*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,
ISlam memang menyuruh dan menganjur berbuat baik terhadap org tua kita tak
kira samada dia islam atau tidak, dan jangan sesekali mengherdik mereka -spt
yg diajarkan dlm surah Luqman.
selama mana mrk tidak menyuruh yg maksiat dan syirik, selagi tulah kita kena
hormati mrk.
saya syorkan supaya memanggil pendakwah yg boleh berbahasa dan bercakap dgnnya
seminggu sekali atau 2 minggu sekali 15-30 minit.
wassalam
"Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamu'alaikum kepada para penjaring budiman
>
> Saya ingin meminta pendapat dari netters yg arif dalam hal yg akan saya
> kemukakan ini.
>
> Kakak saya berkahwin dengan warganegara asing (yg sebelum berkahwin dulu
> merupakan penganut agama Buddha yg kuat). Sekarang ni, Alhamdulillah,
> abang ipar saya tak ada masalah untuk menjadi Muslim yg baik dan beliau
> sudahpun mendapat "PR" status setelah bertahun-tahun berada di Malaysia dan
> mempunyai nak masuk 4 orang anak hasil perkahwinan dengan kakak saya ni.
>
> Apa yg menjadi masalah ialah, baru-baru ni bapa mertua kakak saya (yg
> merupakan penganut agama Buddha yg kuat) telah dihantar oleh adik-beradik
> abang ipar saya untuk tinggal bersama abg ipar dan kakak saya di sini.
> Untuk pengetahuan netters, bapa mertua kakak saya ni dah terlalu uzur dan
> bak kata orang "menunggu hari" sebab memang dah senja sangat, nak tunggu
> waktu isyak dah!
>
> OK....... setahu kakak saya, kata adik-beradik iparnya, bapa mertua ni di
> negara asalnya memang dah siap lubang kubur. So, bila difikirkan balik,
> kenapalah dihantar ke Malaysia seandainya memang telah siap ada lubang
kubur
> untuk orang tua ni? Rupa-rupanya, depa kat negara asal tu, malas nak
> membela orang tua tu, jadi oleh kerana orang tua ni pernah mention ke depa
> (anak-anak dia kat negara asalnya) yg dia sayangkan kakak saya kerana budi
> pekerti yg baik, jadi depa ni jadikan kakak saya "mangsa'. Kakak saya
> taklah pulak rasa keberatan, tapi bimbang sebab seandainya orang tua tu
mati
> kat sini, manalah nak di"so-called" campakkan "body" orang tua ni, sebab
> mengikut katanya, depa TAK "bakar" mayat macam yg selalu dok orang Cina
> lain praktis! Kakak saya tengah "fenin", fenin satu sebab dia sedang
> berbadan dua, fenin No. dua sebab dek orang tua ni.....
>
> Siasat punya siasat, rupanya depa kat sana jangan kata nak bela orang tua
> tu, nak bela diri sendiri pun tak lepas, itulah sebabnya depa hantar ke
> Malaysia, yalah..... orang Malaysia ni baik hati belaka! Senangnya....
> kesian kat kakak aku! Dulu, orang tua tu merupakan salah seorang "pejuang"
> yg meminta kemerdekaan negara asal mereka dan menuntut "demokrasi". Umur
> dalam awal 90-an. Memang kuat Buddhanya, sebab kat negara dia sendiri,
> selalu pergi kuil. Depa tak sembah tokong yg macam orang Cina buat kat
> rumah tu (bakar colok, ada "rumah kecil" warna merah tu) - dia tak main
> benda-benda tu. One thing, dia ni vegetarian, tak makan four-legged
> animals, so binatang ba alif ba ya tu memang tak dimakannya. (Tapi,
setelah
> banyak kali ke Malaysia, so far dia tak pernah susahkan kakak saya untuk
> pergi ke kuil). Bahkan, dia kritik orang Cina kat sini, dia pelik sebab
> depa makan binatang tu!
>
> Soalannya,
> 1. Apakah hukumnya dalam Islam membela/menjaga/memelihara bapa mertua
> yg BUKAN ISLAM yg memang dalam keadaan uzur begitu? Jika dia mati kelak,
> jika kakak saya tidak dapat uruskan agar mayatnya dihantar ke negara
> asal, apakah procedures yg perlu (kerana dia BUKAN warganegara) agar
> mayatnya itu dibakar? Maklumlah, kat sini penganut Buddha (orang-orang
> Cina khasnya) telah "menempah" kubur mereka. Nak tanam, sure kena
> "book" awal-awal kot!
>
> 2. Saya pernah bertanya kepada kakak saya, "tak pernah ke akak
> dakwahkan dia supaya masuk Islam?" Kata kakak saya, nak dakwah macam
mana,
> cakap Melayu dahlah KO, nak cakap omputih pun sikit-sikit aje yg faham,
kena
> cakap bahasa dia juga lah, abang ipar saya kata, nak ajar mengucap - lidah
> orang tua tu dah kelu.... dah keras, nak kena "kikis" lidahnya tu
> agar boleh mengucap. Itulah problem yg dihadapi. Actually, kata abang
ipar
> tu bukannya tak boleh "convert" bapanya itu memandangkan dia adalah
> penganut Buddha yg taat, tapi dah boleh mengajar orang tua tu
> mengucap dua kalimah syahadah.... lidahnya tu kelu. Apa pandangan netters
> dalam hal ini? Apakah masih belum terlambat untuk mengajak orang tua yg
> uzur begitu untuk memeluk agama Islam? Apakah ikhtiar yg sesuai untuk
> dakwahkan orang sebegini agar dapat menerima Islam? Kami bimbang diri
orang
> tua tu sendiri yg TAK MAHU kan Islam sebagai agamanya sebelum mati.
> Yalah, orang kuat Buddha lah katakan!
>
> Saya juga pernah cadangkan kepada kakak saya (melalui ibu) supaya belikan
> buku-buku agama Islam dalam Bahasa Inggeris..... tapi problem orang tua ni
> dia tak boleh berbahasa Inggeris sangat. Kena cari penterjemah ke bahasa
> ibunda dia jugak! Saya suruh juga abang ipar saya untuk belikan buku Agama
> Islam dalam bahasa dia, abang ipar saya pun sedang mendalami agama
> Islam..... aduhai...macam mana nak tarbiahkan bapanya?
>
> Saya alu-alukan segala pendapat bernas dari netters yg arif lagi budiman.
> Untuk pengetahuan, saya langsung tak dapat bertemu dengan orang tua ni
sebab
> kakak saya ni tinggal agak jauh dari kami semua, dan saya pula cuma
> mengikuti perkembangan melalui ibu saya sahaja, tidak secara langsung.
> Kalau boleh, berilah contoh-contoh kisah Rasullah berdakwah kepada manusia
> yg telah lanjut usia, kaedah-kaedah yg sesuai untuk berdakwah dengan
> orang-orang dalam golongan ini, untuk manfaat kita semua. Dan yg penting
> untuk saya sampaikan kepada kakak melalui ibu saya.
>
>
> That's why I always tell my sister, you have to be strong when you married
> to "mualaf" macam ni....... kalau Cina rakyat Malaysia, senang nak cakap,
> ni dari.............................................. susah nak katalah!
> Mungkin in boleh dijadikan suatu pengajaran kepada netters wanita yg sedang
> mencari jodoh....
>
>
> Sayugia saya ingatkan, I welcome those quality answers dari netters yg
> "genuine" dan ikhlas dalam memberi pandangan, saya harap tiada netters yg
> mempersendakan pertanyaan saya sepertimana yg pernah berlaku kepada netters
> lain. Segala kerjasama dan jasa baik netters saya dahului dengan jutaan
> terima kasih, Jazakallah... semoga Allah memberkati usaha murni kita,
> InsyaAllah.
>
> Wassalam
>
>
____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>