*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ahli UMNO tidak perlu takut dengan PAS yang sering
melaungkan-laungkan perjuangan Islam kerana jelas
terbukti UMNO adalah parti yang sebenarnya berpegang
kepada Islam."

Mahathir Mohamad Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di
Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Dipilih menjadi
Ahli Parlimen Kubang Pasu dari 1974, sebelum itu Ahli
Parlimen Kota Star Selatan (1964-1969) dan Presiden
UMNO dari 1981. Dilantik sebagai Menteri Pelajaran
(1974), Timbalan Perdana Menteri (1976), Menteri
Perdagangan dan Perindustrian (1977) dan Perdana
Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 16
Julai 1981. 

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang
pemimpin Melayu yang tidak ada tolok gandingnya dalam
sejarah kepimpinan Melayu Moden. Beliau mula menulis
dalam The Straits Times nmengecam Inggeris sebelum
kemerdekaan. Beliau menyertai SABERKAS, Kesatuan
Melayu Kedah, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan
akhirnya UMNO. Selepas Merdeka beliau menjadi salah
seorang pemimpin muda yang begitu lantang
memperjuangkan nasib orang Melayu. Menjelang 1959, Dr.
Mahathir yang menjadi pengerusi UMNO Negeri telah
mencadangkan supaya pemilihan calon-calon pilihan raya
diasaskan kepada kelayakan tertentu. Hal ini telah
menimbulkan kemarahan beliau dengan beberapa orang
ahli jawatankuasa UMNO. Tunku mula merasakan Dr.
Mahathir memberikan masalah kepadanya. Dr. Mahathir
yang tersinggung perasaannya telah mengundurkan diri
dan tidak mahu bertanding dalam pilihan raya 1959.
Pengunduran itu melapaskan peluangnya untuk merasakan
hasil perjuangan politik yang mula dirasai oleh
rakan-rakannya. 

Beliau dan Isteri, Dr. Sti Hasmah, sebaliknya
menumpukana kepada kerja-kerja sukarela bagi
meningkatkan kesihatan penduduk di luar bandar. Tapi
dalam senyap belia tetap meneruskan kritikan keras ke
atas Tunku terutama dengan prinsip Tunku "biar cina
meniaga dan biar Melayu berpolitik" Beliau menjadi
kritikal terhadap pemimpin UMNO terutamanya Tunku
Abdul Rahman Putra al-haj.Tapi beliau juga menjadi
kritikal kepada orang Melayu sendiri dengan
menghasilkan buku The Malay Dillema. Buku tersebut
diharamkan oleh kerajaan Pimpinan Tunku. Ketika
berlaku tragedi 13 Mei 1969, beliau menulis surat
mengecam Tunku kerana mengabaikan orang Melayu. 

Surat Dr. Mahathir ketika itu merupakan bahan penting
yang dicari oleh masyarakat Melayu terutama mereka di
sekitar Kampung Baru. 

Dr. Mahathir dipecat daripada UMNO.........(dalam Pembinaan)

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke