*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih saudari juliana kerana memberikan pengakuan yang berani
ditengah-tengah penyokong PAS.  Saya pasti saudari tidak akan dikritik
teruk selepas ini oleh gentleman-gentleman dalam PAS ini kerana ahli
PAS sejati sentiasa ingin menunjukkan jalan yang benar yang patut
diambil oleh orang-orang seperti saudari.  Jika ada yang mengutuk
saudari selepas ini anggaplah bahawa mereka belum memahami perjuangan
PAS.

Saya masih ingat sebulan atau dua bulan yang lepas ada seorang netter
menulis bahawa, tuduhan UMNO terhadap PAS bahawa PAS tak mungkin akan
dapat memerintah dengan baik samalah seperti memberitahu seorang lelaki
bujang bahawa dia tidak akan dapat menghasilkan seorang anak.  Sebelum
dia kahwin bagaimana kita tahu bahawa orang itu akan dapat memberikan
zuriat atau tidak.  Sebeleum kita melantik seseorang itu menjadi
pemimpin, bagaimana kita boleh tahu bahawa orang itu tak boleh
memimpin.  

Saudari, para pemimpin PAS adalah orang-orang yang telah dipilih oleh
ahli-ahli PAS dalam satu proses pengundian.  Bagaimana mereka akan
mengundi jika mereka tidak tahu kredebiliti pemimpin yang akan dipilih
itu?  Ahli-ahli PAS hanya akan memilih orang yang pasti dan terbukti
boleh memimpin sahaja.  Ingatlah bahawa pemilihan dalam PAS adalah
bersih.  Setiap calon yang bertanding semata-mata bergantung kepada
kredibiliti dan populariti mereka.  Mereka tidak ada wang untuk
diberikan kepada para pengundi untuk disogokkan supaya mengundi mereka.
 Cuba saudari bandingkan fenomena ini dengan UMNO.  Saudari sudah lama
berada dalam UMNO, membesar dalam UMNO dan hidup dalam keluarga UMNO. 
Apa terjadi pada setiap kali pemilihan pucuk pimpinan samada di
peringkat cawangan, bahagian hatta diperingkat pusat?  Ada-ada sahaja
habuan dari calon, bukan?  Perkara itu langsung tidak terjadi dalam
PAS.

Saya pernah memegang jawatan dalam salah satu dewan dalam sebuah
kawasan(dalam UMNO disebut bahagian).  Saya boleh senang-senang menang
dengan undi yang banyak.  Sesenpun saya tak perlu berikan kepada
pengundi saya.  Bila saya berpindah, saya terpaksa menyorok dan
mendiamkan diri supaya tidak terpilih lagi oleh kerana saya mengambil
keputusan untuk bergerak mengikut cara saya sendiri.  TApi mungkin masa
tak kena, saya kena juga tunjukkan muka.  Tak boleh tahan bila orang
bangkit saya pulak tidur.

Saudari, mungkin saudarai admire keperibadian yang tegas dan garang. 
Peribadi yang apabila keluar perkataan dari mulutnya orang gerun, bila
dia bercakap orang diam, bila mengarahkan orang patuh.  Peribadi yang
begitu tidak semestinya menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang baik. 
Pemimpin yang baik ialah bila dia berkata orang hormat, bukan takut. 
Berada di sampingnya orang tenang bukan gerun.  Bila dia meminta
sesuatu dilaksanakan orang ingin melakukan kerana sayangkan dia, bukan
sebab terpaksa patuh padanya semata-mata kerana dia ketua.

Juliana, bagaimana kita boleh mengatakan PAS tidak tahu memerintah
sebelum kita tahu apa perancangan PAS untuk masa depan negara?  Mari
kita ambil issu pendidikan.  Berapa usia saudari sekarang?  28 tahun. 
Saya tak tahu samada saudari sudah mempunyai anak atau belum.  SAya
doakan suatu hari nanti saudari akan mempunyai anak-anak yang cerdik
dan berguna.  Berapa agaknya akan saudari habiskan untuk pendidikan
anak-anak sehingga tamat belajar.  Kalau ikut iklan TV RM1juta.  Zaman
sekarang bukan macam dulu lagi dimana semuanya percuma.  Semasa negara
kita miskin dulu kita dapat segalanya percuma, bila negara kita kaya
segalanya sudah mahal.  Yang saya tahu yuran pengajian di Universiti
MultiMedia dan Unversiti Tenaga Nasional iaitu dua buah uni swasta
ialah RM12,000 setahun.  Jangan takut sebab semuanya akan mendapat
pinjaman yang mereka terpaksa bayar sebanyak RM400.00 sebulan apabila
tamat belajar nanti.  Masa nak daftar masuk uni tu tahu berapa banyak
kena bayar? he he he, pi tanya budak-budak UMM dan UNITEN.  Sampaikan
orang kampung kena balik semula sebab terkejut sakan bila dengar
jumlahnya.

Apa perancangan PAS untuk mendidikan?  Kita akan balik asal.  Ni nak
kena pi cari buku manifesto yang baru dilancarkan.  CAri jangan tak
cari.  Kenapa PAS boleh buat pendidikan percuma, jalan percuma,
hospital percuma sedangkan kerajaan BN buat uni swasta, jalan bertol
dan hospital swasta?  Cara yang digunakan oleh BN ialah berhutang untuk
nampak grand.  CAra yang akan digunakan oleh PAS ialah mengurangkan
hutang yang sedia ada.  Bila dah jelas semua hutang-hutang tersebut,
kita tak akan ada hutang baru.  Kalau terpaksa juga, kita tak akan ada
projek yang grand, hanya sekadar kemampuan kita.

Saudari pernah guna kredit card?  Alhamdulillah jika saudari tak ada
credit card.  Orang yang ada kredit card ni nampak bergaya sebenarnya
merana.  Dia boleh beli macam-macam dengan credit cardnya, tapi
Astaghfirullah hutang sekeliling pinggang. siapa yang nak jelaskan
hutang dia?  Anak-anak? Tadak dapat bayar kalo, declare bankrupt. Bila
dibandingkan dengan orang yang tak ada credit card, orang tu nampak
biasa je, tapi hutang tadak.  Yang mana satu Juliana kategorikan
sebagai smart man?

OKlah telefon dah berdering-dering ajak balik.  Saya chow dulu.



--- juliana <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Assalamualaikum kepada semua warga hizbi.
> 
> Saya ingin memberikan pandangan saya berkenaan kemelut politik di
> negara
> kita ini.
> 
> Ramai org tua- muda hangat memperkatakan isu politik, Mahathir,Anwar
> dan
> macam macam lagi.
> Saya dibesarkan dlm kelompok UMNO di mana arwah datuk saya adalah
> angkatan
> pertama yang membawa bendera UMNO tatkala zaman Onn Jaafar, ibu saya
> juga
> adalah bekas Ketua wanita UMNO di bahagian Batu Pahat dan bapa
> saudara saya
> masih lagi menjawat jawatan penting di dlm organisasi UMNO. 
> 
> Telah 28 thn saya hidup di bumi Allah ini dan apa yang saya dapat
> perhatikan adalah pertumbuhan, kemajuan negara yang telah dibangunkan
> di
> zaman permerintahan UMNO sebagai kerajaan pusat.Alhamdulillah. Tiba
> tiba
> saya dikejutkan dengan berita saudara Anwar dipecat dihukum dengan
> alasan
> yang cukup jelek. Saya terduduk.. Betulke?? Ye ke??
> 
> Kemudian saya mengikuti sejarah perbicaraannya.. Sungguh
> mengecewakan. Hari
> demi hari, saya dapat perhatikan bahawa rakyat mula menentang
> kerajaan
> UMNO,menentang pucuk pimpinan parti.
> 
> Persoalannya sekarang adakah UMNO bersalah??
> 
> UMNO diterajui oleh persident, naib president dan ahli ahli
> parlimennya.
> Pada pandangan saya UMNO cumalah sebuah kerajaan parti yang
> dahulukalanya
> diterajui oleh pahlawan negara yang menjadi contoh kepada rakyat,
> tetapi
> sekarang iannya telah dipimpin oleh seorg diktator yang mahukan
> segala
> galanya sehingga lupa bahawa hari makin senja..
> 
> Saya cukup tertarik dengan tulisan dr salah seorg netter di dlm email
> ini,
> yg mengatakan kita semua ini ibarat menaiki bas express, tetapi bas
> itu
> telah membawa penumpang denagn cara berbahaya.. jadi kita cuma perlu
> tukarkan driver bas dan kelidannya sahaja.. Bas tetap sama.. masih
> bas
> express yang itu jugak. Samalah juga iramanya dengan politik di dilm
> UMNO,
> disebabkan seorg dua yang membawa `bas' dengan cara yang amat
> berbahaya
> ianya telah mengancam keselamatan `penumpangnya'. Dan paling
> menyedihkan
> sekali `pemandu bas' itu telah memegang tiket bas dan jika didapati
> sesiapa
> yg membantah cara ianya memandu penumpang itu tentunya dihumban
> keluar dari
> bas itu. Amat Menyedihkan....
> 
> Saya berada di persimpangan di mana saya amat buntu untuk membuat
> keputusan
> yang tepat, Saya perlukan org yang boleh tegakkan pandangan beliau di
> persada antarabangsa mengenai ekonomi seperti Mahathir,org yang boleh
> bersuara yakin didlm membahaskan isu industri seperti Rafidah.
> Kemudian
> saya terfikir semula adakah org seperti itu di dalam kerajaan Pas dan
> parti
> alternatif yang lain. Saya juga terfikir bolehkah Nik Aziz
> membahaskan isu
> isu kemelut ekonomi di dlm persidangan antara bangsa? Saya masih di
> dlm
> kesamaran...
> 
> Saya adalah anak kecil yang masih tercari cari jawapan didlm soalan
> saya
> ini. Pastinya saya tidak mahu melihat UMNO terus terusan bernasib
> sebegini
> yang hanya dimonopolikan oleh org2 tertentu, apa yg saya idamkan
> adalah
> UMNO dipimpin oleh org yg boleh tegakkan undang2 negara justera
> undang2
> Islam, yang mahir didlm bidang ekonomi, yang boleh bersikap adil dan
> saksama,yang boleh manjadikan motto `bersih,cekap dan amanah' sebagai
> landasannya.
> 
> Ini adalah pandangan saya yang masih amateur di dlm bidang politik
> tanah
> air. Tiada niat bagi saya utk menyentuh peribadi seseorg..diharapkan
> tiada
> siapa yg ambil hati..
> 
> masih tercari cari.....
> 
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: juliana <[EMAIL PROTECTED]>
> 


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke