*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambungan....

JIHAD ADALAH CARA HIDUP SETIAP MUSLIM

        Kewajipan ubudiah yg diamanahkan oleh Tuhan Rabbul
Jalil telah membawa Muslimin sepanjang zaman kpd
harakah tauhidiah yg berbentuk jihad mempertahankan
ubudiah yg mutlak dan menyeluruh itu. Jihad tersebut
adalah perjuangan utk mentaqdiskan (mensucikan) Allah
swt di dlm diri mereka, masyarakat dan alam ini dari
segala makna dan cara hidup manusia yg menafi dan
menolak kemutlakan Rububiyah dan Uluhiyah Allah swt di
alam ini. Jihad tersebut adalah tanda hidup kpd
keimanan mereka terhadap Tuhan Yg Maha Esa. Harakah
tauhid itu mestilah menjadi tujuan bagi semua gerakan
hidup Muslimin di dunia ini. Ia adalah harakah yg
tidak akan berhenti dan terus berjalan sehingga hari
terakhir manusia mendiami muka bumi ini selama mana
keimanan mereka kpd Tuhan Yg Esa itu terus teguh di
dlm jiwa mereka.

Firman Allah swt di dlm surah al-Ahqaaf ayat 13 yg
bermaksud:"Sesungguhnya org2 yg menegaskan
keyakinannya dgn berkata Tuhan kami ialah Allah,
kemudian mereka tetap teguh di atas jln yg betul (dgn
pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada
kebimbangan (dari sesuatu yg tidak baik) terhadap
mereka dan mereka pula tidak berdukacita."

Firman Allah swt di dlm surah al-Kahfi ayat 14 yg
bermaksud:"Dan kami kuatkan hati mereka (dgn kesabaran
dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan
tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yg
mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, kami tidak
sekali2 akan menyembah Tuhan yg selain dpdNya, jika
kami menyembah yg lain bermakna kami memperkatakan dan
mengakui sesuatu yg jauh dpd kebenaran."

Firman Allah swt di dlm surah al-Hajj ayat 40 yg
bermaksud:"Iaitu mereka yg diusir dari kampung halaman
mereka tanpa berdasarkan sebarang alasan yg benar,
(mereka diusir) semata2 kerana mereka berkata: Tuhan
kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong
sesetengah manusia menentang pencerobohan sesetengah
yg lain, nescaya runtuhlah tempat2 pertapaan serta
gereja2 (kaum Nasrani), dan tempat2 sembahyang (kaum
Yahudi) dan juga masjid2 (org Islam) yg sentiasa
disebut nama Allah banyak2 di dlmnya dan sesungguhnya
Allah akan menolong sesiapa yg menolong agamaNya
(agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha
Kuasa." 

        Di dlm ayat2 yg mulia ini, Allah swt dgn jelas
menghubungkan kekalnya manusia bertauhid kpd Allah swt
di bumi ini dan wujud serta tertegaknya ubudiah kpd
Allah swt adalah bergantung sepenuhnya kpd tertegaknya
harakah jihad tersebut. Ia adalah ajaran yg jelas
mengenai tabiat jihad yg diwajibkan ke atas setiap
Muslim. Ia oleh itu kepada setiap Muslim lebih dpd
segala2nya adalah merupakan jihad utk terus kekal
bertauhid kpd Allah Azza Wajalla semata2 dan
sepenuhnya. Kelalaian Muslimin melaksanakan amanah
Tuhan di dlm menegakkan jihad tersebut dan kegagalan
mereka utk mematuhi petunjuk Allah swt mengenainya
akan menyebabkan runtuhnya pengagungan dan ubudiah
terhadap Allah swt di kalangan manusia di bumi ini.  

        Mentauhidkan Allah swt dan ubudiah kpdNya adalah
merupakan roh yg menjadi rahsia kekuatan tentera Islam
di masa lampau. Roh jihad spt ini tidak akan menjadi
hakikat melainkan di dlm sebuah negara tauhid yg
mempertahankan ubudiah yg mutlak di bumi Allah swt dan
menyeru seluruh dunia ke arahnya. Setiap individu
tentera Islam akan berkata kpd dunia seluruhnya dgn
kesedaran iman yg tinggi bahawa mereka adalah tentera
Allah dgn ucapan para mujahid Islam yg lampau mereka
berkata:"Kami adalah satu golongan yg telah
dibangkitkan oleh Allah utk melepaskan sesiapa yg
dikehendaki dpd pengabdian sesama hamba kpd pengabdian
terhadap Allah, dpd kezaliman fahaman kpd kpd keadilan
Islam dan dpd kesempitan dunia kpd keluasan dunia dan
akhirat.......bersambung.  

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke