*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini adalah pendedahan rancangan jahat Murad di Laman Mahazalim pada
23/09/99. Ini tentu sahaja salah satu bukti kensipirasi penganayaan DSAI.
Berita rerbaru ttg pendedahan ex-Gabenor BNM terbukti juga satu
konsipirasi. 

DSWA Kena Hati-Hati Dengan Perancangan Jahat Terbaru Ini!


Kepada seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran,  Sebagai
seorang warganegara yang perihatin dan cintakan
negara saya merasa  bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang berlaku
yang melibatkan maruah  dan nama baik negara.
Setiap rakyat harus mempunyai perasaan cinta kepada  negaranya sendiri.
Ini juga seiring dengan tuntutan agama. Atas alasan 
itulah saya memberanikan diri untuk menulis berita ini bagi tatapan setiap
warganegara Malaysia tercinta. Walaupun saya tahu
akan risiko yang akan saya hadapi diatas tindakan saya ini. 

Untuk makluman semua saya mempunyai kenalan yang rapat dengan pihak polis,
pihak pejabat peguam negara dan juga Bank
Negara Malaysia atas sebab  tugas-tugas rasmi saya. Maklumat yang saya
terima pada pagi ini (23  September 1999) jam
7.30 pagi cukup memeranjatkan saya. Kenalan-kenalan rapat saya ini melalui
seorang teman rapat yang diminta untuk 
menyampaikan  mesej ini untuk tindakan segera dari pihak saya. Mereka
mengetahui bahawa saya boleh membantu untuk
menyebarkan maklumat penting ini. 

2 hari lepas (21 September 1999), YAB Perdana Menteri telah memanggil
seorang tokoh koperat ternama yang juga kenalan 
Dato Seri Anwar Ibrahim untuk soal siasat. Pertemuan itu dibuat dengan
arahan YAB Perdana Menteri. Tokoh ini
kemudiannya ditunjukkan fail-fail salah laku perdagangan yang melibatkan
peraturan kewangan dan perdagangan Bank Negara
Malaysia. YAB Perdana Menteri  memberitahu tokoh ini beliau akan dibantu
untuk keluar dari masalah ini  sekiranya mahu
bekerjasama dengan beliau (PM). Tokoh ini kemudiannya diminta untuk
membuat pengakuan bahawa beliau ada menerima
wang dari Dato  Seri Anwar sebanyak RM200 juta untuk membantu membiayai
Parti Keadilan Nasional yang dipimpin oleh
isteri Dato  Seri Anwar. Wang ini  adalah wang sogokan ketika Dato Seri
Anwar masih dalam kabinet. Saya juga dimaklumkan
bahawa tokoh ini juga mempunyai hutang peribadi dan syarikat  yang
berjumlah lebih RM100 juta juga. Keadaan ini
benar-benar memerangkap beliau dan ini merupakan strategi biasa yang
dijalankan oleh YAB Perdana Menteri. 

Saya juga dimaklumkan bahawa dalam tempoh beberapa hari lagi tokoh ini
akan  ditahan dan dihadapkan kemahkamah atas
tuduhan rasuah dan beliau akan membuat pengakuan bahawa ada menerima wang
sebagaimana disebutkan di atas dari Dato 
Seri Anwar. Diatas sebab pengakuan ini beliau akan diselamatkan dari
segala masalah bebanan hutang dan tindakan dari pihak 
Bank Negara. 

Pengakuan beliau ini akan digunakan untuk mengeluarkan waran tangkap
terhadap saksi utama kes ini iaitu Datin Seri Wan 
Azizah Presiden keADILan kerana dikatakan telah menerima wang sebanyak
RM200  juta dari tokoh berkenaan. Datin Seri 
Wan Azizah akan ditahan untuk soal siasat untuk beberapa ketika tanpa
dibenarkan ikat jamin. Keadaan ini akan menimbulkan
keresahan dan kelam kabut di rumah Datin Seri terutamanya anak-anak yang
kehilangan ibu mereka  yang sebelumnya telah
terpisah dengan bapa mereka. 

Keadaan akan bertambah buruk apabila maklumat yang diterima dalam siri
perancangan yang sama pihak berkuasa akan 
menahan sdri Nurul Izzah Anwar dibawah akta polis kerana terlibat dengan
perhimpunan haram dan rusuhan pada 19/9/99 di
masjid negara. Sdri Nurul Izzah didakwa kerana turut terlibat secara aktif
dan memberikan ucapan yang ditakrifkan sebagai
menghasut perhimpunan tersebut. Keadaan ini akan menyulitkan lagi keluarga
Dato  Seri Anwar kerana yang tinggal adalah 
anak-anak yang masih kecil. Atas sebab kesulitan ini satu pasukan khas
akan  ditubuhkan kononnya berkecuali dan dari pihak
keselamatan akan ditugaskan  untuk mengawasi keselamatan anak-anak yang
ditinggalkan ini. Pasukan khas ini memang dilatih
khas dengan tugas-tugas yang cukup khas dalam menanggani  masalah
anak-anak Dato Seri Anwar yang tinggal iaitu 4 orang 
perempuan (Nurul Nuha, 16, Nurul Iman, 12, Nurul Ilham, 9 dan Nurul Hana,
7)  dan seorang lelaki (Muhammad Ihsan, 14 
tahun). 

Tugas khas ini ialah untuk merosak dan memalukan keluarga Dato Seri Anwar
dengan apa cara sekalipun dengan tujuan
memberikan tekanan mental dan fizikal kepada beliau dan isteri supaya
menyerah kalah dan menghentikan usaha menentang
YAB Perdana  Menteri. Arahan-arahan berikutnya akan diberikan. Segala
perbuatan dan tindakan akan dilindungi oleh pihak 
atasan. 

Saya mengharapkan dengan pendedahan ini semua pihak dapat melakukan
sesuatu sebelum satu kejadian yang paling buruk
dan menghina kita sebagai bangsa Malaysia dilakukan oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab ini. Dengan apa yang
telah mereka lakukan kepada saksi-saksi pendakwa sebelum ini dalam kes
Dato Seri Anwar mereka akan boleh melakukan
dengan lebih jijik lagi. Saya sangat mengharapkan agar kita dapat
menghentikan  perbuatan ini dengan segera dan saya meminta
dan merayu agar pihak-pihak  yang terlibat atau yang akan dilibatkan untuk
insaf bahawa kita juga punya  keluarga, isteri dan
anak-anak. Ingatlah bahawa kita juga manusia yang akan mati dan akan
menghadap Tuhan. 
  

Dari Forum Gerak Reformasi 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke