugas dan kewajipan Muslimin terhadap seluruh bangsa di dunia ini. Firman Allah swt di dlm surah Al-Imran ayat 110 yg bermaksud:"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik2 umat yg dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yg baik dan melarang daripada segala perkara yg salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dgn sebenar2 iman). Firman Allah swt di dlm surah al-Nur ayat 55 yg bermaksud:"Allah menjanjikan kpd org2 yg beriman dan beramal soleh dpd kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan org2 yg sebelum mereka khalifah2 yg berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yg telah diredhaiNya utk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadah kpdKu dgn tidak mempersekutukan sesuatu yg lain dgnKu. Dan (ingatlah) sesiapa yg kufur dan ingkar sesudah itu maka mereka itulah org2 yg derhaka." Perbuatan syirik dan kufur adalah satu cabaran langsung dpd manusia yg bodoh terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah swt yg tidak terbatas itu. Ia adalah pengengkaran terhadap segala kurniaan dan nikmat yg telah diberikan oleh Allah swt kpd manusia.Ia adalah kezaliman yg tidak berhujung sebagaimana tidak berhujungnya nikmat Allah swt yg telah diberikan kpd manusia di dunia ini. Mereka yg mati di dlm kekufuran dgn itu tidak akan menerima sebarang keampunan dpd Tuhan utk selama2nya. Firman Allah swt di dlm surah al-Nisa' yg bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa selain dpd itu bagi sesiapa yg di kehendakiNya (menurut aturan syariatNya)". Firman Allah swt di dlm surah Muhammad ayat 34 yg bermaksud:"Sesungguhnya org2 yg kafir dan menghalangi (dirinya dan org lain) dari jln Allah, kemudian mereka mati dgn keadaan kafirnya, maka Allah tidak sekali2 akan mengampunkan mereka." Firman Allah swt di dlm surah al-Maa'idah ayat 72 yg bermaksud:"Bahawasanya sesiapa yg mempersekutukan Allah dgn sesuatu yg lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi org2 yg berlaku zalim." Syirik dan kufur dlm sejarah kewujudan manusia telah mengambil pelbagai rupa dan bentuk. Ia sentiasa diperbaharui dari masa ke masa oleh syaitan yg bekerja utk menjerumuskan manusia ke dlm kesesatan. Corak2 baru bagi syirik dan kufur tersebut apabila tidak disedari dgn segera, telah menjerumuskan ramai manusia ke dlm kesesatan dan penyesalan yg tidak berguna. Firman Allah swt di dlm surah al-A'raaf ayat 17 yg bermaksud:"Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" Firman Allah swt di dlm surah al-Ankabut ayat 38 yg bermaksud:"Dan (ingatlah peristiwa kebinasaan) 'Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum nabi Salih) dan telah pun ternyata kpd kamu sebahagian dari bekas2 tempat kediaman mereka dan kebinasaan mereka yg demikian adalah disebabkan syaitan memperelokkan pada pandangan mereka amal2 mereka (yg jahat itu) lalu ia menghalangi mereka dari jln Allah padahal mereka org2 bijak pandai dan berakal (yg dapat membezakan yg benar dan yg salah). Firman Allah swt di dlm surah al An'am ayat 112 yg bermaksud:"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap2 nabi itu musuh dpd syaitan2, manusia dan jin. Sesetengahnya membisikkan kpd sesetengahnya yg lain kata2 dusta yg indah2 susunannya utk memperdaya pendengarnya. Firman Allah swt di dlm surah Yasin ayat 62 yg bermaksud:"Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan banyak golongan di antara kamu (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?" Seterusnya kewajipan menerangkan bentuk2 kekufuran dan syirik yg berlaku itu dan mempertahankan ajaran Tauhid serta pentaqdisan (pensucian) terhadap Allah swt secara berterusan di kalangan manusia adalah merupakan kewajipan khusus setiap ulama' Islam di dunia ini sama ada ulama' syariat mahu pun ulama' bukan syariat. Firman Allah swt di dlm surah Al-Imran ayat 18 yg bermaksud:"Allah menerangkan (kpd sekelian makhlukNya dgn dalil2 dan bukti2), bahawasanya tiada Tuhan (yg berhak disembah) melainkan Dia, Yg sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dgn keadilan dan malaikat2 serta org2 berilmu (mengakui dan menegaskan juga yg demikian) tiada Tuhan (yg berhak disembah) melainkan Dia, Yg Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana..........bersambung. ===== __________________________________________________ Do You Yahoo!? Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>