Dgn NamaMu Ya Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam ke Atas Rasulullah SAW
Assalamualaikum Warahmatullah  -- "TAKUTLAH KEPADA ALLAH"

Ingatlah pada kematian setiap saat.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan  masuklah satu kumpulan 
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka 
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. 
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari 
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu 
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga 
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi 
satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke 
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. 
akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu 
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat 
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini 
adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya 
kepada sayap Jibrail A.S.

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.  akan menebarkan 
sayap disebelah kiri Maka orang yang  nazak tu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi 
melihat orang disekelilinginya. Ini adalah  kerana terlalu takutnya apabila 
melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki
seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila 
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka 
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan  itu, maka dia pun kembali kepada 
Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut 
pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah 
dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan:
"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,tangan 
ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim 
dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan  maka malaikat maut    cuba
pula dari arah kaki.  Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab 
kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan 
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat  maut,mencabut roh org mukmin dari arah kaki,maka 
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut 
menghampiri telinga maka  telinga pun  berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar 
bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi 
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu 
dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan 
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai  malaikatKu, tulis AsmaKu diitelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi
setelah ia keluardari jasad.  Maka berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu  menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak 
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi tidak 
dilangit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa 
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W :

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada 
hari mereka keluar dari kuburnya :

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.

*Kalau rajin.....Tolong sebarkan kisah ini kepada  saudara Islam
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang  Mengajarnya meskipun dia sudah mati.

______________________________________________________

------------------------------------------------------------------------
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
DAKWAH EGROUP  -  http://www.egroups.com/group/dakwah/info.html
Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Kisah politik seperti UMNO vs PAS tidak dibenarkan




Kirim email ke