Assalamualaikum wbt,

Firman Allah swt yang bermaksud :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. "Puji-pujian bagi Allah yang mempunyai apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi dan bagiNya puji-pujian di akhirat. Dia mengetahui apa-apa yang masuk ke dalam bumi dan apa-apa yang keluar daripadanya, dan apa-apa yang turun dari langit dan apa-apa yang naik kepadanya. Dia Pengasih lagi Pengampun." As-Saba : 1

"Tidakkah engkau lihat, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu Kami keluarkan dengannya buah-buahan yang bermacam-macam warnanya. Di antara gunung-ganang ada yang mempunyai jalan yang putih (terang) dan yang merah (samar), bermacam-macam warnanya, dan ada pula batu-batan yang sangat hitam(27). Sesetengah manusia, binatang-binatang dan ternakan-ternakan ada pula bermacam-macam warnanya seperti itu. Hanya yang takut kepada Allah ialah ulama-ulama di antara hambaNya. Sesungguh Allah Maha Perkasa lagi Pengampun" Faatir : 27-28

Email ini adalah maklum balas kepada email kuliah oleh ustaz anti penaya. Kata-kata penaya diletakan dalam "==".

========================= ust anti-anti mula berkata-kata =============================
Telah dimaklumi umum oleh kaum muslimin bahawasanya seluruh ummat manusia dan jin diciptakan oleh Allah adalah untuk tujuan beribadah hanya kepada Nya sahaja. Maksud ayat 56 dari surah Az-Zariyat: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu. Beribadah dalam ayat ini "Liyaqbuduuni" ditafsirkan oleh kebanyakan mufassirin sebagai "Liyuwahhiduun" bermaksud bertauhid kepada Allah. Sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbas di dalam tafsir Ibnu Abbas umpamanya. Kata Ibn Abbas "seluruh isi yang terkandung di dalam al-Quran adalah memerintahkan manusia untuk bertauhid kepada Allah". Lihat Tafsir Ibnu Abbas. Inilah tujuan utama atau ghoyah Allah mengutus para nabi dan rasul, untuk mereka manyembah hanya kepada Allah sahaja dan menjauhi taghut. Tidak ada nabi dan rasul yang mendahului mendakwahkan untuk mendapatkan kekuasaan, untuk mendapatkan daulah, atau kerajaan atau yang mendahlui dakwah hukum. Dan para ulamak Salaf membahagikan kepada 4 katageri jenis ulamak.

Pertama: Ulamak, ustad, dai, tuan guru, juru dakwah yang mempelajari, memahami, mengamal dan mendakwahkan dahwah tauhid. Tapi bukan tauhid sifat 20 - itu aqidah Asy-Ariah/Muktazilah.

Kedua: Ulamak, ustad, dai-dai yang belajar, memahami, mengamalkan tetapi tidak mendakwahkan dakwah tauhid.

Ketiga: Ulamak, ustad tuan guru, para dai yang mengetahui tauhid secara samar-samar, dan tidak ketentuan mengamalkan tauhid, dan tidak mendakwahkan dakwah tauhid.
====================================================================

:-o Laaaa.... mati-mati ingatkan ustaz nak huraikan tafsir ayat 56 surah Az-Zariyaat, rupanya ustaz nak mengkelaskan ulama. Ooooo. macam tu. Err, boleh beritahu kami kitab yang menjadi rujukan ustaz. Nanti bolehlah kami membuat rujukan tambahan.

;-) Ustaz ! Saya nak tanya sikit. Tadi kata nak mengkelaskan ulama tapi kenapa pula disamakan ulama, ustaz, dai, tuan guru, juru dakwah pula. Adakah semua ini perkataaan seerti ? (kalau sinonim apa pula lawannya ye ....????)

;-) Satu lagi yang pelik, kenapa ulama dalam kelas ketiga mengetahui tauhid secara samar-samar (macam tak confident je), bukankah ini bercanggahan dengan ayat 28 surah Faatir. Oh ya ! ustaz hanya pandai mengkelaskan ulama tapi tidak pula menyatakan takrifan ulama. Terburu-buru la ustaz mengajar. silibus apa ustaz pakai.

========================= ust anti-anti berkata lagi 2 ==========================
Golongan ini kalau mengajar, kalau berceramah lebih banyak membahaskan hal-hal fiqeh, air mustaqmal, hal haid dan nifas dan setelah itu mereka mengajak ummat untuk mendapatkan daulah, untuk mendapatkan kekuasaan politik, kedudukan kewangan dan sebagainya, jenis ini banyak terdapat di kalangan dai-dai dan ustad PAS. Dan kalau pun mereka mengajar tauhid atau aqidah, mereka hanya menyentuh sepintas lalu sahaja dengan menyatakan bahawa kita hendaklah benar-benar beriman kepada Allah, beriman dengan rukun-rukun Islam yang lima dan rukun Iman yang enam, tanpa mereka menjelaskan satu persatu mengenai pengertian bagi setiap satu rukun-rukun tersebut dan bagaimana mahu beramal dengannya.

Sebagai contohnya, mereka tidak pernah menerangkan mengenai pengertian syahadatain (dua persaksian), syahadah Allah dan syahadah rasul, mereka tidak menerangkan dengan details, mereka barangkali tidak tahu bahawa para ulamak terdahulu dikalangan para salaf yang saleh telah membahas dengan detail mengenai makna-makna, syarat sah dan batal dan rukun-rukun syahadatain.
====================================================================

:-) Err ustaz !!! saya agak hairan dengan ajaran ustaz ni kerana saya pernah mengikuti kuliah maghrib dan kuliah Jumaat di beberapa masjid. Saya dapati masjid-masjid itu (berbau PAS) membahagikan kuliah-kuliah mengikut subjek, ada ustaz yang mengajar tajwid, ada yang mengajar fekah, ada yang mengajar sirah, ada yang mengajar tauhid, ada yang mengajar tafsir dan ada pula yang membawa tajuk umum. saya ingat lagi masa Ust. Hj. Ahmad Awang meyampaikan kuliah tauhid, ramai yang teranguk-anguk pasal Ust mungkin pasal ust takda buat jokes kot. Saya paling kagum pada ilmu tafsir yang dihuraikan oleh Ust Azizan Ismail, bila dibacanya ayat Al-Quran bersama tafsir dan kisah-kisah di dalamnya, hati rasa tenang. Apa ust tak pernah pegi masjid ke? Kalau ust berminat, kat KL banyak masjid yang rajin buat kuliah maghrib.

:-( Ustaz ! Ustaz !! ustaz pun berkata sepintas lalu, tolonglah jelaskan kepada kami pengertian syahaadah. kami tak tahu ni, ustaz kan arif, kenalah jelaskan. Kalau tidak, ustaz mungkin termasuk dalam ulama kelas ketiga yang ustaz nyatakan itu atau pun kelas keempat atau pun kelas kelima. kalau tak pun ust kena masuk kelas pemulihan

:-} Ustaz kat kampung saya, ada seorang pakcik ni, dia orang kuat UMNO. Dia kata macam "kalau tak kerana UMNO sampai hari ini kita masih makan ubi kayu.". Saya fikir punya fikir, maksud pak cik tu "UMNO lah pemberi rezeki pada hari ini".

:-{ Ustaz ! Ustaz ! saya pun ada satu soalan, saya dengar kat TV 1 piem berkata "Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan." [Mahathir Mohamad - Interview dengan media massa, 14 Julai 1992] macam mana ni. Maksud piem dia lagi bijak dari Allah s.w.t. dan lebih mengetahui apa yang akan terjadi dari Allah s.w.t. Boleh tak batal syahadah kalau kata macam. Jawap la ust anti-anti, jawap la yang arif lagi mengetahui.

========================= ust ante-ante berkata lagi 3 =========================
Begitu juga mereka tidak pernah menerangkan atau mengajarkan tatacara shalat yang benar, yang berdasarkan kepada nas-nas dari hadits-hadits sahih dari Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam, malah ada ramai dikalangan mereka yang tidak memahami bagaimana mahu melaksanakan perintah Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam yang terkandung dalam sabda baginda: Maksudnya: "Shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat/mengetahui aku shalat." H.R. Bukhari. Mereka hanya pandai mengatakan pada lisan sahaja bahawa kita perlu berpegang kepada al-Quran dan hadits, tetapi pada realitinya amat jauh mereka ini dari kefahaman dan manhaj Islam yang sebenarnya. Bila ditanyai satu persatu dalil-dalil mengenai setiap perbuatan dan bacaan dalam shalat, mereka tidak tahu. Dan masih ramai para ustad-ustad dan dai-dai mereka yang mengatakan bahawa tatacara shalat lelaki dengan perempuan berbeza, terutama kaifiat waktu takbir dan sujud.

Kononnya perempuan bila takbir dan sujud mesti merapatkan siku dengan dada, ini cara adalah bertentangan dengan hadits-hadits sahih yang sabit dari Rasullullah Dan sebahagiannya menggunakan kepopularannya dengan berdukun, jual air jampi, korma jampi dan sebagainya. Dan setelah itu masuk politik, mahu jadi orang penting dalam pertubuhan itu, mahu jadi wakil rakyat, mahu menjadi menteri/menteri Besar dan lain-lain. Mereka ini sesesungguhnya termasuk golongan apa yang disifatkan sebagai 'golongan maghrurin' golongan yang tertipu.

Keempat: Juru dakwah yang tidak faham tauhid, malah mereka menentang dakwah tauhid, mereka meremehkan dakwah tauhid. Mereka hanya sekadar memegang buah tasbih shaolin lalu berwirid beribu-ribu dengan kalimat Lailaha Illallah dan doa-doa yang lain tanpa memahami makna dan tuntutan dari setiap pengucapan tersebut. Burung tiong pun dapat mengucapkannya jika hari-hari diperdengarkan ucapan tersebut.

====================================================================
;-) Tadi ustaz kata depa tu cuma membahaskan hal-hal fiqeh, air mustaqmal, hal haid dan nifas, la nie ... kata depa tak pernah menerangkan cara solat yang benar berdasarkan nas-nas. Bunyi macam ada kontra je, kejap ada kejap takda ... "biskut chipmores".  (fikir ???? kalau la setiap kali kelas asyik ajar bab solat je, masa bila pula nak belajar bab lain ??? tak faham le.)

:-o Ust macam mana cara solat yang benar mengikut nas-nas hadis sahih. Ust tak sebut pun secara detail macam mana solat yang benar. Abstrak sungguh la pemikiran ust... ust kuat berkhayal ke ???

(:-)|<= Usatazz sayaa adaa satu soaalan, apaa yang ustazzz maksudddkaan dengaaan "Mereka hanya pandai mengatakan pada lisan sahaja bahawa kita perlu berpegang kepada al-Quran dan hadits, tetapi pada realitinya amat jauh mereka ini dari kefahaman dan manhaj Islam yang sebenarnya." Bukaaan kah taadii ustazz ajar bab soolat, kenapaa usstazz tukar toopik pulaa. Kenapaaa ustazz sukaaa celuppp sanaaa sikiiit, siniiii sikiit... aapaa yang ustazz ingin saampaikan ? apaaa ustaaz ingaat illlmuuu aagamaa ni maaacaaam teeepunggg gooreeng piiisang keee.

:-| Ustaz saya ni agak baru dan sedang mereformasikan diri, saya baru nak belajar sembahyang secara lebih lengkap. Boleh ustaz terangkan "dalil-dalil mengenai setiap perbuatan dan bacaan dalam shalat". tolonglah saya, saya benar-benar tak tahu ni.

:-{ Ustaz !! ustaz !! ustaz mengelamun ke, apa yang ustz cakap ni tak paham le. Cakap macam rojak, goreng sana goreng sini, kalau ustaz lapar, ni mak saya kasi bekal goreng pisang..

<<<<<<<<<<<<<<<<<<< Kelas tamat, kesian ustaz lapar >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

bersambung ...
 

Ust ante-ante adalah sinonim bagi ust antipenaya, adik kepada antireformasi, abang kepada antiperubahan, anak kepada antivirus dan cucu kepada antirust. Keluarga anti-ante.

Kirim email ke