UMNO MENGGUNA MCA!

        Memang licik betul Mahathir ni. Setelah dipegangnya telor Ling Liong Shit, dipergunakan pula Ling untuk menghentam PAS dan Islam. Nak dilaga lagakan PAS dan DAP dah tak jalan lagi, maka Ling pula diperalatkan. Ling diguna oleh Mahathir dan UMNO sebagai umpan untuk PAS melatah dan orang orang Melayu melatah.  Ini semua sebagai startegi mereka untuk mencetuskan huru hara. Sengaja dicuna nak naikkan dulu semangat orang orang islam dengan mempergunakan  pemimpin pemimpin MCA yang ternyata di ARAH menghentam PAS dan Islam.

        Reaksi umat Islam khususnya PAS memanglah diduga. Siapa yang nak diharapkan lagi untuk mempertahankan Islam? UMNO memang tak boleh harap kerana merekalah yang merancang strategi kotor ini. Hanya PAS sajalah yang kita boleh harapkan. Parti yang konsisten dengan keislamannya. Nasib baiklah latahnya tak teruk kerana PDRM dah menunggu nak ngap aja!

       Itu yang Mahathir mahukan. Itulah yang mereka rancangkan. Dahlah dulu Mahathir asik menghentam para ulamak dan juga nabi. Dahlah dulu dia memperlekehkan agama kita. Teruk dia kena belasah. Tercungap cungap sehingga habis ulama ulama berhijrah ke parti PAS! Sekarang dipergunakan pula orang orang bukan Islam untuk menghentam Islam! Masyaaallah! Apa nama manusia ni? Sanggup membiarkan orang orang Islam, sanggup memperalatkan orang orang bukan Islam untuk  menghina dan menghentam agama sendiri semata mata untuk agenda politiknya!

       Mana pergi ulama ulama UMNO? Takut ke ulama ulama UMNO menegur MCA? Sekurang kurangnya tegurlah sikit supaya berhati hati apabila membuat kenyataan sensitif seperti ini. MCA berani kerana ini telah diendorse oleh Mahathir! Ulama ulama UMNO nak kata apa? Inilah sikap UMNO yang tak jujur. Sikap UMNO yang sekular. Semua boleh. Membiarkan orang orang bukan Islam menghentam agama pun boleh. Bukan nak mempergunakan agama untuk kebaikan. Bukan nak memperalatkan agama untuk kebaikan. Ramai lagilah pak haji dan mak haji yang berhijrah ke barisan alternatif! Alhamdullillah! Ya Allah,  selamatkan negara kita ini!!

ALLAHUAKHBAR(3X)
DULU UMNO SEKARANG BA
 

Kirim email ke