dlm.tv3, ada di temuramah seorang pemuda berbangsa india dan beliau senang hati berkata bahawa beliau dipanjangkan umur lebih 10 tahun setelah di jangkiti HIV.apa yang saya ragui adalah mungkin ada pencuba dan penaruh harapan HIV mendabik dada untuk terus mengamal dan menjalani hidup yang tak sepatutnya diterima oleh masyarakat kita.
mungkin beliau adalah salah satu dalam 100,000.00 yang bernasib baik dan mungkin juga beliau telah ditaja oleh penganjur-penganjur yang percaya kepada seks bebas yang membeli ubat-ubatan AIDS (very expensive) untuk beliau.
dalam hal AIDS ini, saya amat simpati dengan golongan yang tak bernasib baik seperti penerima darah yang mengandungi kuman AIDS dan bayi-bayi serta kaum keluarga mereka. tapi jika kesedaran mengenai AIDS hanya tertumpu kepada golongan gay, lesbian dan penagih dadah, saya harap tiada yang akan mengambil kesempatan dan menuding jari ke negara kita bahawa kita ni adalah satu-satu negara islam (sanctuary for the aids victims) yang menghalalkan kegiatan yang terkutuk itu.

wasallam.

Concorde wrote:

  MARINA-MAHATHIR EDAR KONDOM PERCUMA DI KLCC Ramai pihak terkejut apabila kondom-kondom dengan berbagai perasa buah-buahan tempatan (local fruits flavour) seperti perasa durian, perasa belimbing dan perasa nenas telah diberikan secara percuma (di samping dijual) kepada orang ramai termasuk remaja yang melepak di KLCC pada hari Ahad lepas (24 Oktober 1999). Tawaran khas ini dibuat sempena Kongres Antarabangsa Ke-5 mengenai AIDS di Asia Pasifik (ICAAP) yang dirasmikan oleh Dr. Mahathir Mohamad. 

Suatu ketika dahulu  pernah golongan 'sekepala' dengan Marina  membahagikan secara percuma kondom-kondom di Pasar Seni (dulunya Central Market) di Ibu Kota ini  dan telah mencetuskan kontroversi hangat kerana orang ramai berpendapat ianya secara tidak langsung menggalakkan dan menyuburkan aktiviti seks luar nikah di kalangan masyarakat khususnya remaja. Kini kerana usaha ini dinaungi langsung oleh Mahathir dan anak perempuannya, Marina, maka kondom kembali diberikan secara percuma kepada orang ramai dengan perasa istimewa buah-buahan tempatan. 

Malaysia (melalui usaha 2 beranak- Mahathir - Marina) telah berjaya melobi sehingga mendapat peluang menjadi tuan rumah kepada Kongres Antarabangsa AIDS ke-5 ini. Sebelum ini, pihak PBB telah menawarkan kepada Indonesia untuk menjadi tuan rumah kongres tersebut tetapi demi menjaga maruah sebagai negara Islam (kerana terpaksa membenarkan golongan homoseks/lesbian dari seluruh dunia berkunjung ke Indonesia dan juga secara simboliknya membenarkan niat jahat Barat yang cuba  menggambarkan masalah AIDS adalah masalah yang berpunca daripada umat Islam bukan angkara Barat) maka Indonesia menolak tawaran tersebut. Thailand dan Malaysia diberi peluang dan akhirnya ‘berkat’ usaha Marina sebagai Presiden Yayasan AIDS Malaysia dan bapanya, Mahathir telah berjaya mendapat keistimewaan sebagai tuan rumah kongres tersebut. Maka berbondong-bondonglah kaki-kaki homoseks dan lesbian berkunjung ke Malaysia. 

Penyelesaian ala Marina & Mahathir terhadap masalah AIDS bukan secara agama kerana bagi mereka menangani AIDS tiada kena mengena dengan kaedah agama (Islam) walaupun ada pandangan supaya pendekatan agama perlu dalam menangani AIDS dalam kongres tersebut. Guru mereka ialah Barat dan Yahudi. Seks bebas (luar nikah) tidak boleh dihalang kerana itu hak individu tetapi yang penting ialah perlu ada kesedaran tentang perlindungan dan langkah keselamatan seperti penggunaan kondom dan mengelakkan berbilang pasangan seks. Kini ubat untuk melawan AIDS sedang giat dicari semoga akan memberikan kelegaan kepada kaki homoseks dan lesbian untuk meneruskan aktiviti seks mereka tanpa rasa takut lagi kerana ubat sudah ada. 

Rakyat Malaysia di bawah rejim Mahathir juga seharusnya merasa berbangga dan bertuah kerana di bawah pemerintahan Mahathir, aktiviti seks luar nikah begitu mendapat tempat. Selain daripada pembahagian kondom percuma, kerajaan Mahathir juga sedang menyediakan rumah-rumah untuk gadis-gadis mengandung tanpa suami melahirkan anak-anak mereka di suatu tempat yang penuh selamat, selesa di bawah seliaan dan perbelanjaan yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Mahathir. Untuk membiakkan lagi anak-anak haram di bumi Malaysia ini, pelbagai program dan aktiviti hiburan berbentuk maksiat dianjurkan oleh pelbagai agensi dan kementerian dengan peruntukan perbelanjaan yang tiada terhad. Dengan itu diharapkan anak-anak muda ini akan terus hidup hanyut dalam dunia khayalan, noda dan maksiat dan seterusnya tidak menggangu gugat status quo parti pemerintah dalam pilihanraya-pilihanraya umum. 

Tindakan Marina Mahathir mengedarkan kondom secara percuma buat kali kedua dalam sejarah Malaysia ini  membuktikan 'Malaysia Boleh' dan Mahathir & anaknya Marina boleh  meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai negara umat Islam yang pertama di dunia mengedarkan kondom secara percuma.
  WAK REFORMASI
[EMAIL PROTECTED]
   

 

Kirim email ke