*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,
kesimpulannya....
kalau Abu JAhl tu Firaun di zaman nabi,
maka Abu Mirzan (Bapak kepada Mirzan) tu
Firaun di zaman kita la ni.
Maka HAMANnya ialah si HAmid s/o OsMAN
maka siapa pula Astora JAbat dan MAt Rencana?
AHC <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamu 'Alaikum,
>
> Sebutan Fir'aun bererti raja bagi zaman Mesir kuno. Banyak
> Fir'aun yang bersilih-ganti memerintah kerajaan Mesir kuno.
> Di zaman Nabi Musa, hidupnya seorang Fir'aun yang sangat
> dzalim. Kedzalimannya amat hebat sekali, tetapi ahli sejarah
> bangsa Bani Israel tidak pernah catat nama Fir'aun itu. Tentu
> sekali dia mempunyai nama tertentu. Al-Qur'an sendiri tidak
> menyebut nama Fir'aun itu.
>
> Dikatakan tidak perlu disebut nama Fir'aun zaman Nabi Musa kerana
> jika terdapat nama itu dalam Al-Qur'an, tentu manusia zaman moden
> ini akan pertikaikan nama itu dan menjadikan penat umat Islam
> memikirkan bagaimana hendak menjawab orang-orang yang anti-Islam.
> Kebetulan juga nama itu tidak tersebut dalam kitab Bible.
>
> Yang menghairankan kita ialah kenapa nama seorang menteri di zaman
> Nabi Musa disebut sebagai Haman. Kenapa nama itu begitu penting
> disebut dalam Al-Qur'an? Sedangkan nama menteri yang mengambil
> Nabi Yusuf sebagai anak angkat tidak juga disebut namanya dalam
> Al-Qur'an, hanya dikenali sebagai Al-Aziz. Dalam Bible menteri
> itu dipanggil Potiphar. Nama Haman dalam Al-Qur'an disebut sebanyak
> 6 kali..dalam ayat-ayat (28:6),(28:8),(28:38),(29:39),(40:24) dan
> (40:36). Satu contoh ayat ialah,
>
> Dan berkata Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan
> yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu (syurga)..[Al-Mu'min
> (40):36]
>
> Perhatikan ayat di atas tentang kata-kata Fir'aun sebagai memper-
> senda ajaran Nabi Musa. Kata-katanya adalah senda-gurau padahal
> dia tahu dia tidak mampu membuat bangunan setinggi itu. Manusia
> macam Fir'aun sentiasa mencari dalih untuk menolak kebenaran yang
> ditunjukkan oleh Nabi Musa. Dalam ertikata lain dia adalah manusia
> yang suka memperolok-olokkan hukum-hakam ugama.
>
> Apa bezanya manusia zaman ini. Fir'aun moden memang banyak. Memang
> Fir'aun zaman Nabi Musa sudah lama mati..tetapi Al-Quran menjadikan
> dia sebagai satu iktibar, seorang raja atau pemerintah yang sentiasa
> mencari jalan untuk menolak perlaksanaan hukum dan peraturan ugama.
>
> Kembali kepada persoalan nama Haman. Dia adalah salah satu contoh
> orang mempunyai kuasa politik. Dia mengikut saja apa kata "boss"nya
> Fir'aun. Bukan setakat itu sahaja, dia mempunyai kepentingan duniawi
> dan mengampu bossnya. Haman adalah contoh menteri yang tidak jujur.
> Dia tahu bossnya dzalim, dia sendiri setuju bersama bossnya membuat
> kedzaliman. Inilah satu pengajaran bahawa apabila seorang menteri
> itu jahat, ia akan memberi galakan dan semangat kepada bossnya lebih
> ghairah membuat kedzaliman dan kejahatan.
>
> Mungkin dalam Al-Qur'an diulangi sebanyak 6 kali sebutan "menteri"
> Haman tentang bala dan bahaya kita memilih orang-orang yang jahat
> menjadi pemimpin. Ini adalah amaran daripada Allah sendiri. Dalam
> zaman moden ini, bukan saja pemimpin-pemimpin macam "Fir'aun" ini
> ramai, malahan "menteri-menteri" macam Haman pun ramai juga. Oleh
> itu awasi orang-orang macam Haman, singkirkan mereka, bukan setakat
> Fir'aun bahkan Haman bersekali. Singkirkan mereka semua.
>
> Abu Hasan Chan (Tiger)
> Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>