*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[EMAIL PROTECTED] wrote:

(keratan).......

Pun begitu, dalam isu menegakkan ketuanan Islam di
bumi Indonesia, kita
janganlah terlalu mengharap. Kejadian terbaru di
Pakistan seharusnya
menjadi tauladan. Tatkala mana Jen Musharraf mengambil
alih
pemerintahan Pakistan daripada tangan Nawas Shariff,
ada di antara kita
yang terus melompat kegembiraan kerana nostalgia lama
Jen Zia Ul-haq
sebagai seorang pejuang muncul kembali dalam ingatan -
tetapi
sebaliknya pula yang berlaku:

"Tak sampai sebulan Jen Musharraf memerintah Pakistan,
pemimpin utama
kumpulan Jamiat El-Islami telah dikena perintah buang
daerah kerana
mencabar Jen Musharraf yang cuba menyebarkan ajaran
Kemalism (Kamal
Altartuk) di Pakistan".

(keratan)
-----------------------------------------

Assalamualaikum,

Sekadar ingin memberikan sedikit pandangan.

Sebenarnya  tampuk pemerintahan Republik Islam
Pakistan sentiasa bergolak dari awal penubuhannya.
Tampuk pemerintahan sentiasa bertukar antara pemimpin
dari Wilayah Sind dan Wilayah Punjab. Bhutto misalnya
dari Sind, sementara Zia dari wilayah Punjab.

Pakistan itu sendiri terdiri dari 4 wilayah iaitu
Sind, Punjab, Baluchistan dan Northern Frontier. Kita
jarang sekali mengenali wajah orang Pakistan dari
wilayah Baluchistan dan Northern Frontier. Orang
Baluchistan lebih mirip macam orang Iran, manakala
orang Northern Frontier adalah hampir sama dengan
orang Afghan (berbahasa Pashtun) 

Terdapat satu lagi kaum yang menggelar diri mereka
Qaum E-Muhajir yg merupakan orang Islam yg berasal
dari seluruh pelosok India, yang sanggup berhijrah
semata-mata untuk mendapatkan satu pemerintahan yang
berasingan dari Hindu sebelum berpecah dari India pada
tahun 1947. Di sinilah munculnya perkataan PAK yang
membawa maksud "suci." Orang Islam di benua India
menganggap bahawa  menubuhkan  sebuah negara yg
diperintah oleh orang Islam sendiri merupakan   satu
perjuangan yg suci.

Namun di tengah semangat menggelarkan diri mereka
Republik Islam Pakistan, mereka terus berpecah dengan
berbagai perbezaan seperti mazhab Sunni dan Syiah,
golongan Brailwey ( asyik selawat ke sana-sini), ahlul
hadith, dan lain-lain lagi. Mereka juga masih
dipisahkan oleh perbezaan dari suku kaum.

Pun begitu mereka sentiasa mempunyai semangat
perjuangan yg kental untuk menegakkan Islam walau di
mana mereka berada.Pakistan tertegak atas  dasar
agama.  Tidak hairanlah kalau kita melihat mereka yg
berada berhampiran dengan sempadan Afghan turut
berjuang menentang tentera kufar Rusia. Yang berada di
sempadan India seperti di Kashmir misalnya, mereka
tetap membantu saudara-saudara Islam yg ditindas oleh
Hindu India.

Jika Musharraf mempunyai cita-cita utk  melawan arus
kebangkitan Islam di Pakistan dan ingin mencontohi 
Kamal Ataturk yg durjana itu, by the will of Allah,
dia juga pasti akan tersungkur...................

Wassalam

KU MED

p/s

Bila lagi nak dengar nama Republik Islam Indonesia?

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke