*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERAKUAN BERKUNUN SEORANG BACUL BERNAMA MURAD
Budaya pendakwaan selektif (selective prosecution) telah menjadi sebati di 
dalam sistem undang-undang negara kita. Persis undang-undang semerah 
padi.Pendakwaan dilakukan sesuka hati. Ikut nafsu. Tidak perlu ada 
undang-undang mahupun peraturan. Kalaupun ada, undang-undang yang digubal 
oleh Parlimen (yang majoritinya wakil rakyat BN) mempunyai serampang dua 
mata. Pertama, bagi melindungi hak-hak dan kepentingan mereka (orang-orang 
BN) yang berkuasa. Kedua, bagi menindas mana-mana parti pembankgnag termasuk 
rakyat jelata. Maka itu setelah Anwar Ibrahim dipecat, kabinet BN termasuk 
seluruh jentera kerajaan yang diterajui MAHAFIRAUN berusaha habis-habisan
memerangi perjuangan reformasi. Terbaru, kita dipersendakan dengan satu lagi 
adengan jenaka "Master Akaun Anwar Ibrahim" yang didedahkan melalui akuan 
"berkunun" seekor bacul bernama Murad.
         Kebanyakkan kita tidak kenal dengan siapa si Murad ini. Kita bukan 
kroni yang sering berurusan dengan Bank Negara. Bagi kebanyakan kita, si 
Murad tidak penting, samada ketika beliau di Bank Negara atau bank saudagar. 
Apa yang lebih penting bagi kita ialah mereka yang menjalankan kewajipan di 
Bank Negara dan ban saudagar juga perlu merupakan seseorang yang penuh 
dengan sifat amanah, mempunyai integriti tinggi dan bukan pak turut yang 
sentiasa mengiakan arahan sesiapa sahaja termasuk mencuri wang rakyat. Jika 
mereka itu tidak mempunyai ciri-ciri demikian, layaklah mereka menjadi 
seekor keldai sahaja, yang akan akur perintah membabi buta. Melihat 
kenyataan akhbar Murad, ternyatalah dari raut wajahnya bekas Gabenor Bank 
Negara ini merupakan seekor keldai yang bacul dan dungu. Kita hairan
bagaimana mungkin seorang yang dikatakan berpelajaran, beragama dan 
dihormati dikalangan sektor kewangan bersikap seperti yang ditonjolkan. 
Kandungan kenyataan akhbar si Murad ini samalah bunyinya dengan kenyataan 
Umi Hafilda ketika menjelaskan kenapa Umi mendedahkan perihal salah laku 
Anwar Ibrahim. Kata Umi "Apa yang saya lakukan ini adalah diatas rasa 
keinsafan demi bangsa, agama dan negara".  Bukankah demikian juga alasan 
Murad ‘keldai’ ini semasa membuat pendedahan baru-baru ini? Malahan, menurut 
akuan berkunun si Murad, apa yang didedahkannya itu adalah dengan penuh suci 
hati, penuh kerelaan, tanpa paksaan atau ugutan dari mana-mana pihak. 
Begitulah jujurnya bunyi Murad ini di dalam pengakuannya. Tidak kita sangka 
tiba-tiba sahaja Murad ini menjadi begitu patriotik.
        Bila kita amati kandungan akuan berkunun Murad, adalah terlalu sukar 
untuk mana-mana orang yang waras akal untuk mempercayainya.
Masakan tidak, akuan berkunun itu penuh dengan "saya percaya" tanpa disokong 
sebarang bukti yang nyata dan sahih. Kalau benarlah si
Murad ini penuh percaya, kenapa tidak dedahkan akaun-akaun yang dikatakan 
milik Anwar Ibrahim. Tidak mustahil jika ada tangan ajaib
yang telah menyediakan akuan berkunun si Murad ini di dalam proses "turning 
over", sebagai kompromi melepaskan leher Murad ini dari
pertuduhan tidak mengistiharkan harta yang sedang dihadapinya. Jika benarlah 
di Murad ini percaya, kenapa laluan yang dipilihnya ialah membuat pendedahan 
melalui akuan berkunun? Jika benar Murad ini percaya mengenai perbuatan 
salahlaku dan rasuah Anwar Ibrahim, bukankah laluan yang lebih waras ialah 
dengan membuat laporan polis? Kenapa keldai ini tidak membuat laporan polis? 
Apakah akuan berkunun itu merupakan cara baru untuk melaporkan kegiatan 
jenayah seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang?
       Sebab sebenar mengapa si Murad tidak membuat laporan polis adalah 
kerana atas nasihat pihak polis sendiri. Jika laporan polis dibuat oleh si 
Murad ini, sudah pastilah rakyat akan membuat tanggapan bahawa laporan 
berkenaan tidak bebas kerana dipengaruhi oleh polis. Kita mempunyai sebab 
untuk mempercayai bahawa cara akuan berkunun ini ialah untuk menunjukkan 
kepada rakyat bahawa si Murad ini membuat pendedahan tersebut di atas 
sebab-sebab keinsafan dirinya sendiri, tanpa sebarang peranan mana-mana 
pihak lain. Pendedahan Murad mengejutkan banyak pihak terutama reaksi 
pertama Dollah Badawi dan akhirnya MAHAFIRAUN sendiri, seoalah suatu 
sandiwara bahawa
mereka ini semua tidak tahu apa-apa sebelum pendedahan Murad itu. Rakyat 
cuba ditemberangkan bahawa kerajaan MAHAFIRAUN tidak tahu menahu dengan apa 
yang di dedahkan oleh Murad. Kita tidak sebodoh untuk Murad dan MAHAFIRAUN 
persendakan.
       Bukankah di dalam akuan berkunun Murad ini ada menyebut bahawa 
kerajaan tahu mengenai akaun-akuan ini? Bukankah sehari selepas
pendedahan itu BPR umumkan untuk siasat? Bukankah sehari selepas itu juga 
MAHAFIRAUN umumkan untuk melantik suruhanjaya
siasatan. Reaksi "terperanjat beruk" mereka hanyalah lakonan semata-mata 
bagi mengabui rakyat bahawa Murad ini telah membuat
pendedahan itu secara bebas dan rela. Tindakan BPR dan penubuhan suruhanjaya 
siasatan nampaknya begitu responsif. Bukan suatu perkara yang menghairankan 
dalam budaya pendakwan selektif. Jika benarlah MAHAFIRAUN, Daim, Rafidah, 
Rahim Tambi Chik dan lain-lain kroni itu bersih, kita minta penjelasan 
dengan MAHAFIRAUN, Dugong dan BPR kenapa sehingga kini kes Perwaja masih 
belum selesai penyiasatannya? Kes Rafidah dan Rahim Tambi Chik digugurkan 
pendakwaannya? Laporan polis terhadap Daim apa beritanya? Apa jadi dengan 
laporan BPR terhadap Gabenor Bank Negara sekarang yang dikatakan menyimpan 
wang tunai lebih dari RM 100,000 di dalam biliknya
ketika di EPU?
      Agenda sebenar disebalik pendedahan Murad itu adalah untuk mengalih 
pandangan rakyat dari pendedahan yang sedang dibuat oleh Anwar Ibrahim di 
mahkamah kini. Ia bertujuan mengelirukan rakyat bagi persediaan pilihanraya. 
Setakat ini sekali lagi strategi MAHAFIRAUN makan tuan. Mana tidaknya, 
mereka yang dinamakan mendapat faedah dari akaun-akaun Anwar Ibrahim itu 
termasuk orang kanan UMNO sendiri (Abdullah Ahmad) telah membuat penafian. 
Murad itu tidak perlu gentar dengan tindakan undang-undang yang akan diambil 
terhadapnya oleh mereka yang berkaitan. Kenapa perlu beliau gentar kerana 
tangan ajaib akan muncul lagi di dalam perbicaraan fitnah Murad ini nanti. 
Kepada mereka yang dinamakan oleh Murad ini silalah buat laporan polis 
terhadap Murad tunggangan MAHAFIRAUN ini kerana fitnah jenayah. Kepada 
pemimpin-pemimpin BA, segeralah buat laporan polis terhadap Murad ini kerana 
bersubahat di dalam kesalahan jenayah Anwar Ibrahim (pedulikan jika Murad 
ini diberikan kekebalan (imuniti) kerana menjadi saksi pendakwaaan). 
Berdasarkan kes-kes yang masih sedang di dalam penyiasatan (BPR, SC dan 
pihak polis) kita tunggu siri akuan berkunun dari mereka ini seterusnya 
nanti.Oleh Awang ISA 1 NOVEMBER 1999

EKORAN DAKWAAN MURAD - KECEKAPAN BPR MEMULAKAN SIASATAN
Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris telah mebuat kenyataan bahawa suatu 
laporan telah dibuat oleh BPR pada hari Sabtu 30hb Oktober mengenai 
penyelewengan Anwar yang melibatkan lebih RM 3 billion. Kita ucapkan 
setinggi-tinggi tahniah di atas kecekapan ajaib BPR yang selama ini macam 
lembu kenyang, tiba-tiba dikejutkan dengan berita sensasi "Master Accounts" 
Anwar. Isnin nanti, Ketua Pengarah BPR Datuk Ahmad Zaki akan mempengerusikan 
sendiri mesyuarat siasatan berkenaan. Segala-galanya seperti sudah 
di’orchestra’kan. Setiap pihak tahu apa yang perlu mereka cakap atau lakukan 
sebaik sahaja Murad membuat tuduhan. Kata si Murad,akuan berkununnya itu 
adalah di atas rasa keinsafannya terhadap kesalahannya selama ini kerana 
mengikut perintah Anwar membabi buta. Si Murad kata tiada paksaan atau 
tekanan dari mana-mana pihak. Itu sebab si Murad ini membuat laporan 
mengenai penyelewengan Anwar melalui akuan berkunun, bukan laporan
polis atau BPR. Dollah Badawi membuat pengesahan bahawa akuan berkunun Murad 
tidak didorong oleh kerajaan. Itu cerita peribadi Murad. Rafidah Aziz 
menggunakan kesempatan itu sebaik-baiknya dengan menyerang balas Anwar. Daim 
pula menekankan bahawa integriti Bank Negara tidak terjejas kerana apa yang 
berlaku adalah pada zaman Anwar. Sejak diterajui Daim, pegawai-pegawai Bank 
Negara terdiri dari orang yang baik-baik belaka. Ghani Othman pula akan 
mendedahkan perbuatan rasuah Anwar di negeri Johor.
      Ulasan dan perkara yang berlaku selepas pendedahan si Murad 
menampakkan rentetan peristiwa yang begitu tersusun rapi, berdasarkan suatu 
skrip yang begitu lengkap dan kemas untuk terus memperbodohkan 
penyokong-penyokong BN. Mengikut laporan, penyiasatan BPR masih belum 
dimulakan. Ianya akan bermula pada hari Isnin, 1hb November dengan mesyuarat 
yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaki untuk menentukan skop 
siasatan. Sungguhpun siasatan belum bermula, skop siasatan belum ditentukan, 
akhbar-akhbar BN hari ini (lihat Sunday Times 31/10/99 muka hadapan) telah 
melaporkan petikan sidang akhbar Ahmad Zaki yang menyebut bahawa penyiasatan 
itu akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kerja-kerja 
siasatan. Tambah si Zaki, kita akan buka lebih dari satu fail.
Bukankah pelik sangat bunyinya? Sedang bidang siasatan masih belum 
ditentukan, si Zaki ini sudah dapat anggar berapa banyak fail yang
perlu dibuka untuk tujuan siasatan. Syabas dan tahniah kepada BPR yang 
begitu cekap menjalankan tugas mereka.
      BPR anggap tuduhan yang dibuat oleh si Murad dalam akuan berkununnya 
amat serius. Maka itu perlu disiasat segera. Yang menjadikan perkara ini 
serius sebenarnya adalah kerana akuan berkunun berkenaan adalah berkaitan 
tuduhan terhadap Anwar. Jesteru, perlu diberikan keutamaan. Laporan polis 
yang dibuat oleh Anwar terhadap Daim, Rafidah, Rahim Tambi Chik, Eric Chia 
dan MAHAFIRAUN sendiri semuanya tidak serius. Tak perlu berikan keutamaan. 
Kita tidak hairan selepas ini akan muncul lebih banyak orang yang akan 
tampil membuat perakuan berkunun seperti si Murad. Budaya "Muradisma" akan 
diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi dengan pengakuan-pengakuan baru 
terhadap Anwar hasil dari proses "turning over". Secara lojiknya, jIka 
benarlah Anwar telah menyelewengan RM 3 billion, khususnya RM 50 million ke 
akaun peribadinya, takkanlah sedikitpun dari jumlah itu selama ini tidak 
diketahui oleh MAHAFIRAUN. Kenapa penyelewengan ini tidak dijadikan 
sebahagian dari pertuduhan Anwar semasa dibicarakan terhadap pertuduhan 
rasuah dahulu. Mungkin tidak keterlaluan untuk kita jangkakan bila tiba-tiba 
akaun bank Anwar akan mengandungi jutaan RM, yang akan dikreditkan oleh 
MAHAFIRAUN. Bukankah Bank Negara dan bank saudagar juga di kawal Daim. Tidak 
mustahilkan jika ada transaksi ghaib di dalam akaun bank Anwar. Kita tidak 
boleh menolak kemungkinan perkara ini akan berlaku seperti kes racun arsenic 
dahulu.
      MAHAFIRAUN begitu gentar sekarang ini untuk menghadapi pilihan raya 
dengan pendedahan demi pendedahan salahlaku dan penyelewengan yang dibuat 
Anwar melalui laporan-laporan polis. MAHAFIRAUN dan kuncu-kuncunya lebih 
gentar lagi kerana Anwar mula membuat pendedahan di dalam perbicaraan yang 
sedang dihadapinya ketika ini. MAHAFIRAUN akan membinasakan Anwar dengan apa 
cara sekalipun demi menjadi kepentingannya. Kita semua jangan terkecut jika 
selepas ini suatu plot baru akan menyusul. Jika plot pertama berkaitan 
tuduhan rasuah (tanpa melibatkan wang) dan kedua salahlaku seks, plot ketiga 
ini adalah tuduhan rasuah yang melibatkan jumlah wang yang amat besar. Kita 
tunggu hasil siasatan BPR yang pastinya akan disudahkan sebelum pilihanraya. 
Supaya siasatan kelihatan bebas dan tidak bermotifkan politik, kita boleh 
agak laporan ini akan diselesaikan dan didedahkan kepada seluruh dunia 
sebelum pengumuman pilihanraya. Tak percaya, tunggu saja. Kita sudah boleh 
baca percaturan mereka.Oleh Awang ISA 1 NOVEMBER 1999

BELANJAWAN 2000: BELANJAWAN PEMURAH JELMAAN MACHIAVELLI
Tiba-tiba sahaja BN-UMNO(baru) berubah 180 darjah. BN-UMNO(baru) yang 
dulunya kedekut, bakhil, ‘taik idong masin’ - tiba-tiba menjadi begitu 
pemurah dan dermawan! Lalu terbelalaklah mata rakyat pabila mendengar 
pembentangan belanjawan ‘pemurah’ ini. Rasa macam tidak percaya bilamana 
satu belanjawan yang teramatlah mesra rakyat di bentangkan tatkala suasana 
politik negara kian memihak kepada Barisan Alternatif. Maka gegak-gempitalah 
seketika kedai-kedai kopi di seluruh negara. Masing-masing terfikir 
mungkinkah ini petanda parlimen akan di bubarkan? Terlupalah rakyat seketika 
tentang kezaliman BN-UMNO(baru) merampas tanah rakyat untuk projek ternakan 
udang harimau di Kerpan serta berbagai tragedi rampasan tanah yang lain. 
Kenaikan kos pembelajaran akibat pengkorporatan IPT yang menyusahkan rakyat 
juga hilang dari ingatan seketika. Serta berbagai kezaliman BN-UMNO(baru) 
bagaikan tiada dalam kotak fikiran rakyat. Setelah direnung sekali dan 
ditenung tiga empat kali, akhirnya rakyat memahami - Oh, inilah rupaya 
politik sekular ala Machiavelli yang diamalkan oleh BN-UMNO (baru). Demi 
mengekalkan tampuk kekuasan maka BN-UMNO(baru) akan bertindak apa sahaja 
termasuklah membentangkan belanjawan yang kononnya ‘pemurah’. Matlamat 
menghalalkan cara sudah sebati dalam jiwa BN-UMNO(baru). Para pemimpin 
BN-UMNO(baru) melihat pengekalan tampuk kekuasaan sebagai satu cara untuk 
terus memunggah hasil mahsul negara ke dalam poket mereka.Maka belanjawan 
‘pemurah’ di lihat sebagai satu cara untuk menarik sokongan rakyat terhadap 
mereka. BN-UMNO(baru) amat mengharapkan undi dari
rakyat untuk terus mengaut keuntungan ke dalam kantung mereka. Dalam suasana 
ekonomi yang masih belum memberangsangkan, tiba-tiba setiap kakitangan awam 
yang berjumlah kira-kira 880,000 orang akan mendapat bonus paling minima 
RM1,000! Juga 880,000 kakitangan awam ini akan menikmati kenaikan gaji 10 
peratus!. Sungguh aneh. Kenapa masa ekonomi mencanak gaji mereka tak naik 
dan semasa ekonomi merudum dan suasana politik gawat , maka gaji mereka 
naik? Dapat bonus pulak tu. Tatkala ekonomi negara mengalami pertumbuhan 8% 
setiap tahun, bukan sahaja bonus, malah gaji kakitangan awam pun susah nak 
naik. Macam mana nak naik kalau berbilion-bilion kekayaan negara di gunakan 
untuk projek-projek mega seperti pembinaan KLCC, Litar F1, Mahligai PM, 
serta berbagai projek mega lain. Pada masa itu BN-UMNO(baru) terramatlah 
kedekut nak mampus untuk memberikan kenaikan gaji.
         Dalam belanjawan ‘pemurah’ ini juga, cukai pendapatan individu, 
koperasi serta berbagai cukai pendapatan lain akan di kurangkan. Caruman 
wang KWSP juga boleh di keluarkan untuk membiayai pengajian anak-anak. Dan 
lesen television pula turut di mansuhkan dalam belanjawan ini!. Jika bayaran 
untuk lesen television ialah RM 24, maka hasil dari lesen television ini 
ialah berjumlah RM 48,000,000 sekiranya 2 juta rakyat membayar lesen. Namun 
jelas sekali bahawa belanjawan ‘pemurah’ di waktu ekonomi merudum ini 
sebenarnya mampu untuk membina 100,000 buah rumah kos rendah setahun!Maka 
jelas juga bahawa ketika ekonomi begitu memberansangkan, rakyat telah di 
tipu oleh BN-UMNO(baru). Di negara ini terdapat ramai rakyat yang amat 
memerlukan rumah kos rendah. BN-UMNO(baru) kelihatannya berkeyakinan bahawa 
rakyat akan menghargai belanjawan ini dan terus memberikan mandat kepada 
mereka. Tetapi natijahnya BN-UMNO(baru) sebenarnya menjerat diri sendiri. 
Rakyat yang mampu menganalisa dengan baik pembentangan belanjawan ‘pemurah’ 
ini akan dapat merasakan terdapat beratus-ratus pembohongan telah di lakukan 
oleh BN-UMNO(baru) selama ini.  Rakyat kebanyakannya tahu bahawa semua hasil 
mahsul negara yang bernilai berbilion-bilion ringgit telah di faraidkan ke 
dalam kantung suku-sakat dan kroni-kroni BN-UMNO(baru) selama ini. Rakyat 
tidak akan tertipu lagi. Rakyat melihat pembentangan belanjawan ini adalah 
merupakan taktik jelmaan Machiavelli yang akan merugikan rakyat. Rakyat 
sedar bahawa sekiranya undi di berikan kepada BN-UMNO(baru), maka undi itu 
nanti akan di balas dengan tuba beracun.
          Hakikatnya belanjawan ‘pemurah’ yang di bentangkan di parlimen ini 
hanyalah merupakan satu belanjawan terdesak. Belanjawan ini sebenarnya 
mahukan rakyat menjelmakan sokongan mereka terhadap BN-UMNO(baru) dalam 
bentuk undi. Apabila mandat kembali kepada BN-UMNO(baru) maka belanjawan 
‘pemurah’ akan bertukar kepada belanjawan ‘peras rakyat’. Hakikatnya 
BN-UMNO(baru) kini sedang bergelut dengan cabaran yang amat getir. Kemelut 
politik yang melanda BN-UMNO(baru) menjadikan para pemimpinnya lemas bagai 
di landa gelombang. Malangnya penawar yang mereka pilih adalah politik 
sekular tajaan Machiavelli. Ironisnya ramai rakyat kini menjadi ‘the silent
majority’. Dan hakikatnya rakyat telah sedar betapa selama ini BN-UMNO(baru) 
tidak mementingkan rakyat selama ini. BN-UMNO(baru) tidak layak diberikan 
mandat lagi.Bahkan satu liang lahat telah di sediakan oleh rakyat untuk 
menguburkan 14 komponen parti di dalam BN.
Rakyat di negara ini kini telah ramai yang kembali berpaksikan keadilan. 
Jatidiri mereka tidak akan dapat di jual-beli dengan belanjawan ‘pemurah’. 
Setiap mereka bertanggungjawap terhadap agama, bangsa dan negara. Demi 
maslahat politik, ekonomi dan sosial maka kebanyakan rakyat negara ini tidak 
akan bersekongkol lagi dengan BN-UMNO(baru). Sistem politik negara ini 
memerlukan reformasi. Mereka bertekad untuk merobah iklim politik negara ini 
yang selama ini di kuasai oleh ahli politik jelmaan Machiavelli. Mereka 
bertekad untuk merobah dari segenap penjuru. Biarpun dada di tusuk besi 
kursani namun paksi keadilan yang telah mereka genggam tidak akan goyang. 
Persepsi BN-UMNO(baru) bahawa rakyat akan terpesona dan terpedaya dengan 
belanjawan ‘pemurah’ adalah satu persepsi mabuk. Rata-rata rakyat sebenarnya 
telah dapat membaca pencak politik BN-UMNO(baru). Rakyat sebenarnya mengerti 
bahawa belanjawan ‘pemurah’ ini adalah antara agenda BN-UMNO(baru) menjelang 
‘pilihanraya terkotor’. Sebelum ini pun telah banyak agenda BN-UMNO(baru) di 
jalankan demi mengekalkan majoriti 2/3 menjelang ‘pilihanraya terkotor’. 
Antaranya ialah mencabul institusi mahkamah, hospital dan polis supaya 
mengikut telunjuk mereka. Agenda yang lain pula ialah meletakkan arsenik di 
dalam makanan bakal Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.
      Bagi rakyat cukuplah dengan segala macam kezaliman, ketidakadilan dan 
penindasan terhadap rakyat yang telah dilakukan oleh BN-UMNO(baru). Rakyat 
tidak akan tertipu hanya kerana belanjawan ‘pemurah’. Justeru, usahlah 
BN-UMNO(baru) berangan untuk terus mendapat mandat dari rakyat. Menjelang 
alaf baru, satu sinaran keADIlan sedang memancar di ufuk timur untuk rakyat 
Malaysia. Dan di celah-celah sinaran itu terdapat bayangan batu nesan untuk 
BN-UMNO(baru). Akhirul kalam, belanjawan ‘pemurah’ jelmaan Machiavelli ini 
sebenarnya tidak akan mampu untuk menarik sokongan rakyat. Rakyat tahu 
bahawa belanjawan ‘pemurah’ ini akan bertukar menjadi belanjawan ‘rompak 
rakyat’ jika mandat terus di berikan kepada BN-UMNO(baru). Nyata, jelas dan 
terang sekali bahawa belanjawan ‘pemurah’ ini telah berjaya menyerlahkan 
kebejatan BN-UMNO(baru) selama ini! Oleh LanaR

SAMY VELLU HINA ISLAM
Assalaamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pencinta keadilan 
sekalian.Darah saya betul-betul mendidih bila terbaca kata-kata Samy Vellu 
dalam majalah Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11. Dalam temuramah 
dengan Ustaz Ahmad Awang itu, Ustaz telah mendedahkan bahawa dalam satu 
ceramah di Sungai Siput, Samy Vellu telah berkata: "Apa, Quran boleh bikin 
lebuhraya ka?".Kata-kata itu disambut pula dengan tepukan dari barua-barua 
UMNO! Cis, lancang betul mulut kamu ye Samy! Kamu betul-betul mencabar 
kejantanan kami anak-anak muda Muslim. Berani kamu hina Al-Quran yang tiada 
cacat cela dan sentiasa kami junjung dan cium sejak kami kecil lagi berkat 
asuhan ibu-bapa kami. Kamu rasa kamu akan terlepas begitu saja tanpa meminta 
maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam? Nampaknya kamu nak join Ling 
Liong Sik dan Lim Kheng Yeik memperleceh agama kami ye? Mentang-mentang kamu 
ingat bahawa boss kamu si MAHAFIRAUN tu tak akan melakukan tindak-balas 
sebagaimana Ayatullah Khomeini lakukan terhadap Salman Rushdi, maka kamu 
ingat kamu selamat? Apa, kamu ingat kami hairan dengan tepukan barua-barua 
UMNO tu ke?
       Mereka semua tu hidup bertuhankan pangkat dan harta, bahlol dan 
bacul! Ya kami tahu yang MAHAFIRAUN pun selalu cakap yang
lebih-kurang begitu, sebab itulah kami rakyat Islam Malaysia memang 
mempunyai agenda dan perhitungan tersendiri untuk meng’ajar’nya
nanti. Kamu sendiri sedar yang nyawa politik kamu tu bergantung pada undi 
orang Islam bukan? Why ‘so stupid then’? Fikirlah dahulu
sebelum mengatakan sesuatu? Sebenarnya mengikut Al-Quran, jika kamu tidak 
mengetahui cara melakukan sesuatu (seperti membina
lebuharaya), maka pergilah berjumpa dengan mereka yang pakar dalam perkara 
berkenaan. Juga Al-Quran mengajar kita untuk mengejar
ilmu pengetahuan duniawi dan akhirat.Sebenarnya kamu sebagai seorang yang 
berpangkat besar dan berpengaruh patut memahami sikap sensitif rakyat Islam 
terhadap perkara sebegini. Juga saya syorkan agar kamu membaca Al-Quran 
dengan hati yang ikhlas, barulah kamu akan memahami perasaan kami mengenai 
agama suci kami.Kami bukan mencari musuh dan bukan pula golongan extremist. 
Tapi kamu telah hina Al-Quran yang menjadi Imam atau pegangan hidup kami. 
Dan jangan pula kamu jadikan isu ini isu perkauman. ‘We have great respect 
to our fellow countrymen like MGG Pillai,Sivarasiah, Irene Fernandez, P. 
Uthayakumar and a lot more’. Kami berjiran dan bercampur-gaul dengan semua 
orang tanpa mengira latar-belakang bangsa dan agama. ‘But by saying those 
craps, you really have gone one blasphemous step too far! You’d better watch 
who’s behind you from now on....’ Jebat Siber 1 NOVEMBER 1999


LAGI PENIPUAN BN DALAM KEM TENTERA
A.T.M MK 2 Bgd. Ipoh.Saya telah menghadiri taklimat pilihan raya pada jam 
2:30 petang hingga 3:45 petang pada 26 Okt. 99 di pejabat majikan saya. Saya 
telah dilantik oleh pegawai A.T.M agar dapat menjalankan urusan pentadbiran 
pilihanraya kepada anggota dan keluarga tentera secara POS.Untuk makluman, 
kalau Kem 2 RRD. 23 RAMD mempunyai pengundi berdaftar seramai 492 orang, 
tetapi dalam taklimat yang disampaikan, dari jumlah tersebut seramai 130 
orang akan dipindahkan ke DUN Ulu Kinta dan 362 orang lagi akan tetap di DUN 
Ipoh
Timur. Apabila ditanya kenapa 130 orang ini akan dipindahkan ke DUN Ulu 
Kinta? Jawapan yang diberikan, INI ADALAH ARAHAN
PIHAK ATASAN KERAJAAN!!! Di Ipoh saja mempunyai lebih kurang 7 atau 8 kem 
Tentera Darat dan Udara yang berlainan Kor perkhidmatan. Kalau satu kem 
dipindahkan 130 ke 150 orang, kalau 7 atau 8 kem, kiralah sendiri. Untuk 
makluman, ini adalah kali ke 3 saya ditugaskan menguruskan pengundian 
anggota dan keluarga tentera tetapi pilihan raya ke 10 ini, awal-awal lagi 
penipuan telah dapat dikesan oleh kami yang menjadi KULI kepada kerajaan.  
Kami A.T.M bersumpah tetap mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan 
agama, tetapi bukan ta’at setia kami kepada BN atau UMNO yang memerintah 
penuh dengan kepura-puraan. Walau pun kami diberi gaji tetapi kami tetap 
tidak menyokong BN dan UMNO demi untuk menyenangkan MAHAFIRAUN dan 
kroni-kroninya. Kami telah dikerah untuk menguruskan segala persiapan untuk 
pemilih-pemilih membuang undi tanpa satu sen pun dibayar upah. Sedangkan di 
luar sana, budak tampal poster DACING saja dapat RM 50-60. Sekarang siapa 
yang menggunakan jentera kerajaan..BN atau BA???? Kalau benar-benar 
demokrasi biar pihak awam jadi pemerhati untuk anggota tentera semasa 
mengundi..baru adil.Kalau di Sabah, peti undi POS ikan yang kira….dari atas 
helikopter terus dicampak ke laut. Ini semua arahan dari pihak atasan 
BN.Buatlah apa yang patut. Tipu tetap tipu, kami hanya lihat, dengar buat 
diam-diam. Itu saja…tak boleh buat apa-apa. Tolonglah. Reformasi ATM dan 
TUDM,TDM, TLDM. Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 1 NOVEMBER 1999


QARUN MALAYSIA BENTANG BELANJAWAN MEMBAZIR
Dalam sibuk Qarun Malaysia Daim Zainuddin menuduh Anwar Ibrahim kononnya 
tidak peka terhadap keutamaan peruntukan negara,
Daim sendiri membentangkan belanjawan membazir. Sudah RM 1.8 juta wang 
rakyat diberi kepada Alexander Yoong. Berapa rumah murah boleh dibina dengan 
wang tersebut? Berapa keluarga miskin boleh dibantu berdikari dengan wang 
tersebut? Daim yang tidak pernah memahami erti hidup susah sekali lagi 
memalukan rakyat Malaysia dengan sikap bongkaknya itu...PENDAHULUAN RM1.8 
JUTA UNTUK LAHIR PELUMBA FORMULA ONE KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- 
Kerajaan akan menyediakan bantuan pendahuluan sebanyak RM1.8 juta dalam 
usahanya melahirkan seorang pelumba Malaysia beraksi dalam perlumbaan kereta 
Formula One. Ketika membentangkan Belanjawan 2000 di Dewan Rakyat hari ini, 
Menteri Kewangan Pertama Tun Daim Zainuddin berkata kerajaan sentiasa 
bersedia membantu rakyat Malaysia yang berpotensi mencapai kecemerlangan 
dalam bidang sukan.  "Berikutan kejayaan pelayaran solo seorang anak watan 
mengelilingi dunia baru-baru ini, adalah menjadi harapan kita supaya seorang 
lagi anak Malaysia untuk berlumba di perlumbaan Formula One pada masa yang 
singkat. Pengumuman Daim itu sekaligus mencerahkan harapan negara untuk 
melihat seorang pelumba Malaysia beraksi dalam Formula Satu. Pelumba muda 
Alexander Yoong, yang kini berlumba dalam Formula 3, merupakan pelumba 
harapan negara untuk berlumba dalam perlumbaanberprestij itu (Formula 
One).Yoong sebelum ini menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan 
cita-citanya kerana beliau perlu menyertai seberapa banyak perlumbaan 
Formula 3 bagi membolehkannya memperbaiki ranking dunia sebelum 
membolehkannya menyertai Formula Satu. Kementerian Belia dan Sukan telah 
menyumbangkan RM150,000 kepada Yoong untuk mengurangkan bebannya menyertai 
perlumbaan Formula 3 Britain Ogos lepas.MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 31 OKTOBER 
1999

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke