*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum semua; semoga sihat walafiat, cukup 
zat galian dan vitamin. 

...Pusing2 punya pusing terjumpalah klinik yang
dicari.  Klinik tu gemar dikunjungi oleh orang2 kampung.
Apa yang istimewanya pun tak tahu - mungkin nostalgic
reason kot.  Oleh kerana terlalu pagi, orang belum ada,
terus dapat masuk.  Muka doktor cina tu macam belum
sarapan.  Maka saya tunjukkan mana sakit anak - tapak
kaki menanah dan berair.  Tanpa banyak soal, gaya macam
expert, doktor bilang "Ini sakit scabies ooo....".
Ubat diberi - siap dengan cecair nak bunuh kutu kulit
kot.  Sebelum keluar sempat jeling tengok kelulusan
doktor ni - dari sebuah University di Taiwan.

Hati rasa tak sedap.  Scabies saya rasa macam kenal.
Saya masih ingat, masa kecil dulu, budak2 sekolah ramai
yang masuk sick-bay pasal scabies - bukan itu macam
punya rupa.  Terus saya pandu kereta kesatu klinik
lain.  

Bila masuk bilik doktor, disambut dengan senyum simpul 
- mungkin doktor melayu ni sudah sarapan.  Di belek2nya
kaki anak saya.  Dia tanya samada ada penyakit lelah
atau tidak.  Aiikk...apasal penyakit lelah yang
ditanya - apa kena mengena lelah dengan penyakit kulit.

Dipendekkan cerita, rupanya dia nak tahu samaada anak
saya alahan atau tidak.  (Khabarnya alahan ni ada
macam2; ada dari pemakanan, sentuhan, dan ubatan -ini
Tuan Doktor boleh cerita panjang). Gelembung2 kecil
yang berair jernih tu adalah disebabkan alahan. Alahan
terjadi pasal body cuba nak keluarkan sesuatu yang
didapati tak serasi.  Bila pecah, kuman masuk dan 
menanah - itu namanya secondary infection.  Alahan tak
ada ubat.  Secondary infection boleh diubat.  Daging
ayam tak payah pantang.....dan sembangnya cukup memberi
manafaat dan mudah difahami oleh orang awam macam
teman.  

Balik rumah, sorang ahli keluarga cerita, doktor
klinik "scabies" tu jugalah yang kata mungkin dia
jantung berlubang semasa dia pergi buat check-up.  Bila
pergi buat follow-up di Hospital besar - tak ada lubang.
Nasib baik tak berlubang kerana terkejut.  

Bila dah tahu punca penyakit,  mudah sikitlah nak
cerita.  Kawal jangan sampai menanah.  Nanti kena
ponteng sekolah lagi. Kalau dah menanah kena ambil
antibiotic - sampai kencing pun berbau ubat. 
Alhamdulillah, sorang teman sarankan pakai antibiotic
cream.  Sejak hari itu, nanah pun jarang terjadi. Pasal
alahan tu masih terjadi tapi tidak seteruk dulu - yang
penting boleh kesekolah. Mungkin lama2 body chemistry
boleh bertukar dan tak alahan lagi, InsyaAllah. Ini
tuan2 Doktor boleh cerita panjang). 

Begitulah adanya, mungkin bermanafaat pada yang ada
bermasaalah serupa.
 
Ibarat menggobek, sesekali tersepit juga tangan dan
terasalah akan sakitnya. Hidup yang tak pernah sakit,
tak dapat menilai nikmat kesihatan. 

Wassalam


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke