*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ibarat orang memancing, lagi besar umpannya lagi besarlah ikan yang
bakal mereka akan dapat. Itulah yang dapat dikatakan kepada belanjawan
tahun 2000 yang dibentangkan semalam.

Walau pun nampak seperti rakyat dapat banyak faedah dalam belanjawan
kali ini tetapi apakah jaminan rakyat tidak akan membayar lebih kepada
keperluan harian mereka pada masa akan datang. Ada kemungkinan bagi
menampung hadiah yang diberikan oleh kerajaan ini, kerajaan akan
memastikan dapat memungut cukai yang banyak dari sektor koprat atau
swasta. Maknanya sektor koprat dan swasta ini akan dapat membuat
keuntungan yang besar pada masa akan datang. Untuk dapat untung yang
besar tentulah dengan menjual barangan dan khidmatnya jauh lebih mahal.

Tidak hairanlah kalau pada masa akan datang ini harga barangan akan
naik, harga rumah akan naik, bayaran tol naik, bayaran elektrik naik ,
bayaran telefon naik, bayaran air naik, bayaran yuran pelajaran naik,
kerana bila syarikat-syarikat swasta ini banyak untung kerajaan akan
dapat mengutip cukai dari mereka. Walaupun rakyat dikurangkan membayar
cukai dan gaji mereka ditambah, sebenarnya rakyat masih membayar cukai
dengan cara membayar harga yang tinggi kepada segala keperluan dan
khidmat yang diberikan oleh pihak swasta. Dengan kata lain sebenarnya
kerajaan mengutip cukai dari rakyat secara tak langsung melalui harga
yang tinggi yang dikenakan oleh pihak swasta dan peniaga.

Untuk sebulan dua ini kita masih mampu untuk tersenyum, tetapi tidak
berapa lama lagi terasalah peritnya. Wallahualam



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke