*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
boleh tukar sikit la pasal stiker tu
UMNO dulu kini dan tak lama lagi
>
>STICKER UMNO BOLEH DIBILANG DENGAN JARI
>Minggu lalu 'kununnya' Pemuda UMNO Malaysia mengulang cetak 500,000 sticker
>'UMNO Dulu, Kini dan Selamanya..'. 400,000 sticker tersebut, kununnya
>sudah diedarkan kepada penduduk kampong, walau pun dibandar besar seperti
>Kuala Lumpur itu jutaan penduduknya, tetapi hampir tiada yang memasang
>sticker tersebut.
>
>Akhirnya seorang exco pergerakan pemuda UMNO Malaysia dalam kenyataan
>media, mengaku bahawa di Kuala Lumpur tiada yang memasang sticker di
>kenderaan mereka. Tetapi beliau mendakwa di kampong-kampong kebanyakan
>kereta memasang sticker berkenaan.
>
>Pemerhatian Minda Rakyat di Lembah Kinta sejak pengedaran sticker tersebut
>April lalu, secara peribadi hanya baru bertemu kurang 10 kereta yang
>memasang pelekat. Jumlah itu mungkin melebihi 10 kali ganda yang tidak
>berpeluang melihatnya. Namun untuk mengesahkan hampir semua kenderaan di
>kampong sekitar Lembah Kinta juga tidak. Kadar 10 peratus juga tidak. Yang
>nyata hanya beberapa buah sahaja yang masih karat UMNOnya dan setelah
>disiasat mereka itu berjawatan sekurang-kurangnya AJK cawangan.
>
>Jumlah itupun jika nak dikira masih tidak tepat kerana jika ditolak jumlah
>AJK, Setiausaha, hatta Ketua Cawangan yang keluar UMNO tidak terbilang!
>Ringkasnya jumlah 900,000 sticker UMNO itu hanyalah momokkan pergerakan
>pemuda yang nyata mahu meraih sokongan dengan menunjukkan rakyat masih
>menyokong mereka. Mereka menuduh parti lawan mengugut ahli yang cuba
>memasang sticker berkenaan. Itu juga tidak benar.
>
>Hakikatnya jumlah yang masih setia kepada UMNO sudah berkurangan dan yang
>masih menyokong pula malu untuk memasang sticker berkenaan. Parti lawan
>tidak pernah mengugut sesiapa ahli UMNO yang berkenan memasang sticker
>berkenaan. Hanya pemuda UMNO yang masih bersikap 'pengecut' bukan sahaja
>untuk hadir membawa bendera parti mereka ke ceramah alternatif, hanya untuk
>memasang sticker di kenderaan sendiri pun mereka tidak mampu...�
>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "rumzi matsaad" <[EMAIL PROTECTED]>