*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>maka siapa pula Astora JAbat dan MAt Rencana?
Saya tidak mahu beri gelaran kepada mereka berdua kerana menghormati
ayat,
"...janganlah kamu memanggil dengan gelar-gelar yang buruk..
[Al-Hujurat(49):11]
Akan tetapi nama Astora ini terkenal sebagai penulis dalam akhbar.
Dia pernah berkata bahawa hukuman bunuh bagi orang yang murtad
tidak ada dalam Islam. Saya teringat berlaku isu ini dalam forum
antarabangsa internet. Pihak Ahmadiah dan GAH mengatakan bahawa
hukuman bunuh bagi orang Islam yang murtad TIDAK Islamic. Benarkah
tidak ada satu pun ayat menghukum bunuh orang murtad?
Mereka berhujah dengan ayat, "Tidak ada paksaan dalam ugama"[Al-
Baqarah(2):256] sebagai membuktikan bahawa seseorang Islam BOLEH
meninggalkan ugama Islam sesuka hatinya dan orang murtad tidak boleh
dihukum bunuh. Hukuman bunuh orang murtad itu hanya terdapat dalam
hadith Bukhari/Muslim. Kebetulan saya mengulas isu ini dengan
memberi 3 alasan;
1) Hukuman bunuh bagi orang murtad hanya boleh dijalankan SEKIRANYA
sesebuah negara Islam melaksanakan undang-undang Islam. Saya cadang-
kan supaya mana-mana orang yang mahu murtad, sila lari keluar dari
negara Islam ke negara kafir supaya menyelamatkan dari dihukum bunuh.
Adalah menjadi perkara BODOH mengisytiharkan dirinya sebagai seorang
murtad dan MENAWARKAN dirinya untuk dibunuh? Ini bukan soal islamic
atau tidak, tetapi kebodohan seseorang yang mahu mencabar undang-
undang Islam. Ini kerana perbuatannya yang biadap itu pasti menghu-
kum dirinya untuk dibunuh.
2) Sungguhpun tidak ada ayat dalam Al-Qur'an yang mengatakan secara
terang (explicit) tentang hukuman bunuh orang murtad, bagaimana
kita mahu fahami ayat berikut,
Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku,
sesungguhnya kamu telah menganiaya diri sendiri (menjadi murtad),
kerana kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah
kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan BUNUHLAH diri kamu...
[Al-Baqarah(2):54]
Dalam ertikata lain, hukuman bunuh ADA disebut bagi kaum Bani
Israel yang murtad. Tidak semua kaum Bani Israel yang murtad,
tetapi hanya yang menyembah anak lembu. Dikatakan bahawa kaum
yang tidak menyembah anak lembu menghukum bunuh yang murtad.
Perhatikan persoalan di sini, Allah telah membuat syarat untuk
diterima TAUBAT orang yang bersalah (yang menyembah anak lembu)
itu...mereka mestilah mati dibunuh. Mereka yang mati itu diterima
kembali sebagai orang-orang beriman. Orang yang sengaja murtad
dalam Islam, mereka tidak mahu kembali kepada Islam, tentu lebih
patut dibunuh. Kerana dengan hidupnya di kalangan umat Islam,
mereka akan berusaha menjadikan orang Islam waswas tentu kebenaran
Islam. Sebab itulah ISLAM memandang dia layak dihukum bunuh.
3) Hukuman bunuh bagi orang murtad bukan perkara baru dalam syariat
Islam. Terdapat juga hukuman itu dalam kitab Taurat bagi kaum Bani
Israel. Dalam ayat Leviticus 24:10-23, menghuraikan hukuman rejam
dengan batu bagi kaum bagi Israel yang murtad. Oleh kerana banyak
hukuman dalam Islam adalah lanjutan daripada hukum-hukum Taurat
yang tidak dimansuhkan, maka HUKUMAN bunuh bagi orang murtad bukan
sesuatu yang baru.
Abu Hasan Chan (Tiger)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>