Title: RE: H-Net* SIAPA KATA Dr. Mahathir Jahil Agama?

Kalau sungguh Dr. M tidak jahil agama,

Kenapa beliau menentang perlaksanaan hukum hudud, hukum Allah swt?
Beliau lebih arif, lebih berilmu dari Allah?

Kenapa mempermudahkan isu murtad?

Kenapa membiarkan/memihak/mengambil barisan pemimpin-pemimpin yang ternyata fasiq (menteri perogol, menteri rasuah, menteri kaki minum, menteri kaki judi, menteri kaki betina)?

Kenapa menghina sunnah Rasulullah?

Kenapa menghina/menindas/memfitnah (seperti mana beliau memfitnah Dr. Harun Din) ulamak?

Kenapa menentang/menolak ulamak berpolitik sedangkan Islam itu syumul/lengkap termasuk politik/siasah?
(Peliknya boleh pulak terima ulamak berpolitik Umno spt Hamid Othman, Yusof Nor, dll - tak ke hipokrit namanya)

Kenapa menyebarkan fitnah (zina, liwat) ke serata tempat tanpa membawa 4 orang saksi yang benar-benar adil mengikut tuntutan Allah swt?

Kenapa ahli-ahli keluarga terdekat tidak menampakkan ciri-ciri atau syiar Islam sepertimana yang dilaung-laungkan beliau sendiri?

Maka beliau boleh dikira sebagai golongan ulamak yang 'usuk/kufur/fasiq???



-----Original Message-----
From: abol abai [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Saturday, October 30, 1999 10:38 PM
To: Pewiiiiiiiiiittttttttttt jeng jeng jeng; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* SIAPA KATA Dr. Mahathir Jahil Agama?



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum,

lihat dan nilai amalan MM sejak menulis buku itu dari tahun 1976.
Seterusnya Lihat poula amalan ahli keluarganya............ada mengikut
ajaran Islam kah?????

Kalau nak tulis semua orang boleh tulis
kalau nak cakap semua boleh bercakap....
Tapi CAKAP TAK SERUPA BIKIN

salam
AA

--- Pewiiiiiiiiiittttttttttt jeng jeng jeng <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> JAHILKAH MAHATHIR KERANA MEMBIARKAN KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN????
> JAHILKAH MAHATHIR SEHINGGA KAWAN-KAWANNYA TAK TAHU JUDI ITU HARAM???
> JAHILKAH MAHATHIR KERANA MEMBIARKAN RAKYAT LEKA DENGAN KEMEWAHAN YANG
>
> BERLEBIHAN??????
> JAHILKAH MAHATHIR KERANA MEMBIARKAN RAHSUAH BERLELUASA.???
> JAHILKAH MAHATHIR KERANA MINUM ARAK ITU MENJADI KEBIASAAN????
> JAHIL DAN SERIBU LAGI JAHILKAH KITA MEMBIARKAN INI BERLAKU DINEGARA
> KITA??????????LALU SIAPA YANG JAHIL?????????TANYALAH DIRI KITA?????
>
>
>
> >From: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: "hizb hizbi.net" <[EMAIL PROTECTED]>, "uk hizbi.net"
> <[EMAIL PROTECTED]>,      
> >  "usa hizbi.net" <[EMAIL PROTECTED]>
> >Subject: H-Net* SIAPA KATA Dr. Mahathir Jahil Agama?
> >Date: Sat, 30 Oct 1999 04:49:45 -0700 (PDT)
> >
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pemikiran Agama Perdana Menteri*
> >
> >SIAPA KATA Dr. Mahathir Jahil Agama?
> >
> >KALANGAN mereka tidak suka dan menentang Perdana
> >Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah terdiri
> >dari kalangan puak pembangkang terutama Parti Islam
> >Se-Malaysia (Pas). Mereka menganggap beliau jahil
> >agama.
> >
> >Malah ada yang menuduh Dr. Mahathir sekular dalam erti
> >kata sekular Barat dan kafir dalam erti kata lain
> >tidak beragama.
> >
> >Kerana dianggap jahil agama itulah yang menyebabkan
> >ada kalangan para ulama Pas menuntut Dr. Mahathir
> >supaya pergi belajar agama semula di IKIM seperti
> >disuarakan oleh Timbalan Presiden Pas, Abdul Hadi
> >Awang.
> >
> >Hakikatnya mereka yang menuduh Dr. Mahathir itu
> >sebenarnya yang jahil agama tentang pemikiran agama
> >yang menjadi falsafah dan pegangan Dr. Mahathir.
> >
> >Adalah amat menyedihkan sekali ketika golongan intelek
> >di negara-negara Barat, Arab, Afrika, Amerika Latin,
> >Jepun dan lain-lain membuat kajian dan penyelidikan
> >terhadap pemikiran Dr. Mahathir termasuk mengenai
> >agama, tetapi terdapat kalangan orang Islam di
> >Malaysia ini masih buta tentang pemikiran pemimpin
> >tersohor negara yang disanjung tinggi di dunia ketiga
> >itu.
> >
> >Sesetengah negara Islam turut mempelajari bagaimana
> >Malaysia berjaya membangunkan ekonomi dan mentadbir
> >negara yang bermasyarakat majmuk dengan jayanya. Malah
> >sesetengah negara Islam itu menjadikan Malaysia
> >sebagai model mereka.
> >
> >Amat malang sekali terdapat kaum intelek agama di
> >negara sendiri berusaha keras untuk menghapuskan nama
> >baik Dr. Mahathir termasuk dalam pemikiran agama.
> >
> >Pada waktu yang sama mereka pula mengagung-agungkan
> >tokoh pemikiran agama dari puak pembangkang di luar
> >negara yang tidak pernah berjaya dalam perjuangan
> >mereka. Mereka tidak mempunyai sebarang pengelaman
> >dalam pemerintahan dan pembangunan negara kerana tidak
> >pernah berkuasa atau sentiasa menjadi pembangkang
> >setiap masa. Malah idea-idea mereka pun tidak begitu
> >laku di negara mereka secara khas dan negara-negara
> >Arab secara keseluruhannya.
> >
> >Sebenarnya telah menjadi trend di kalangan mereka yang
> >berada dalam pelbagai pergerakan agama di negara ini
> >mengagung-agungkan tokoh agama dan ulama luar negara,
> >apatah lagi dari negara Arab daripada negara sendiri.
> >
> >Padahal ada juga tokoh agama yang mereka agungkan itu
> >bukan pun tokoh agama atau ulama. Malah kebanyakan
> >tokoh agama dan ulama luar tersebut bukan saja menjadi
> >pembangkang, tetapi menjadi pemberontak juga.
> >
> >Mulakan langkah
> >
> >Sebenarnya kita mesti jujur dalam menilai pemikiran
> >Dr. Mahathir dari segi agama tanpa campur aduk dengan
> >sepak terajang politik. Karya terbaik beliau yang
> >membolehkan anda memulakan langkah untuk mengenali
> >pemikiran agama Dr. Mahathir ialah apabila membaca
> >buku hasil karya beliau berjudul Menghadapi Cabaran
> >dalam bahasa Melayu atau The Challenge dalam bahasa
> >Inggeris.
> >
> >Buku ini merupakan kumpulan karya Dr. Mahathir yang
> >dihasilkan pada waktu yang berlainan dan dicetak kali
> >pertama pada tahun 1976, iaitu sebelum beliau menjadi
> >Perdana Menteri lagi.
> >
> >Profesor Muchtar Lintang yang merupakan pensyarah
> >Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan
> >Malaysia (UKM) pada tahun 1976 menulis kata pengantar
> >buku Menghadapi Cabaran dengan berkata: "Saya gembira
> >pula melihat penulis buku ini berminat besar memahami
> >Islam. Memang sepatutnya demikian. Islam bukanlah
> >wakaf buat segolongan kaum Muslimin saja. Tetapi
> >tiap-tiap Muslimin wajib mempelajarinya dan
> >memahaminya dengan sebaik- baiknya.
> >
> >"Ilmu-ilmu yang dianggap sekular pun bukan pula wakaf
> >buat segolongan lain. Bibit-bibit ilmu itu,
> >sebagaimana dinyatakan penulis buku ini (Dr.
> >Mahathir), adalah berasal dari kaum Muslimin."
> >
> >Muchtar Lintang menyamakan Dr. Mahathir dengan Haji
> >Agus Salim, Muhammad Natsir, Prof Dr. Haji Ali Akbar
> >di Indonesia dan Datuk Patinggi Dr. Haji Abdul Rahman
> >Yaakub di Malaysia yang mendapat pendidikan sekular,
> >tetapi mewajibkan diri masing-masing mempelajari
> >Islam.
> >
> >Mereka, menurut Muchtar Lintang, tidak kurang daripada
> >ulama-ulama yang ada.
> >
> >Untuk menyelami pemikiran agama Dr. Mahathir, tidak
> >dapat tidak kita mesti bermula pada pendahuluan
> >bukunya. Beliau berkata, perbincangan beliau dalam
> >buku itu menyentuh tiga perkara, iaitu orang Melayu,
> >agama dan politik mereka.
> >
> >Dalam kata lain, buku itu membincang mengenai
> >nasionalisme, agama dan fahaman politik yang beliau
> >percaya merupakan tiga kuasa utama yang menjadi
> >penggerak masyarakat manusia.
> >
> >Tidak ragu lagi orang yang waras fikiran boleh menilai
> >bahawa apa yang diperjuangkan oleh Dr. Mahathir yang
> >telah berhasil dan sudah dapat dinikmati hasilnya itu
> >tidak lari dari landasan agama. Ini kerana apa yang
> >disebut oleh beliau sebagai nasionalisme Melayu bukan
> >asabiah jahiliyyah dan dasar politik yang dilaksanakan
> >sejak beliau memerintah 18 tahun lalu adalah tidak
> >bercanggah dengan agama seperti yang cuba digambarkan
> >oleh Pas.
> >
> >Dr. Mahathir menegaskan mengapa beliau memberi tumpuan
> >kepada tiga kuasa penggerak utama itu. Beliau berkata,
> >kerana bangsa Melayu menghadapi cabaran yang besar di
> >zaman moden ini.
> >
> >Menurutnya, sama ada orang Melayu akan berjaya
> >menghadapi cabaran atau tidak adalah bergantung kepada
> >pengertian yang mereka faham tentang peranan dan kesan
> >ketiga kuasa itu.
> >
> >"Tidak keterlaluan jika dikatakan kesalahan dalam
> >memahami atau mengguna kuasa-kuasa ini boleh melemah,
> >bahkan menghancurkan bangsa mereka (Melayu) sendiri.
> >
> >"Sejarah telah membuktikan bagaimana bangsa seperti
> >Babylonia, Assyria, Macedonia, Carthargenia yang
> >begitu kuat dan maju jaya telah hilang dari muka bumi
> >ini. Sudah tentu bangsa yang lemah seperti orang
> >Melayu akan lebih mudah hapus jika mereka kurang faham
> >tentang kuasa-kuasa yang ada pada mereka dan, kerana
> >terdorong oleh nafsu, menyalahgunakan kuasa itu."
> >
> >Amaran Dr. Mahathir ini masih relevan dengan suasana
> >politik negara kini walaupun bukunya telah ditulis
> >pada tahun 1976, di mana campur tangan luar bukan lagi
> >berlaku secara sembunyi, tetapi berlaku secara
> >terang-terang. Kumpulan-kumpulan agama tertentu turut
> >diperalatkan secara tidak langsung oleh pihak luar
> >itu.
> >
> >Dalam pendahuluan yang sama Dr. Mahathir menyebut
> >tentang orang Islam yang diperalatkan oleh musuh
> >agama. Beliau bercerita, dalam sebuah majlis seorang
> >pensyarah dengan berani menyebut ayat-ayat al-Quran,
> >hadis dan sejarah Islam untuk menyokong pendapatnya
> >bahawa orang Melayu patut bertindak supaya pemimpin
> >sebangsa dan seagama dengan mereka dapat dibunuh
> >dengan mudah oleh komunis.
> >
> >Dr. Mahathir berkata, syarahan pensyarah itu secara
>
=== message truncated ===


=====
salam
AA
"UNDI BARISAN ALTERNATIF"
Everything can be taken away from a man but one thing:
THE LAST OF THE HUMAN FREEDOMS-TO CHOOSE ONE'S ATTITUDE IN ANY GIVEN SET OF CIRCUMTANCES, TO CHOOSE ONE'S OWN WAY
(Victor Frankl, in Man's search for meaning)
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abol abai <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke