Guaner nih aku dok fahammmmm...............tolong lah aku

Apa yang TG Nik Aziz kata sebenarnyaaaaaa.........

 

Pas takutkan DAP -- Sanggup korbankan matlamat perjuangan - Abdullah

KEPALA BATAS 6 Nov. - Pas takut kepada DAP sehingga sanggup mengorbankan matlamat perjuangannya ke tahap menerima pemimpin DAP yang bukan Islam menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Pas sebenarnya takut kehilangan sokongan DAP berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa 'langkah mayat saya terlebih dahulu kalau Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.'

Kenyataan Abdullah itu diperkuatkan lagi oleh ramai lagi pemimpin UMNO yang berpandangan Pas sudah cemas dan terdesak kerana kehabisan modal untuk meyakinkan rakyat supaya memilih pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Malahan, mereka berpendapat, kesediaan Pas itu hanyalah gimik politik pembangkang untuk meraih simpati orang ramai.

Menurut Abdullah, Pas juga bimbang DAP akan merajuk dan kerana itulah ia terus menyatakan kesediaan menerima pemimpin DAP sebagai Perdana Menteri jika berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) kelak.

''Nampaknya dia (Pas) nak sangat DAP ini... berhasrat benar nak dapat sokongan DAP sehingga tak selidik apalagi dah... hingga orang DAP pun boleh jadi Perdana Menteri,'' kata Abdullah kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Hospital Kepala Batas, di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bahawa Pas bersedia menerima pemimpin DAP yang bukan Islam sebagai Perdana Menteri sekiranya parti-parti pembangkang berjaya menewaskan BN.

Menurut Abdullah lagi, Pas juga sanggup berdolak-dalik dengan sekutu-sekutunya demi cita-cita politiknya.

Katanya, ketika berhadapan dengan ahli-ahli Pas pada muktamarnya yang lalu, para pemimpin parti itu membuat keputusan sekiranya pakatan pembangkang menang, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah milik Pas.

Bagaimanapun kata beliau, kerana mahu berkawan dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Pas bersetuju pula Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dilantik menjadi Perdana Menteri.

''Hari ini kerana takut DAP merajuk agaknya... terus mereka kata (pemimpin) DAP pun boleh jadi Perdana Menteri. Pemimpin DAP sudah tentunya Setiausaha Agungnya, Lim Kit Siang,'' tegas Abdullah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sikap berdolak-dalik yang ditunjukkan oleh Pas tidak mencerminkannya sebagai sebuah parti Islam.

''Rakyat sendiri tidak tahu dan tidak faham apa sebenarnya yang Pas mahukan. Nyata sekali mereka sentiasa bermain politik,'' tegasnya.

Bagaimanapun kata Abdullah............

UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke