*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


---------- Forwarded message ----------
Date: Sun, 31 Oct 1999 00:58:10 +0800 (MYT)
From: [EMAIL PROTECTED]
To: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [reformasiUTM] Mahasiswa MENOLAK MPPK (fwd)



---------- Forwarded message ----------
Date: Sun, 31 Oct 1999 00:39:52 +0800 (MYT)
From: [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: [reformasiUTM] Mahasiswa MENOLAK MPPK (fwd)



---------- Forwarded message ----------
Date: Thu, 28 Oct 1999 10:12:26 GMT
From: EY Cool <[EMAIL PROTECTED]>
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: [reformasiUTM] Mahasiswa MENOLAK MPPK

From: "EY Cool" <[EMAIL PROTECTED]>

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA
Edisi 21

Mahasiswa MENOLAK Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) : Suatu 
Analisis


Pada 20 Oktober 1999, Majlis Pelajar Malaysia (MPM) yang dianggotai oleh 
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Barisan Bertindak 
Mahasiswa Negara (BBMN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), 
Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Gerakan Mahasiswa 
Lantang Negara (GMLN), Gerakan Pemuda Insaf (GAPI), Kelab Rakan Siswa Islah 
Malaysia (KARISMA) dan Sekretariat Pelajar Persatuan Ulama Malaysia (SSPUM) 
telah sebulat suara menolak penubuhan MPPK yang dicadangkan Timbalan Perdana 
Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Melalui kenyataan media pada 21 Oktober 1999, MPM dengan tegas menyatakan 
pendirian mahasiswa yang enggan menerima gimik politik parti pemerintah 
tersebut.

Drama MPPK bermula dengan demonstrasi mahasiswa di Universiti Malaya pada 8 
Oktober 1999. Datuk Seri Abdullah mengambil tindakan luar biasa yang tidak 
pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin parti pemerintah untuk bertemu dan 
memberi respon kepada lebih 300 orang mahasiswa yang berhimpun secara aman.

Tindakan beliau ini menimbulkan tandatanya terutamanya apabila beberapa 
orang yang berada di dalam perhimpunan itu memegang kain rentang yang 
tertulis “Mahasiswa U.M menyambut pemimpin alaf baru.” Namun mereka ini 
dikenalpasti sebagai bukan mahasiswa Universiti Malaya. Kain rentang dengan 
kata-kata sebegini bukan ciri biasa di dalam mana-mana demonstrasi mahasiswa 
sekalipun.

Bagaimana Pak Lah begitu bersedia untuk bertemu dan memberi ucapan dalam 
perhimpunan tanpa permit sebegini. Mungkinkah semuanya telah dirancang 
sebagai helah media untuk cuba menunjukkan bahawa Pak Lah Diterima oleh 
mahasiswa?

Walaubagaimanapun pentadbiran universiti dan Menteri Pendidikan (yang jelas 
kelihatan tidak senang dengan kejadian tersebut) menjanjikan tindakan keras 
ke atas mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan aman tersebut.

Apakah Pak Lah cuba memainkan watak ‘orang baik’ dan memaksa Najib mengambil 
watak ‘orang jahat’. Sekali lagi imej Pak Lah sebagai rasional dan bersedia 
bertemu mahasiswa ditonjolkan sedangkan imej Najib ditonjolkan sebagai 
melatah dan keras terhadap mahasiswa.

Media Stunt ini diteruskan pada 16 Oktober apabila Pak Lah mengadakan 
pertemuan dengan 35 mahasiswa di Putrajaya. Pak Lah mendakwa 35 pelajar ini 
adalah pemimpin mahasiswa sedangkan beliau sendiri mengaku tidak mengenali 
mereka sebelum itu (Utusan Malaysia 23 Oktober). Jika beliau tidak mengenali 
mereka bagaimana Pak Lah boleh yakin bahawa mereka pemimpin mahasiswa yang 
mewakili aspirasi dan hasrat mahasiswa secara keseluruhan.

Pemimpin dua organisasi mahasiswa – BBMN dan GAMIS hadir pada pertemuan itu 
kerana percaya bahawa organisasi pelajar lain seperti PKPIM dijemput bersama 
untuk menghadiri perbincangan tersebut. Ini ternyata meleset apabila yang 
hadir hanya dari Pemuda Negara dan Pemuda Warisan (kedua-duanya organisasi 
baru dengan keahlian tidak melebih 20 orang; dari segi nama sekalipun mereka 
mewakili pemuda dan bukan mahasiswa).

Malahan seorang ahli MCA Johor, Quek Yee Ming turut hadir bersama-sama 
rakan-rakannya dengan mendakwa mewakili pelajar Cina melalui Patriotic 
Graduate Students Group sedangkan beliau bukan lagi seorang mahasiswa tetapi 
peguam yang partisan kepada MCA. Wakil-wakil BBMN dan GAMIS tidak memberikan 
sebarang persetujuan kepada penubuhan MPPK. Setelah tersiarnya kenyataan Pak 
Lah mengenai penubuhan MPPK, Majlis Pelajar Malaysia (MPM) mengambil 
inisiatif memanggil pertemuan organisasi-orgasnisasi utama pelajar termasuk 
BBMN dan GAMIS untuk membincangkan dan mengambil pendirian bersama berkenaan 
isu ini.

Akhirnya selepas perbincangan dan penilaian mendalam, kesemua pemimpin 
organisasi yang hadir mencapai keputusan sebulat suara pada 20 Oktober untuk 
bergabung di dalam MPM dan mengambil pendirian menolak MPPK. Dengan 
penggabungan ini bermakna MPM mewakili mahasiswa IPTA dan kebanyakan IPTS.

Ini kerana PKPIM sendiri mempunyai lebih 70 000 orang ahli di IPTA dan IPTS; 
BBMN pula menggabungkan semua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti 
Awam yang dipilih melalui pilihanraya kampus oleh mahasiswa setiap 
Universiti; GAMIS pula menggabungkan semua Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) 
di setiap Universiti Awam Semenanjung Malaysia. Tiga organisasi ini sahaja 
mewakili keseluruhan mahasiswa IPTA dan sebahagian besar mahasiswa IPTS. 
Mengambilkira lima organisasi lain yang bersama menjadikan MPM sebagai 
satu-satunya gabungan yang mewakili majoriti terbesar mahasiswa Malaysia.

Majlis Pelajar Malaysia mengambil pendirian bersama menolak MPPK kerana 
yakin bahawa penubuhan MPPK hanya gimik politik parti pemerintah untuk cuba 
menggambarkan seolah-olah mahasiswa menyokong mereka.

Pemikiran sempit Pak Lah dan Barisan Nasional dikuasai kerakusan sehingga 
mahu memperalatkan semua cabang kerajaan dan masyarakat termasuk mahasiswa 
demi memperkuatkan kedudukan mereka menjelang pilihanraya yang semakin 
hampir.

Penubuhan MPPK sebenarnya adalah cubaan berniat jahat untuk menyempitkan 
ruang mahasiswa bergerak kerana setiap perkara yang perlu disuarakan akan 
terpaksa dilakukan melalui MPPK. Ini akan menyukarkan mahasiswa membuat 
pendirian bebas krana pastinya pihak-pihak berkepentingan dan berkuasa akan 
cuba mempengaruhi dan mengawal MPPK.

MPPK tidak akan mampu memenuhi hasrat dan kehendak mahasiswa kerana apa jua 
perundingan yang dilakukan melalui MPPK tidak akan membawa sebarang hasil 
terutamanya apabila Menteri Pendidikan sendiri membuat kenyataan pada 19 
Oktober bahawa pemerintah tidak akan mengubah dasar mengenai ISA dan AUKU.

Apabila seorang menteri kanan yang juga Naib Presiden UMNO (parti utama 
dalam pakatan pemerintah) membuat kenyataan sebegini, pastinya ia 
mencerminkan pendirian kerajaan.

Oleh yang demikian, bagaimana MPPK mampu berfungsi sedangkan pemansuhan AUKU 
telah dan akan terus menjadi agenda utama mahasiswa; tetapi hasil sebarang 
perundingan melalui MPPK telah diketahui iaitu kerajaan berkeras untuk tidak 
memansuhkan mahupun meminda AUKU.

Pemerintah nampaknya cuba menggula-gulakan mahasiswa dengan gambaran 
seolah-olah mereka sedia berunding tetapi sebenarnya mereka tidak berhasrat 
membuat sebarang perubahan tetapi hanya mahu mahasiswa mengubah pendirian 
kepada menyokong mereka.

Semua ini tidak akan berjaya kerana mahasiswa akan terus bersikap 
non-partisan dan akan terus mengkritik dan menegur apa juga kesalahan 
kerajaan mahupun pembangkang.

Bukan sahaja kerajaan cuba memperalatkan mahasiswa melalui penubuhan MPPK, 
tetapi sikap memanipulasi ini mereka gunakan untuk mengawal media massa agar 
memberi keuntungan politik kepada mereka. Pandangan pemimpin mahasiswa 
diputar-belitkan untuk memberi gambaran mahasiswa menyokong tindakan mereka; 
sedangkan hakikatnya mahasiswa tidak memberikan sebarang persetujuan.

Kenyataan Presiden PKPIM pada 18 Oktober diubah menjadi “… berharap agar 
MPPK dapat dijadikan agenda tetap kerajaan bagi merapatkan hubungan …” 
(Utusan Malaysia 19 Oktober) sedangkan ini tidak langsung disebutkan dalam 
kenyataan sebenar beliau. Bagaimana mahasiswa boleh berunding jika ianya 
dimulai dengan pembohongan dan manipulasi oleh pihak pemerintah?

Mahasiswa mahu melihat tindakan konkrit dan kesungguhan di pihak kerajaan. 
Sudah lama mahasiswa menyatakan tuntutan kepada kerajaan tetapi ini semua 
sehingga kini sia-sia belaka. Memorandum demi memorandum, perbincangan demi 
perbincangan diadakan tetapi sikap dan tindakan parti pemerintah masih tiada 
perubahan. Sesuatu perlu dilakukan. Tuntutan-tuntutan yang telah dikemukakan 
harus diberi perhatian dan diambil tindakan sebelum sebarang perbincangan 
baru diteruskan.

Mahasiswa tahu untuk berunding dan berbincang. Tiada siapa di kalangan 
mahasiswa yang mempunyai hobi mengadakan demonstrasi; tetapi apabila 
perundingan tidak membawa hasil apa pilihan yang ada?

Mahasiswa Universiti Malaya misalnya mengadakan perundingan demi perundingan 
untuk mendesak pihak Bendahari UM memasukkan segera wang pinjaman pelajaran 
mereka ke dalam akaun masing-masing. Perundingan ini tidak membuahkan 
sebarang hasil; tetapi apabila saja demonstrasi diadakan pihak Bendahari UM 
segera memasukkan wang terbabit yang sememangnya hak mahasiswa. Oleh itu apa 
pilihan yang sebenarnya ada?

Perundingan telah dicuba tetapi acapkali hasilnya hanya cakap-cakap kosong. 
Apabila mahasiswa menunjukkan kekuatan barulah kerajaan dan pentadbiran 
Universiti serius. Oleh itu siapa yang harus dipersalahkan apabila mahasiswa 
berdemonstrasi?

Mahasiswa tiada minat untuk menjadi penentang kerajaan atau anti kemajuan. 
Mahasiswa tidak pernah dan tidak akan membiarkan diri diperalatkan oleh 
mana-mana pihak – parti pemerintah, parti pembangkang mahupun NGO.

Mahasiswa berjuang atas dasar menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman. 
Walau apa sekalipun rintangannya mahasiswa telah menunjukkan kesatuan dan 
keazaman untuk berjuang. Tiada harga terlalu mahal untuk menegakkan 
keadilan!


Suara Mahasiswa

Suara Mahasiswa diterbitkan oleh
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
No 45-2 Jalan 46B/26, Pusat Bandar Seri Rampai, 53300
Kuala Lumpur. Tel 03-4143 9225 Faks 03-4149 2626

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
27 OKTOBER 1999

--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------

    GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
  <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator3 ">Click Here</a>

------------------------------------------------------------------------
Tegakkan kebenaran, perjuangkan keadilan, pertahankan perpaduan, hulurkan 
persahabatan.... Mahasiswa UTM Cintakan Malaysia



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke