*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikum salam!

Ketika kuliah tafsir semalam ustaz ana memulakan
kuliah dgn menyentuh soal indonesia dan Gus Dur.
Beliau rasa amat kecewa krn bgmn rakyat Indonesia
boleh memilih Gus Dur & Megawati sbg pemerintah. Ini
krn menurut teman rapat beliau dari Indonesia bagi org
yg tak kenal Gus Dur pasti mengatakan satu rahmat bagi
Indonesia tetapi sebaliknya ianya merupakan satu Bala.
Ini krn keperibadian Gus Dur amat rendah utk di
katakan sbg Ulama. Malahan beliau tidak mengerjakan
sembahyang pun (wallahua'lam), isterinya tidak menutup
aurat dan yg paling teruk sekali beliau secara terbuka
ingin berbaik2 dgn Yahudi. Mmg beliau pernah belajar
di Scotland dan Mesir tetapi beliau tidak mendapat
apa2 sijil pun. Malahan belaiu di gelar sbg si Buta
dari Gua Hantu diklgn org Indon. Megawati pula lagi
teruk. Beliau hanya berkelulusan setaraf SPM di
Malaysia. Tidak pandai berucap malahan mengambil masa
hampir seminggu utk menghafal ucapan beliau sendiri.
Di besarkan oleh datuknya yg sampai skrg ini masih
lagi beragama HINDu. Bgmana seorg muslim boleh
dibesarkn oleh seorg Hindu dan memimpin ummat Islam yg
lain?

Wallahua'lam

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Assalamualaikum,
> 
> Cerita Gus Dur dan Indonesia ini, kalau nak ditulis,
> memang  boleh dibuat buku. Apa yang kita cuba sentuh
> cumalah sedikit iktibar panduan bersama.
> 
> Terus terang, kita tidak seharusnya meletakkan
> harapan yang tinggi kepada Gus Dur kerana banyak
> tanda-tanda menunjukkan perjuangan menegakkan Islam
> di bumi Indonesia masih lagi jauh daripada sasaran.
> 
> Pun begitu, satu benda yang agak ketara, kerajaan BN
> pimpinan UMNO nampaknya begitu gelisah sekali dengan
> perkembangan terbaru di Indonesia ini. Contoh yang
> paling ketara ialah:
> 
> Tatkala mana Harakah keluaran 25 October 1999
> mengalu-alukan dengan penuh rasa gembira kejayaan
> Gus Dur , Berita Harian keluaran hari yang sama cuba
> memburuk-burukkan Gus Dur dengan menyiarkan beberapa
> berita negetif mengenai beliau.
> 
> Antara yang sempat saya baca:
> 
> Berita Harian keluaran 25/10/99 menyiarkan satu
> article yang antara lain menceritakan bagaimana Gus
> Dur pernah berkata:
> 
> "Penganut Agama Kristian lebih rapat dengan Tuhan
> mereka berbanding dengan penganut Islam, kerana
> penganut Kristian berbisik ketika berbicara dengan
> Tuhan mereka, sedangkan penganut Islam menjerit
> menggunakan pembesar suara ketika berhadapan dengan
> Tuhan "
> 
> Kita tak pasti sama ada Gus Dur pernah bercakap
> demikian, atau pun mungkin dia cuma berlawak sahaja,
> wallah hu aklam.
> 
> Apa-apa pun, Gus Dur walau pun dipanggil ulamak dan
> dianggap sebagai Tuan Guru oleh pengikut-pengikutnya
> tetapi taraf ulamak beliau itu tidaklah mencapai
> tahap ulamak menurut piawaian masyarakat kita.
> Contoh yang paling ketara, beliau tanpa was-awas
> terus memegang erat tangan Megawati selepas Megawati
> diiytiharkan menang jawatan Naib Presiden, sambil
> berkata:
> 
> "Saya bersama-sama Megawati hari ini menyambut
> kemerdekaan negara kita kali ke-dua selepas Sukarno
> mengisytiharkannya pada tahun 1945" [FEER 28/10/99]
> 
> YA, KITA JUGA INGIN MELIHAT PEMIMPIN BARISAN
> ALTERNATIF MEMBUAT UCAPAN YANG SAMA SEKIRANYA BA
> MENANG KELAK, TETAPI KITA TENTUNYA TAK INGIN MELIHAT
> USTAZ FADZIL MEMEGANG TANGAN DR WAN AZIZAH SEPERTI
> MANA YANG DILAKUKAN OLEH GUS DUR TERHADAP MEGAWATI!!
> 
> [Pointnya - ada benda yang kita boleh pelajari dari
> Indonesia, ada yang tidak]
> 
> Saya cuba membuat sedikit research mengenai
> latarbelakang politik Gus Dur; antara banyak-banyak
> perangai dan fe'el dia, cuma satu yang saya rasa
> amat wajar ditonjolkan kepada umum, terutamanya
> kepada para pemimpin Barisan Alternatif.
> 
> Saya melihat sepanjang perjalanan Gus Dur ke persada
> pemerintahan negara, dalam banyak hal, beliau lebih
> gemar mengambil jalan tengah, cuba menjadi 'orang
> tua' sebagai perantara antara berbagai kumpulan
> tatkala mana suasanan politik, ekonomi dan
> ketenteraman awam Indonesia berada dalam keadaan
> tegang.
> 
> Dalam konfrontasi pertengahan November tahun lalu di
> antara tentera kerajaan dan penunjuk2 perasaan, yang
> menolak legimitacy atau kesahihan kerajaan BJ
> Habibie yang mengambil alih pemerintahan selepas
> kejatuhan Suharto; pada mulanya tidak ada mana-mana
> pemimpin yang sanggup mengambil risiko untuk ke
> hadapan bagi mententeramkan keadaan.
> 
> Sebaliknya, yang berlaku ialah kemunculan beberapa
> kumpulan radikal bangun untuk memimpin gerakan
> rakyat. Mereka berjaya menghimpun beribu-ribu orang
> pelajar untuk terus berdemo bagi menggagalkan
> kerajaan Bj Habibie yg dilihat mereka sebagai
> kroni-kroni kepada Suharto. Contohnya, beribu-ribu
> orang turun menunjuk perasaan menentang Sessi Khas
> persidangan parlimen kerajaan BJ Habibie daripada
> berlansung.
> 
> Apabila pelajar-pelajar ini diserang oleh
> gangster-gangster yang dilatih khas oleh pihak
> tentera (yang menembak mati 6 orang penunjuk
> perasaan di Jambatan Semanggi, Jakarta, hampir
> sejuta orang turun untuk membantu mereka. Ini
> menyebabkan kerajaan BJ Habibie yang tersedia lemah
> menjadi bertambah nazak. [Sumber: Berita ANTARA].
> 
> Dalam suasana yang sedemikian, negara Indonesia
> berada dalam keadaan yang penuh chaos, huru hara,
> lintang pukang dan teramat nazak sekali.
> 
> Maka, di kala itu, di kala mana tidak ada
> pemimpin-pemimpin politik yang berani ke hadapan,
> lalu muncullah Gus Dur cuba menyelamatkan keadaan.
> Kalau mahu, beliau boleh terus saja bersama-sama
> dengan kumpulan pelajar-pelajar berkenaan, tetapi
> beliau tidak berbuat demikian; sebaliknya beliau
> meminta semua pihak supaya berdamai - bukan setakat
> berdamai dengan kerajaan boneka BJ Habibie tetapi
> juga berdamai dan memaafkan Suharto.
> 
> Akhbar Kompas keluaran Dec 7 melaporkan bahawa bagi
> Gus Dur cara untuk mencegah daripada berlakunya
> Revolusi sosial ialah dengan mewujudkan persefahaman
> antara kesemua kumpulan yang berbalah, tak kira sama
> ada mereka di sebelah kerajaan atau bukan kerajaan.
> 
> Ada di antara penyokong2 Gus Dur sendiri yang tidak
> menyenangi cara approach beliau ini; begitu juga
> dengan kumpulan-kumpulan pelajar yang selama ini
> berusaha untuk menjatuhkan Suharto dan kroninya.
> Pelajar-pelajar ini menjadi bertambang bingung
> apabila mereka pula dimarahi Gus Dur ketika
> berkunjung ke rumah beliau untuk bertukar pandangan.
> 
> 
> Kejadian ini berlaku tatkala sekumpulan Mahasiswa
> berkunjung ke rumahnya di Ciganjur pada 5/1/99.
> 
> [rujuk http://www.hidayatullah.com]
> 
> <cut>
> Gus Dur bahkan membentak-bentak sambil
> menunjuk-nunjuk sekelompok mahasiswa di hadapannya. 
> "Sampeyan itu sombong! Kenapa sampeyan tidak mau
> mendengarkan yang lebih tua!" Gus Dur memang sedang
> meledak. Marahnya tidak main-main. Dan itu terjadi
> saat serombongan mahasiswa menemuinya di  Ciganjur,
> Selasa (5/1/1999) menjelang buka puasa. "Ini
> kebudayaan Indonesia, mas! Bukan kebudayaan Barat!"
> lanjut Gus Dur. Gus Dur bahkan sempat menyuruh pergi
> sekelompok mahasiswa itu, "Sombongnya itu! Kalau
> nggak mau silakan pergi! Ini rumah saya! Saya terus
> terang marah! Saya terus terang marah! Saya berpikir
> dan berkorban untuk bangsa ini dan sampeyan
> mengampangkan!"
> 
> Sebelumnya sekelompok mahasiswa itu tergabung dalam
> Front Perjuangan Pemuda Indonesia (FPPI). Yang
> membuat Gus Dur  marah, bermula dari pertanyaan
> seorang anggota FPPI soal manuver politik Gus Dur
> yang bertemu dengan mantan presiden  Soeharto.
> Menurut mahasiswa, rakyat mengalami Kebingungan
> akibat manuver Gus Dur tersebut. Mahasiswa juga
> menganggap Gus Dur tidak "turun ke bawah" dan tidak
> melihat aspirasi yang berkembang di dalam
> masyarakat.
> 
> Menanggapi tuduhan tersebut, Gus Dur menyatakan
> bahwa dia selama ini selalu "turun ke bawah". Gus
> Dur juga mengatakan bahwa penegakan hukum dan
> keadilan harus disertai dengan "wisdom". Gus Dur
> juga mengecam kata-kata yang sering digunakan
> mahasiswa dalam aksi-aksi demonya, seperti "Seret
> Soeharto ke Pengadilan". Menurut dia kata-kata
> tersebut tidak sepantasnya diucapkan kepada orang
> tua.
> 
> Menurut Gus Dur, saat ini Soeharto masih bermain
> sehingga kita semua harus hati-hati. Berhati-hati
> menurut Gus Dur bukan berarti menyerah, "Hati-hati
> tapi tidak menyerah", lanjutnya. Gus Dur mengatakan
> bahwa sesungguhnya dia sangat jengkel dengan
> Soeharto, "Tahun 1994 Soeharto menyuruh Hartono ke
> Cipayung  dan menggagalkan saya jadi ketua.
> 
> <cut>
> 
> ITULAH SEDIKIT SEBANYAK SIFAT GUS DUR DAN CARA
> PERJUANGAN BELIAU - WALAU PUN NAMPAK LIBERAL TAPI
> BEGITU TEGAS DALAM SESETENGAH KEADAAN.
>  
> 
=== message truncated ===


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chenorian <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke