Salam buat semua,
 
Kalau begitulah pengakuan tak bertanggungjawab ni, tiadakah kemungkinan si perempuan ni boleh didakwa pula membohongi mahkamah dahulu?  Atau dengan "statutory declaration" ni bermakna dia terlepas dari segala-galanya selepas ini?
 
Kesian, kesian......!   Sia-sia aje nenek dia dok merayu-rayu peguam dulu, macam ni balasan dia.  Sia-sia aje LGE masuk penjara kerana dia!  OK.... tak apa, kita beri peluang pula pada GURU dia dan DOKTOR yg bertanggungjawab memaksa dia dulu......  tengok, takkan depa nak diam kot?  Do something, jangan biarkan orang-orang macam ni sewenang-wenangnya berleluasa dengan kenyataan bersumpah mereka tu!
 
Tak heranlah kalau lepas ni ramai lagi yg akan mengeluarkan kenyataan "bersumpah" dan kita-kita semua menyumpah-nyumpah sebab MELUAT dan MENYAMPAH!!!  Saya harap orang yg SUKA BERSUMPAH PALSU  akan jadi SUMPAH-SUMPAH, baru dia tahu langit ni tinggi ke rendah.........
 
Inilah lumrah dunia bagi orang-orang yg amat tersepit dan terdesak!  Hal-hal akhlak dan kesucian diri sudah tidak perlu diambil kira!  Semoga diturunkanlah balasan yg sewajarnya  bagi orang yg bersumpah palsu ni.
 
Jangan redha dan jangan biarkan........................................................!!!!
 
Wassalam

Kirim email ke