*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sambungan....

SUNANULLAH YG SEBENAR

        Islam seterusnya sebagai sebuah agama tauhid menolak
seluruh pemikiran dan tanggapan manusia yg berbau
kufur. Oleh itu, ia tidak dapat menerima sebarang
pemikiran sekular yg bersifat kebendaan dlm memahami
hakikat sebab musabbab (course and effect) dan 'illah
ma'lul kerana pemikiran dan tanggapan sekular itu
adalah pemikiran dan tanggapan yg membawa manusia kpd
menolak pengakuan tentang kemutlakan iradah Allah swt
ke atas manusia di dunia ini kpd penolakan terhadap
keabsahan ilmu Allah swt Yg Maha Luas itu dan
seterusnya menjerumuskan manusia ke dlm kekufuran dan
kebiadapan yg tidak terhingga terhadap Tuhan yg
menjadikan alam ini.

        Penerimaan fahaman yg seumpama ini oleh sebahagian
ahli agama telah menjerumuskan mereka kpd pemahaman
liar dan berbahaya terhadap makna sunanulLah yg
terdapat di dalam Al-Quran. Sunanullah Fil Kaun pada
hakikatnya adalah merupakan iradah Allah swt dlm
menentukan cara yg dkehendakinya bagi mentadbir alam
ini, yg berbeza pula dari iradahNya ke atas manusia
dlm bentuk peraturan2 agama itu. Iradah yg bersifat
kaun itu tidak mempunyai sebarang pertentangannya dgn
iradah yg bersifat syar'iyyah serta jauh sekali dari
membatalkannya sebagai keinginan Allah swt yg wajib
dipatuhi oleh manusia.

        Perbuatan melihat manusia berasaskan penilaian
sekular dan kebendaan yg bersifat jabari yg mulhid itu
utk kemudiannya ditemukan di pertengahan jln dgn
tuntutan2 aqidah Tauhid telah menghilangkan amanah
kebanyakan ahli agama dan intelektual di tanah air di
dlm menerangkan setepat2nya pendirian aqidah Islam yg
sebenar mengenai perbezaan di antara iradah Allah swt
yg bersifat syar'iah. Pemahaman terhadap maksud
sunanulLah tanpa berpandukan sepenuhnya dan seketatnya
kpd akidah tauhid lantaran terpengaruh dgn fahaman
sebab musabbab sekular yg materialistik itu telah
melahirkan kacau bilau dan sofastah (loyar buruk)
akidah di kalangan para pencinta pemikiran barat dari
org2 Islam di zaman ini.

        Melakukan percampuran pemahaman dan perkahwinan
akidah yg saling bertentangan bukanlah dari ajaran
akidah Islam. SunanulLah dgn pengertiannya yg
menyeleweng itu di sisi para intelektual sekular telah
menjadi pintu masuk yg berbahaya kpd fahaman falasifah
Timur dan ideologi Barat di bidang sebab musabab dan
'ilal ma'lul utk menolak sepenuhnya pegangan dan
pendirian akidah Islam yg sebenar.

        Kpd ahli2 ilmu kemasyarakatan pula dan mereka yg
berjalan di atas jln tersebut, telah gagal utk
memahami kepelbagaian atau variasi yg memeningkan
mereka itu sebagai sebenarnya tidak lain adalah
gambaran dari gambaran langsung Rububiah Allah swt
terhadap manusia yg mentadbirnya dgn iradah yg mutlak
tanpa diikat oleh sebarang hukum sebab musabbab yg
tertentu dan sekata selain hukum keredhaan atau sebab2
yg mendatangkan kemurkaan Allah swt itulah yg
mencorakkan kepelbagaian peristiwa manusia menurut
iradah Allah swt yg mutlak itu.

        Mengambil panduan ciptaan manusia menjadi dinding yg
tebal kpd manusia di zaman ini utk melihat kemutlakan
iradah dan qudrah Allah swt di dlm mentadbir alam dan
kehidupan manusia. Ia keduanya pula telah menghalang
manusia dari melihat peristiwa manusia sebagai akibat
ketaatan atau kezaliman dirinya sendiri dlm memilih
perbuatan yg menjadi sebab kpd kemurkaan tuhan.

Firman Allah swt di dlm surah al-Anfaal ayat 65 yg
bermaksud:"Wahai Nabi, perangsangkanlah org2 yg
beriman itu utk berperang. Jika ada di antara kamu 20
yg sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 org
(dari pihak musuh yg kafir itu) dan jika ada di antara
kamu 100 org, nescaya mereka dapat menewaskan 1000 org
dari golongan kafir disebabkan mereka (yg kafir itu)
org2 yg tidak mengerti.

        Ia menghalang manusia dari melihat mana2 tajalli dari
tajalli nama2 Allah swt yg agung itu dan mendidingnya
dari melihat gambaran dari gambaran2 kehalusan kerja
yg sangat bijaksana dari sifat2 Allah swt yg mutlak
dan sempurna itu. Penglihatan yg melututkan manusia
dgn sepenuh pengagungan dan kecintaan terhadap Allah
swt dgn sepenuh pengakuan bahawa Dialah sahaja
sebenarnya Raja, Pemilik dan Pentadbir langsung alam
ini yg Maha Tinggi lagi Maha Perkasa. Pintu menyedari
hakikat pentadbir sebenar alam ini, yg tidak pernah
berhenti dari mentadbirnya dlm setiap perincian gerak
dan peristiwanya secara terus menerus dgn penuh
kelembutan dan kasih sayang tidak akan terbuka kembali
kpd manusia selama2nya selama manusia tidak menolak
dan membuang sejauh2nya segala fahaman kufur yg
mendinding pandangannya itu. Fahaman2 yg semuanya
dibina di atas andaian dan tekaan yg menjerumuskan ke
dlm kesesatan yg amat jauh.....bersambung. 

p/s     sebarang kekaburan mengenai k. kerja ini dpd     
SEKULAR1 sehingga       kini bolehlah diajukan ...
        Insya Allah kita sama2 berbincang mengikut     
kemampuan yg diberikan oleh Allah swt..


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke