*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LAKONAN YANG BELUM SELESAI........

"The true confession" yang dibuat oleh "Murad the
stooge" baru-baru ini boleh dilihat reaksinya dari dua
sudut. Reaksi pertama adalah  dari golongan yang
berpura-pura macam terperanjat. Manakala reaksi kedua
pula dari golongan yang sudah masak dengan
berita-berita yang dibawa oleh kaki temberang. 

Golongan yang nampak macam terperanjat ( atau dalam
istilah semasa terkejut beruk) akan terus mengulas
mengenai pendedahan ini sampai ke
tarikh pilihanraya bagi mengesahkan kepada masyarakat
desa bahawa  " the three billion Anwar" sememangnya
tak berguna dan " the
unbeatable Mahathir" adalah sebaliknya. Orang macam
Anuar Musa misalnya, pasti akan berceloteh panjang
tentang kedurjanaan Anwar Ibrahim 
walaupun dia sepatutnya bercakap pasal kemunduran
masyarakat di luar bandar dan kerusinya yang sudah
goyah di Peringat. Orang macam  Ghani
di Johor dan Khalil di Bukit Angkasa pula sekadar
menyampuk dan bakal membuat pendedahan "incredible"
seterusnya tentang kedurjanaan Anwar. Kesemua ini
dilakukan sebagai jalan keluar untuk  meraih kembali
sokongan rakyat di ceruk kampung. 

Golongan yang kedua pula terdiri dari para pembaca
Harakah yang setia dan para pengunjung ceramah
alternatif. Golongan ini sudah tahu jantan
betinanya ikan bila  berkilas di air. Insyaallah, 
kesemua ledakan maklumat palsu yang digembar-gemburkan
oleh media kawalan BN, hanya sekadar masuk telinga
kiri, keluar telinga kanan.

Lihat saja di kaca TV. Mula-mula gambar menteri
bercakap mengenai duit 3 billion. Kemudian muncul pula
 wajah BPR yang berjanji akan menyiasat
ke akar umbi. Ini diikuti pula oleh wajah polis yang
berjanji akan membantu siasatan bila diperlukan. 

Dengan memperbesar-besarkan "the true confession" ini,
maka sedikit demi sedikit akan tenggelamlah fail-fail
penyiasatan yang melibatkan 
" Eric Chia the thief of Perwaja", " Rafidah the
Shares distributor", " Rahim the naughty small
Thamby", dan " the silent Daim".

Lakonan ini masih belum selesai.................

Wassalam

KU MED





     Prev | Next     Download Attachments    Back to
Inbox Privacy Policy- Terms of Service - Guidelines 

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke